Kita tak pernah menyangka kehidupan akan berubah dari semasa ke semasa - sebenarnya kita tak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita di masa akan datang....
Walaupun pun ramai yang tidak berubah kehidupan mereka dari muda sampai ke tua tapi ramai juga yang memulakan kehidupan lain. Kadang- kadang bila tua balik hidup di kampung....atau ke satu tempat lain pilihan mereka.
Ada yang beli atau bina rumah yang besar, lepas tu buat lagi tambahan untuk membesarkan lagi rumah mereka...dengan niat semua anak cucu boleh hidup selesa bersama....
Hakikatnya bila anak-anak semua dah berdikari mereka akan meninggalkan rumah ibubapa...rumah besar telah kekosongan, hanya tinggal dua orang atau satu orang penghuni yang dah pencen...
Akhirnya ramai yang menjual rumah besar dan beli rumah baru yang lebih sesuai dan lebih selesa bagi orang yang telah berumur...
Suatu pagi bila H dan A datang bawak breakfast....saya pun tarik kerusi makan untuk mereka duduk....
....Allah dah berat rasanya nak tarikh kerusi ni...
Yang kat rumah tu, 12 kerusi makan yang berat , la ni dah tak tau nak buat apa...
Biasalah zaman tahun 1980an dulu pilih meja makan kayu keras dan berat, teakwood atau rosewood. Kononnya boleh tahan lama....
Tapi my other friend lagi dahsyat - dining table dia yang heavy weight ada 16 biji kerusi- dah tersengkang kat tengah rumah...nasib baik dia dok mengaji kitab, penuh meja berterabur kitab2 dia...
Itulah antara beza dulu dengan sekarang...kerusi tetap tegap dari dulu sampai sekarang...tuan kerusi je yang dah lembik....
No comments:
Post a Comment