Sunday, March 16, 2014

Pengajaran Ayat




سُورَةُ الأَنفَالِ                                          


بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ                          
قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِيمَٰن
ٗا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ           
يَتَوَكَّلُونَ ٢ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ                     
يُنفِقُونَ ٣ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ حَقّ
ٗاۚ لَّهُمۡ دَرَجَٰتٌ عِندَ               
    رَبِّهِمۡ وَمَغۡفِرَةٞ وَرِزۡقٞ كَرِيمٞ
٤                                 


Surah Al Anfaal : 4

Mukmin yang sejati ,  mereka itu mendapat  beberapa darjat dari Allah, mendapat keampunan dan dikurniakan rezeki yang baik. Sesungguhnya mereka itu adalah terdiri daripada orang-orang yang...
1. Jika disebut nama Allah gementar hati mereka
2.Bila dibaca ayat-ayat Allah bertambah iman mereka
3.Mereka itu orang-orang yang mendirikan solat
4.Dan mereka yang menginfaqkan harta ( berzakat dan bersedeqah )

Ustaz pun bercerita, salah seorang anak muridnya tanya adakah mendirikan solat itu ialah solat berdiri? Bagaimana dengan orang yang tak boleh solat berdiri, adakah solat mereka tak diterima?

Ustaz pun tergelak lalu menerangkan bahawa mendirikan solat itu ialah mengerjakan solat  dengan tekun dan dalam waktunya.
Orang mukmin sejati adalah orang yang bersungguh-sungguh mengerjakan solat, menjaga waktu , bukan permain-mainkan ibadat  solat, atau ambil remeh  tentang solat. Sekejap solat sekejap tidak, atau pun bersolat di waktu yang tercela - tengah solat Asar 2 rakaat, azan Maghrib pun berbunyi.
Begitu juga dalam amalan zakat, ada yang dah berzakat, dah tak nak bersedeqah, sebab katanya dah tunai tanggungjawab. Mukmin sejati menunaikan zakat dan bersedeqah pula dengan tidak mengira untung rugi.

Begitulah dalam majlis ilmu, ada jugak perkara-perkara yang  menggelikan hati ustaz dan juga jemaahnya.

ps.
 Punyalah seronok dapat  cut and paste ayat AlQuran dengan mudahnya dan dalam saiz yang besar.
Tq Wan Azmi , yang tolong masukkan Script AlQuran Resam Uthmani ke dalam Microsoft Office. Believe it or not before this I've got to type harfi bi harfi the Quranic verses using   ARABIC KEYBOARD !




 

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...