Y terkenang masa dia kecik tak pernah dapat angpow Raya. Orang lain dapat angpow dia hanya dapat ketupat, pada halnya semua orang balik Raya di rumah yang sama..Buat apa ketupat, berlambak ada atas meja boleh je ambik kalau nak makan. Paluan kedua untuk dia bila ada ahli keluarga pergi holiday, sepupu dia dapat hadiah kereta mainan tapi dia hanya dapat sebatang pensel sebagai buah tangan....
Pengalaman saya ketika membeli belah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baru 40 tahun dahulu menjadi peringatan bagi diri saya. Kalau pergi membeli belah di bazaar, janganlah borong habis-habisan di satu gerai saja terutamanya kerana kebanyakan gerai menjual barang yang sama. Kita kena jugak perihatin pada penjual- penjual kiri kanan...Saya pernah terperasan ada penjual yang sangat hampa dan mengomel kecik bila kita bawak barang penuh tangan lalu depan lorong dia.
Rupanya baru- baru ni seorang sahabat saya bercerita ketika dia pergi memborong di bazar anaknya menegur ...mama...pegi beli kat gerai lain sama...dorang pun berharap orang datang beli kat gerai dia...mama kena bagi rezeki sikit sorang......
Kena fikir kesusahan orang sebab mereka pun ada perasaan jugak. Kadang- kadang ada orang datang memotong rumput kat rumah kita waktu tengah panas. Tuan rumah pulak dok lepak dengan aircon full blast....pemotong rumput pula peluh meleleh sampai ke keting...
Perkara biasa tapi kalau kita lihat dengan mata hati, ia boleh menceritakan berbagai keadaan di sebalik ya....
..

No comments:
Post a Comment