Wednesday, August 4, 2021

Kelas Atas Kelas Bawah

 

Prolitariat
Rakyat marhain..mudah tanam, campak ceruk mana pun boleh tumbuh..tak siram ok tak kisah kat dia pun ok..dia berbunga je...

                    Bourguois
Kluster kayangan, kena duduk dalam pasu, kena tempat teduh, hari-hari kena siram, sentiasa kena baja..pendek kata ada banyak songel lah sikit...
Jaga ekau, lepas ni kalau tak berbunga lagi den campak ekau dalam lori sampah..

Aloh lah dengan pokok bunga pun gi buat baloh..tu lah...lama sangat tak jumpa orang....terkurung dalam rumah akibat PKP....

Tuesday, July 27, 2021

Liku-Liku Hidup.....



Pokok-pokok di laman rumah dulu subur dan menghijau tapi sekarang sudah tua semuanya..tidak sehijau ini..


Jangan takut m.a.t..i. 

Berpantang ajal sebelum mati aka kalau belum sampai ajal takkan mati punya ( demo kato ) walaupun dah landing bawah lori...

Sebenarnya kehidupan kita hari ni takkan sama dengan kehidupan masa kitu berumur 10 tahun dulu. Perubahan demi perubahan telah berlaku...

Sekolah rendah - sekolah menengah - kolej atau universiti atau dropout

 - dapat kerja atau menganggur atau sambung pelajaran

 - kahwin atau terus membujang

 - dapat anak atau tak dapat anak 

- dimadukan atau bercerai atau masih bersama susah senang

- kumpul harta atau hutang keliling pinggang

- bermenantu , bercucu cicit 

 - berappoinment dengan doktor kat hospital....

Fuh! Dah lama tu....macam - macam telah dilalui..

Perkara yang penting bagi kita biarlah hidup kita berakhir dalam kebaikan...hidup dengan baik, doa yang baik - baik, berbuat baik...dan semua yang baik - baik saja.

Percayalah..buat baik dibalas baik, kalau buat  jahat takut yang jahat itu berpatah balik kat diri sendiri...




Tuesday, July 20, 2021

Allah Jua Yang Membalas...

 



Betapa pentingnya derma atau sedekah bagi orang yang dalam kesempitan.

Emak pernah mengajar saya supaya bertimbng rasa pada pembantu....sekali sekala belilah kain batik bagi kat dia ( masa tu orang kampung sangat pentingkan kain batik ) . Kain batik murah pun takpe..boleh buat basahan harian.....

Kita ni pakai kain batik Jawa, bagi kat Jarah kain batik Siam..Bila batik Jawa naik harga dua-dua pakai kain batik Siam haha..

'Ala kulliy hal ia mengajar kita untuk menderma. Kadang- kadang kita tak tahu derma kita yang seciput tu boleh menyelesaikan masalah orang. Kita hulur rm10 misalnya -  kita tak tahu mungkin ia telah kehabisan beras, dapat juga dia membeli beras sekurang- kurangnya untuk sehari dua..Apatah lagi kalau kita bagi lebih..banyak benda yang dapat dia selesaikan..

Kalau bagi seringgit pun bolehlah ia menghilangkan dahaganya dengan membeli air mineral. Mungkin dah sehari suntuk dia tak makan,  dapat minum air bersih adalah nikmat baginya..tak dapat makan pun sabar je..

Mak sepupu saya menceritakan perihal seseorang yang kerap ditolongnya, pernah meluahkan perasaan hatinya dengan bersungguh- sungguh....

" Di Padang Mahsyar nanti saya nak mengadap Allah, saya nak bagitau Allah makciklah orang yang banyak menolong saya semasa di dunia "

Betapa terkesannya hati kami dengan perkataan itu hingga terkeluar air mata tanpa disedari....MasyaAllah...





Wednesday, July 7, 2021

Kalaulah..Tak Buat Berani.....

 

Kalaulah...jaga betul- betul pokok ni, tentulah tak pupus....

Seawal tahun 2020 kita dikejutkan dengan Virus Covid19..rakyat agak bercelaru pada awalnya.. adakah ia bahaya? atau tak bahaya?

Ramai yang gerun tapi ramai pula yang tak ambik kisah dan ada juga yang tak percaya virus ini boleh menyerang dan membunuh manusia tak kira siapa....'Engkau rapat engkau dapat '

Itu pun tak dapat nak mempengaruhi ramai orang tentang keganasan virus itu.

Apabila dikenakan PKP, ramai yang mengeluh, ramai yang tak puas hati, ramai juga yang mencuri- curi keluar, rentas kawasan...Bila datang cuti sekolah atau musim perayaan berebut balik kampung..

Lagi parah ada yang kena pakai gelang pink aka kena quarantin...boleh je keluar beli barang, pergi minum di gerai..

Setelah setahun berlalu..banyak kemusnahan yang berlaku - ramai yang dijangkiti, ramai yang mati, perniagaan kecil-kecilan ditutup, perniagaan besar-besar ada yang lingkup, ramai kena buang kerja, ada yang kelaparan, berlaku keganasan rumah tangga dan perceraian..anak- anak bersekolah online............dan pelbagai malapetaka yang lain..

Di tengah- tengahnya pula berlaku penyesalan...kalaulah tak berani sangat mungkin tak berjangkit.

