Thursday, August 16, 2018

Tak Makan Saman!


Bila gula dalam darah naik 7 doktor punya bising, kalau puan tak jaga nanti dia cepat naik ..8, 9, 10......Nanti naik lagi kena tambah ubat.

- Jangan tambah lagi doktor I malulah dapat ubat banyak- banyak sampai sebeban!
- Tapi ubat tu boleh control penyakit lebih berkesan
- I promise this time around I'll exercise betul- betul
( Ini kali ketiga janji dengan doktor nak eksersais - bila blood sugar naik dari 6.1 pada 6.5 dan akhir sekali Jadi 7 )
- Ok saya bagi 4 bulan, next appointment kalau tak berubah atau gula naik lagi kena tambah ubat. Seminggu sebelum next appointment kena ambik darah dulu.

Punyalah takut gula bertambah naik....menggelabah badak kita ni! Ikut doktor cakap betul- betul - setiap hari  jalan setengah jam. Tu pun kadang- kadang curi tulang jugak!

Nak jalan tu bukan senang, kena dress up macam sportsman pulak - seluar trek, proper shoes , pergi kat jogging track ( tu yang jadi malas nak eksesais )
Akhirnya ambik jalan mudah, jalan kat rumah je, ulang-alik 100 kali dah cukup 30 minit setiap hari.

Bila jumpa doktor, alhamdulillah tak sangka gula dah turun. Doktor punyalah happy, congratulate kita ni dengan senyum lebar. Masa gula kita naik dulu punyalah cengil doktor tu, siap berleter lagi! Muda- muda lagi dah kuat berleter. Buat pulak ada pesakit yang tak makan saman buat tak endah nasihat doktor.

Ala kulliy hal kita ni kenalah ikut nasihat doktor sedikit sebanyak , mereka lebih arif dari kita tentang perubatan......




No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...