Saturday, December 23, 2023

Siap Sedia Untuk Hidup Dan Mati..

Masa hidup berpada-pada......jangan bila dah mati buat menyusahkan anak cucu..

Apa yang terjadi pada suami saya baru- baru ini sungguh tidak disangka. Setelah doktor sahkan terdapat bakteria dalam perutnya, dia kena makan ubat anti biotik sebanyak 4 biji sehari selama 14 hari. Rupa-rupanya badannya tak tahan dengan anti biotik itu menjadikan dia begitu disoriented - sehingga dia rasa macam dia dah nak mati. Selepas itu terkena flu pulak menyebabkan kesihatannya bertambah merosot...

Dalam keadaan begitu dia telah mewasiatkan sedikit sebanyak yang dia ada pada saya dan anak-anak. Dan mintak saya uruskan dengan segera. Perbincangan telah dibuat tapi hold dululah...kena uruskan orang yang tengah sakit tuh! 

Alhamdulillah selepas sebulan keadaannya bertambah baik....

Bab pusaka tu, noted!

Masa dulu- dulu jarang dengar ibubapa mewasiatkan harta sebelum mati. Masa ayah saya mati, sepupu ayah datang membantu emak menasihat dan membantu pembahagian pusaka kami...walaupun masa tu saya sudah berkahwin dan mempunyai anak tapi masih gelap lagi tentang hal pusaka nih!

Oleh kerana ada di antara kita yang tak tahu tentang kaedah pembahagian pusaka, banyak hartanah yang terbiar, tidak kurang ramai anak cucu yang teraniaya..

Bayangkan ibubapa mati meninggalkan rumah pusaka, tanah pusaka, kebun pusaka dan lain-lain pusaka mudah alih, kadang- kadang anak pinak tidak tahu siapa yang berhak ke atas apa...Bagi harta yang mudah alih pula pakat- pakat ambik/guna/pakai ikut suka......Pastu berbalah...

Akhirnya ada yang bijak sikit dalam ahli keluarga, dialah yang berkuasa...yang lain putih mata...



No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...