Monday, March 11, 2019

Tempayan Budu!



Tempayan budu ni sungguh berjasa di tahun 1950-1970an dulu.


Mak saya menyewakan rumah pada Pak Mat seorang nelayan. Pada masa itu duit susah dapat, jadi dia bayar sewa rumah dari hasil tangkapannya setiap hari.

Ikan yang kecik seperti tamban dan ikan pelata arwah mak buat ikan kering, tapi bila musim ikan bilis beliau buat budu.
Hasil ikan ni sangat laku di musim tengkujuh. Ombak besar nelayan tak pergi ke laut, di pasar pun tak jual ikan segar.

Ikan sadin, telur ayam, telur masin, ikan kering, budu dan belacan laris dijual.
Oleh kerana mak saya ada 7 tempayan budu, boleh tahan jugak pendapatan beliau di musim tengkujuh lebih kurang empat puluh -lima puluh tahun dulu...



Masuk tahun 1980an tempayan budu pun dah tergolek di bawah rumah...ada yang kena curi, ada yang rosak. Mujur jugak saya ambik bawa balik ke rumah saya 2 biji yang terakhir....

2 comments:

Unknown said...

Wahh tempayan lama ni❤️..salam mak cik..lama x dengar khabar.. saya Arif @taliroppia yg pernah buat jaring bola kaca tu..😅

Kerabu Jantung said...

Wassalam Arif,
Makcik masih ingat Arif dan taliroppia tu. Jaring bola kaca tu doing well tergantung.
Arif buat apa skarang?

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...