Thursday, January 29, 2026

Lihat Dengan Mata Hati

 

Y terkenang masa dia kecik tak pernah dapat angpow Raya. Orang lain dapat angpow dia hanya dapat ketupat, pada halnya semua orang balik Raya di rumah yang sama..Buat apa ketupat, berlambak ada atas meja boleh je ambik kalau nak makan. Paluan kedua untuk dia  bila ada ahli keluarga pergi holiday, sepupu dia dapat hadiah kereta mainan tapi dia hanya dapat sebatang pensel sebagai buah tangan....

Pengalaman saya ketika membeli belah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baru 40 tahun dahulu menjadi peringatan bagi diri saya. Kalau pergi membeli belah di bazaar, janganlah borong habis-habisan di satu gerai saja terutamanya kerana kebanyakan gerai menjual barang yang sama. Kita kena jugak perihatin pada penjual- penjual kiri kanan...Saya pernah terperasan ada penjual yang sangat hampa dan mengomel kecik bila kita bawak barang penuh tangan lalu depan lorong dia.

Rupanya baru- baru ni seorang sahabat saya bercerita ketika dia pergi memborong di bazar anaknya menegur ...mama...pegi beli kat gerai lain sama...dorang pun berharap orang datang beli kat gerai dia...mama kena bagi rezeki sikit sorang......

Kena fikir kesusahan orang sebab mereka pun ada perasaan jugak. Kadang- kadang ada orang datang memotong rumput kat rumah kita waktu tengah panas. Tuan rumah pulak dok lepak dengan aircon full blast....pemotong rumput pula peluh meleleh sampai ke keting...

Perkara biasa tapi kalau kita lihat dengan mata hati, ia boleh menceritakan berbagai keadaan di sebaliknya....






..

Tuesday, January 13, 2026

Suatu Pengorbanan.....

 


Pergi Kedah hadir kenduri kahwin, kali ni pegi lama sikit sebab nak ziarah berapa ahli keluarga yang dah lama sakit. Sangat berharap dapat ziarah mereka semua, sebab inilah peluang yang terbaik yang tidak boleh dilepaskan...sebab tak tau bila pulak nak pergi ke sana..



Di rumah pengantin penuh dengan saudara mara membantu persiapan terakhir kerana esoknya hari kenduri besar. Kami dijamu makan tengah hari  - gulai ikan geruk- geruk, sambal belacan dan ulam....Makan sama naik dengan bersembang, kerja sikit je, datang ramai-ramai bagi meriah susana....

Selepas kenduri me and Beautiful Life pergi ziarah ahli keluarga yang sedang uzur akibat macam- macam penyakit - acute diabetes , yang sedang koma , yang menjaga suami kena stroke dan ziarah sepupu yang sangat kami kasihi sedang menjalani hari tuanya dalam umur 90an tahun...

Terasa sangat2 insaf  apabila melihat pengorbanan anak2 yang menjaga ibubapa mereka dengan cermat dan penuh tanggung jawab. 

Bayangkan ibu yang terlantar koma hampir dua tahun, seorang anak menjaga sepenuh masa. Mengikut katanya dia tak berani nak tinggal ibunya lebih dari 20 minit. Ada masa ibu resah gelisah, restless dan terpaksa ditenteramkan. 

Adik beradik lain semuanya tinggal jauh, balik sekali sekala, pendek kata beban itu dipikulnya bersendirian...

Bagaimana pulak isteri menjaga suami yang  kena stroke hampir 20 tahun tanpa bantuan anak2 yang tinggal jauh. Terpaksa menghadapi hari- hari yang gawat keseorangan - dengan penuh kesabaran...dan kesukaran..

Pendek kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..... 

Kepada Allah sahaja tempat mengadu. Kita tak tahu apakah hikmah di sebalik ujian yang dilalui mereka... Hanya Allah Maha Mengetahui. 

Ujian itu mungkin bukan sahaja bagi orang yang memikulnya tapi mungkin bagi ahli keluarga yang lain juga.......



Lihat Dengan Mata Hati

  Y terkenang masa dia kecik tak pernah dapat angpow Raya. Orang lain dapat angpow dia hanya dapat ketupat, pada halnya semua orang balik Ra...