Friday, July 26, 2019

Malang Tidak DiSangka....


Sangat terkejut apabila mendapat berita anak seorang sahabat mengalami kemalangan motosikal. Pada awalnya kami mendapat berita tangannya patah. Biasalah tu patah tangan atau patah kaki, orang muda cepat sembuh...

Tiba-tiba dapat berita kedua bahawa kaki anaknya terpaksa dipotong akibat cedera teruk. Semasa berlaku kemalangan itu dia tercampak dan menghentam tembok jalan hingga sebelah kakinya remuk dibawah paras lutut.
Rupanya kemalangan berlaku akibat kereta di depan berhenti mengejut dan tiada lampu brake!

Mengingatkan saya sahabat di kampung yang kematian anaknya setelah dilanggar kereta ketika melintas jalan dari kecuaian pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Arwah tidak mati di tempat kejadian tetapi mati beberapa bulan kemudian kerana cedera usus yang teruk akibat kemalangan...

Sebagai seorang ibu saya sangat memahami perasaan ibubapa yang anak-anak dilanda musibah. Tapi saya cukup kagum dengan dua orang sahabat saya yang begitu sabar menghadapinya....
Semoga Allah memberi segala kebaikan di atas keredhaan mereka..aamiin






No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...