Tuesday, August 14, 2018

Nak Tergelak!


Makan tengahari di food court, orang tengah ramai, kami duduk di sebelah pasangan muda yang sedang asyik berbual...

Mula-mula tak perasan sangat apa yang dibualkan sebab saya pun berbual-bual kecik jugak..tapi di hujung- hujung telinga terdengar ...
....dia ni bermusim..
....tu lah....pokok limau berulat sepanjang masa tak kira musim pulak

Makin lama makin rancak perbualan mereka, siap bukak google tunjuk gambar, bincang fasal rama-rama dan bagaimana...bila...dan macam- macam lagi yang berkaitan dengannya...

Akhirnya saya buat busy body.....study entomology ke dik?
Tak....suka-suka ...minat..

When we left the table they were still engrossed with conversation..
Saya harap pasangan itu dapat mendalami ilmunya dan mendapat kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.





No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...