Thursday, April 11, 2024

Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - paling lama 5 tahun iaitu di Kota Baru Kelantan.

Oleh kerana duduk lama di Kelantan, anak- anak semuanya pandai kecek Kelate. Saya pun improve dialek Kelantan ketika mengajar di sebuah sekolah di Kota Baru. Bila salah sebut sesuatu perkataan anak murid akan membetulkannya!

Selepas 5 tahun di Kota Baru, suami berpindah pula ke Alor Setar...tinggal di sana selama 3 tahun. Oleh kerana anak- anak dok kecek Kelate bila pindah ke Aloq Setaq jarang dengar dorang  cakap Kedah, walau pun bapak orang Kedah dan cakap pekat macam kopi O.  Dorang faham je Bahasa Kedah tapi bila cakap tak jadi lagu Kedah - depa kata jadi pelat Sam Sam aka slang Siam.

Selepas Alor Setar kami berpindah ke Kuching Sarawak selama 3 tahun. Masa tu mereka dah masuk ke sekolah menengah, sudah luas pergaulan dan ramai kawan- kawan. Percakapan mereka pun pure Sarawakean..

By the time kami keluar dari Kuching anak-anak fasih kecek Kelate dan kelaka Sarawak. Kadang-kadang percakapan mereka macam kuah dalca bercampur aduk kacang parpu, kacang panjang, kacang bende, karot, tomato dan ubi kentang...

Kenak kitak sik mauk gi jale - jale kok alik beloh sinun.... 

Macam mana, boleh jadi ka lagu tu?

Itu hanya untuk sesama sendiri je...cakap mengarut caca merba..



No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...