Sambil menunggu BL memilih pakaian, saya pegi duduk kat kerusi panjang. Ada seorang lagi yang duduk di situ, agaknya sedang menunggu jugak. Saya menegur wanita itu kemudian kami berborak2 kecil........
Dia beritau saya, setelah anaknya keluar pergi kerja dia datang ke mall ronda2 dan rest kat situ sampai masa nak makan baru balik masak. Balik rumah pun dia akan kesaorangan sampai petang hingga anak balik kerja.
Selepas waktu Asar ada sekumpulan lagi yang lepak beramai2 di suatu tempat lain untuk menghabiskan masa sambil menunggu waktu maghrib.
Di kawasan kejiranannya masing2 bawak hal sendiri, semua pintu rumah tertutup dan anak- anak mereka hanya bermain dalam rumah sahaja. Tak macam masa dia muda2 dulu, mereka boleh datang pergi ke rumah jiran dan anak2 pergi bermain bersama...
Pendek cerita ada yang hidup dalam kesunyian setelah anak-anak membina hidup baru. Tiada aktiviti tertentu yang hendak dibuat, kawan2 pun ada yang tak free sepanjang hari. Ada yang terpaksa jaga cucu dari pagi sampai ke petang. Hidup mereka terikat dengan cucu sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
Ada juga sebahagian lagi menyibukkan diri untuk mempelajari ilmu sebab selama ini mereka telah ketinggalan untuk menyertai segala aktiviti yang ada. Setiap kawasan perumahan tentu ada surau masing2. AJK surau kena aktif buat program tazkirah atau lain2 aktiviti untuk kaum wanita.
Ada juga yang aktif dengan media sosial, ramai yang menghabiskan masa dengan hp di tangan...dah tak ingat siang malam...Tapi kalau seseorang tu pandai mengambil kesempatan dengan dunia yang dah tak bersempadan ni...banyak manfaat boleh didapati, terpulang pada kebijaksanaan seseorang....
 
 
No comments:
Post a Comment