Kalaulah tak balik kampung dimusim PKP ni mungkin keluarga di kampung tak dapat jangkitan. Atau mereka tak dijangkiti semasa di kampung.

Kalaulah tak pergi kenduri...

Kalaulah.....

Kalaulah....dan seribu macam kalaulah...yang penuh dengan kekesalan.....





Friday, June 4, 2021

Alkisahnya..Ramai Yang Serba Salah

Masa semua orang dok kecut perut di tengah- tengah C19 Pandemik ni - DEMO JANGAN DOK BUAT FASAL YE...

You don't simply call house owner telling them you are right in front of their house..That's real mean of you..

Tuan rumah tergamam tak tau nak kata apa...

Engkau tak boleh masuk....

(too mean )

Engkau dah ambik vaksin ke belum? ( adalah beralas sikit..)

Engkau ada demam atau batuk? 

(  bolehlah  berkira.. )

But I know my neighbour DZ will say,

Eh, engko tak boleh datang sini..pegi balik! Lepas habis covid baru engko boleh datang 

( terus hentam dengan torpedo! )

Jangan pulak KKM dah hadiah gelang pink suka- suka ronggeng pegi ke mana- mana yang engkorang suka...timbang rasa kat orang lain sama.. korang mungkin selamat, orang lain mungkin tak selamat...

Ada satu contoh yang baik sebagai tauladan...buat pesanan makanan, bila rider datang dia beritau kat rider tu, kitorang kat dalam rumah ni semua pakai gelang pink...letak je kat luar tu..

Sekurang- kurangnya adalah peri kemaknusiaannya di situ...Kita kena jaga frontliners kita, kalau tidak kita oder barang dorang tak nak hantar..

 
Beli buah online...dapat macam ni..



Tuesday, March 9, 2021

You Talk To Your Plants?

 ...not me..

Selama ni ada orang datang untuk kemas- kemas laman dan siram pokok seminggu dua kali. Tuan pokok buat relaks je, kalau hari hujan pokok gembira, kalau panas dorang menderita...selama ni..


Tetapi semenjak  negara dilanda pandemik, pada awalnya terpaksa siram pokok hari-hari sebab musim panas....akhirnya jatuh cinta jugaklah kat alpokok- pokok tuh!

My neighbour yang garden dia lawa tu selalu kata....

Cikgu..pokok-pokok ni jadi terapi untuk kita...saya cakap dengan pokok-pokok saya...kalau engko tak berbunga mummy buang nanti. Mummy kasi baja elok- elok dah ni...

Haha...takdelah aku nak bercakap dengan pokok....hahaha..

Hari ni bila tengah menyiram pokok okid liar..I kata...bagus you dah mula berbunga..ni banyak ada tempat lapang..nanti you boleh merebak kat sebelah sini pulak....

Ahhaha....me loco?

Rupanya bila you berbaik- baik dengan pokok dan mengikuti pertumbuhannya...inilah yang akan berlaku...BERCAKAP SORANG-SORANG aka BERCAKAP DENGAN POKOK....aka...




Tuesday, February 23, 2021

Sepuluh Tahun Kemudian...


Sepuluh tahun dulu DZ announced doktor isytihar dia dah pulih dari penyakit 3 serangkai, dan tak perlu makan ubat kecuali kolesterol, walau pun sudah turun doktor suruh maintain ubat tu. 

Sepuluh tahun kemudian DZ yang sudah pun berumur 80 tahun mulai 2020, hari ini dengan gembiranya memberi tahu saya, darah tinggi takde, gula tinggi pun takde...hanya kolesterol saja sambung ubat walaupun di tahap 5 saja.

DZ orang yang cergas, hari - hari tends to her garden except for rainy days...

Pulak tu takde lah beliau demam ke, selsema ke , batuk ke...Alhamdulillah for her, sentiasa steady....berjalan pun masih tegap takde senget, takde bongkok..Subhanallah! 

( mujurlah orchid shower ni tak banyak songel.,.hidup sendiri besar sendiri )

Saya pun sungguh bersemangat nak ikut macam DZ, hari- hari tengok pokok, siram, gembur, tambah baja...semoga  saya diberi kesihatan yang sama sepertinya InsyaAllah...

Setelah mendapat sakit urat Sciatica selama lebih setahun, kepala lutut saya besar sebelah - mengikut kata NorMashitoh fisioterapist yang merawat saya, muscle kaki saya telah mengecut sikit.

Sekarang ni hari- hari saya menjengah pokok2 dan kena matahari pagi....kaki pun dah kuat, jalan pun dah steady .....Saya harap saya boleh maintain rajin membela pokok...dan tak hangat hangat tahi ayam je...




Tuesday, February 2, 2021

Briyani Ikan..

 

Bagi musim pkp ni, dah macam-macam cuba masakan baru bagi memenuhi masa lapang...

 
Siapkan gravy beriyani dengan ikan tenggiri

Beras direbus sehingga hampir masak, toskan airnya. Kemudian masukkan nasi kedalam periuk selang seli dengan gravy dan ikan hingga habis..

...jerang semula di atas dapur dengan api yang kecik hingga naik wap...
gaulkan nasi hingga rata rempahnya..
Lepas itu bolehlah dihidangkan dengan lauk sampingan - dalca dan sambal tomato...

Aamiin...

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...