Pergi Kedah hadir kenduri kahwin, kali ni pegi lama sikit sebab nak ziarah berapa ahli keluarga yang dah lama sakit. Sangat berharap dapat ziarah mereka semua, sebab inilah peluang yang terbaik yang tidak boleh dilepaskan...sebab tak tau bila pulak nak pergi ke sana..
Di rumah pengantin penuh dengan saudara mara membantu persiapan terakhir kerana esoknya hari kenduri besar. Kami dijamu makan tengah hari - gulai ikan geruk- geruk, sambal belacan dan ulam....Makan sama naik dengan bersembang, kerja sikit je, datang ramai-ramai bagi meriah susana....
Selepas kenduri me and Beautiful Life pergi ziarah ahli keluarga yang sedang uzur akibat macam- macam penyakit - acute diabetes , yang sedang koma , yang menjaga suami kena stroke dan ziarah sepupu yang sangat kami kasihi sedang menjalani hari tuanya dalam umur 90an tahun...
Terasa sangat2 insaf apabila melihat pengorbanan anak2 yang menjaga ibubapa mereka dengan cermat dan penuh tanggung jawab.
Bayangkan ibu yang terlantar koma hampir dua tahun, seorang anak menjaga sepenuh masa. Mengikut katanya dia tak berani nak tinggal ibunya lebih dari 20 minit. Ada masa ibu resah gelisah, restless dan terpaksa ditenteramkan.
Adik beradik lain semuanya tinggal jauh, balik sekali sekala, pendek kata beban itu dipikulnya bersendirian...
Bagaimana pulak isteri menjaga suami yang kena stroke hampir 20 tahun tanpa bantuan anak2 yang tinggal jauh. Terpaksa menghadapi hari- hari yang gawat keseorangan - dengan penuh kesabaran...dan kesukaran..
Pendek kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.....
Kepada Allah sahaja tempat mengadu. Kita tak tahu apakah hikmah di sebalik ujian yang dilalui mereka... Hanya Allah Maha Mengetahui.
Ujian itu mungkin bukan sahaja bagi orang yang memikulnya tapi mungkin bagi ahli keluarga yang lain juga.......

No comments:
Post a Comment