Tuesday, April 10, 2018

Sambal Hitam


Sungguh teruja setelah mendapat recipe sambal hitam, terus beli bahan- bahan dan cuba masak sambal hitam.


Antara bahan utamanya ialah cili api Siam yang merah menyala dan pedas! Bawang kecik campur sikit dengan bawang besar supaya kurang sikit pedas. Bahan lain ialah ikan bilis dan yang utama ialah belimbing buluh dan minyak untuk menumis. Ukuran bagi semua bahan sama berat timbangannya kecuali belimbing buluh hanya satu perempat sahaja. Belimbing buluh hendaklah diupar dengan garam selepas itu dibuang airnya.

Blend semua bahan secara berasingan dan tumis dengan minyak dan biarkan di atas api yang kecil for as long as it takes. Kena sabar sikit akak...kalau Tak sabar beli je yang dah siap tu...Yours truly ni pun macam dah nak tobat buat sambal hitam. Buat dari pukul 12 tengahari sampai pukul 9 malam tutup api, besoknya 7.30 pagi sambung balik sampai zohor!



Setelah 8 jam di atas api yang perlahan baru nampak naik minyak...



Oleh kerana sambal hitam ni mengandungi belimbing buluh, tidak digalakkan memasaknya dalam periuk biasa ( periuk besi atau aluminium )  sebab ia boleh bocor akibat dari ketajaman asid belimbing. Jadi sambal ini dimasak dalam tin Milo atau tin biskut yang besar dan dibiarkan atas api yang perlahan ( dapur arang ) tak perlu kacau kerap-kerap hanya sekali sekala je untuk mempastikan ia tidak hangus. Biarkan sampai kering dan garing dan bertukar menjadi hitam.

Lepas masak teruk-teruk baru tau rupanya boleh buat sikit dan boleh siap dalam masa 4-5 jam saja......

2 comments:

Anonymous said...

Salam kak. Tergelak saya baca entri akak ni. Saya dah tobat lama dah buat sambal hitam. Mujur kuali saya tak bocor😁. Fazidah

Kerabu Jantung said...

Wassalam Fazidah
Maknanya tak lah bocor kuali bila buat sambal hitam tu?
Buat dalam kuali lagi mudah!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...