Selalunya makan pagi lebih kurang sama berat dengan makan tengahari, nasi lemak sambal ikan bilis, rendang segala mak nenek - ayam, daging, hati, limpa, paru atau mihun goreng/mi goreng/ kwaytiau goreng tambah telur goreng. Roti canai dengan segala kuah dal dan kari ikan, daging, kambing ...
Walaupun dah meninggalkan gaya hidup makan tak berinsuran, tapi sekali sekala, dua kali dua kala terbabas jugak...
Kali ni bawak bersabar sikit - makan lontong campur kimchi, minum kopi kosong bermaniskan kurma....Lontong yang sebungkus besar tu simpan separuh for lunch.
Maklumlah sebulan lagi nak kena check HbA1C - makan kena ada
toma'ninah sikit, takut doktor pulak naik darah tinggi sebab sakit hati patient tak control gula dalam darah.....
Kena jaga hati doktor yang berusaha bersungguh-sungguh supaya orang ramai jaga kesihatan..
Bila HbA1c kita turun sikit pun jadilah..they are very happy tapi kalau naik je...habis semua kena audit - terlebih makan apa , apa aktiviti setiap hari..kita ni pun
berjanjilah dengan doktor the next ambik darah I make sure gula tak naik. Doktor pun setuju, but see you in three months..
'Ala kulliy hal janganlah kita menganiaya diri sendiri...
2 comments:
Assalam Sis. Betul tu. I antara yang tak jaga hati Dr. Tak dengar kata control makan. Baru ni I tukar Hospital di Putrajaya. Maka suruh jumpa pakar pemakanan. Missed appointment. Macam disenghaja. Astaghfirullah...... Semoga terampun.
Wassalam Sis, buat appointment lain jumpa pakar pemakanan, banyak info kita boleh dapat.
Sis dah pindah Putrajaya ke sekarang?
Post a Comment