Wednesday, November 21, 2018

Mereka Yang Didera


Berjumpa dengan seorang kawan lama di majlis kenduri kawin, bertanya kabar, sihat ke , dah berapa orang cucu...
You bela cucu ke?

- Taklah, siang-siang beritau anak suruh bela sendiri anak masing-masing. Kalau emergensi bolehlah mama tolong jaga..

I pun terkejut badak jugaklah sebab inilah kali pertama dengar dialog sebegini...
Ingatkan I sorang je yang kering hati tak sanggup jaga cucu full time...

Ada jugak seorang dua kawan yang pada mulanya gembira menjaga cucu, tapi bila  beberapa lama kemudian dah tak boleh sustain...

- Tak tahan jaga cucu , solat kita entah ke mana tak sempat terkejar- kejar...lama-lama hantar balik pada mak bapak dia

- Dorang laki bini lepas ofis jalan- jalan dulu pegi makan, balik pukul 8 , 9 malam...aih, tak jadi macam ni. I suruh dorang cari orang gaji!

Takpelah tu dapat mak yang begheng boleh bagi peluru berpandu. Macamana pulak mereka yang suffer in silence?
Badan tak larat, lutut sakit nak bangun duduk susah tapi sayangkan cucu dan dan kasihankan anak. Ada yang tak sampai hati nak bagitau anak hal yang sebenar, tapi pegi mencurah rasa ke sana sini. Semua orang simpati , tapi tuan badan pulak tak sayangkan diri sendiri.

Yang si anak tu puuun.....janganlah lepas tangan je dok tolak kat mak ayah jaga anak- anak, take for granted mak dah jaga dia dari kecik sampai besar pastu dok ingat anak dia pun mak kena jaga.
Bagilah peluang mereka berihat....they had their time, now it's your turn!





2 comments:

ngasobahseliman said...

Salam Sis. I pun tak mahu jaga cucu. Emergency saje I tolong. Kalau ramai-ramai datang sekali, I sembang sekejap. Kalau depa kelahi terjerit-jerit I kurung diri dalam bilik sendiri dan baca apa-apa yang patut. Tak larat hadapi. I have 15 cucu age 13 to 2. Mohon ampun saje atas kurang kederat.

Kerabu Jantung said...

Wassalam Sis, betul tu dah bukan masa kita.Kederat dah sudah berkurangan tapi bagi nampak kuat dan kemas tak mahu cucu tengok kita as an old frail grandma....
Alhamdulillah you dapat 15 orang cucu, as for me ada 4 cucu tapi sekarang dah tinggal 3.
Tapi bagi kawan2 yang belum dapat menantu dan belum ada cucu mereka tak boleh cakap apa apa lagi...belum ada pengalaman..

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...