Tuesday, January 16, 2024

Zaman Kanak-Kanak......1

 

Entah macam mana teringat masa duduk di rumah di tengah bandar Kuala Rompin lamaaaa duluuu. Ada yang kata bandar Rompin bandar cowboy - one main street, di  kiri kanan ada rumah kedai papan dua tingkat! Bawah  kedai atas tempat duduk keluarga. Diselang seli dengan beberapa kedai setingkat. Biasanya bahagian depan tempat berniaga , belah belakang jadi tempat kediaman tokey kedai..

90% kedai di punyai oleh orang China selebihnya ada beberapa buah kedai Melayu dan India. Kedai ayah saya yang dua tingkat, depan bagi sewa tukang jam, belakang tempat kami duduk. Tingkat atas kosong je...Rumah kedai tu pusaka datuk yang turun pada ayah saya. Semasa saya dilahirkan datuk dan nenek sudah tiada.

Masa saya kecik dulu kadang kala naik ke atas loteng yang kosong tu...bila dah tua baru terfikir kenapa loteng tu tinggal kosong je...masa kecik teringin sangat nak duduk atas loteng! 

Di belakang rumah saya duduk tu ada sebuah rumah kedai yang besar didiami oleh keluarga China - saya berkawan dengan Ah Bee anak Mek Teh ( mak saya panggil dia Mek Teh mungkin nama dia Ah Teh agaknya ) Suami dia tak kenal sangat dia kerja bertukang. Mak saya dorang panggil Ah Teh , nama mak saya Puteh...

Yang jadi kenangan saya ialah antara pagar rumah saya dengan pagar rumah Mek Teh ada laluan bagi orang - orang kampung nak keluar ke muara Sungai Rompin. Rumah kami paling depan mengadap muara Sungai Rompin.

Di sepanjang pagar rumah Mek Teh dia tanam sebaris pokok bunga semarak api. Saya masih ingat pokok bunga tu sungguh cantik dan berbunga sepanjang tahun...paling cantik kerana ia tanah pasir dan bunga- bunga warna oren gugur menghiasi laluan...


Saya tanam pokok ini dekat pagar rumah saya sekarang.

Paling saya ingat, dalam pagar rumah Ah Bee ada timbunan kayu , di situ ada masanya waktu petang saya dan Ah Bee having dinner - Ah Bee bawak mangkuk nasi dan chopstick dia dan saya bawak pinggan nasi saya...makan sambil sembang entah apa2...tak ingat dah...



No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...