Saya sangat teringin nak tengok floating market di Bangkok tapi tak sempat. Walaupun kami dibawa ke floating market di Ayuthia yang dibuat khas untuk pelancong sangat cantik dan menarik tapi saya rasa ingin nak tengok yang asal.
Bila pegi Ho Chi Minh City, saya nampak gambar floating market yang sungguh bewarna warni terpampang di pejabat ajensi pelancongan di kawasan hotel kami menginap.
Kami pun dengan penuh teruja memberitahu Akun our tour guide nak pegi floating market tuh!
Wah....itu floating market tak dak cantik ma..itu dalam gambat punya angkat hali new year punya, colourful cantik, tapi betut- betut punya takle itu macam...
Pendek kata si Akun tu tak nak bawak kitorang pegi, katanya kena gerak dari hotel pukul 1 pagi, sampai floating market dalam pukul 4 pagi, cuaca masih gelap. Aktiviti jual beli bermula seawal 4 pagi dan habis pukul 9 pagi.
Oleh kerana masa pun tak berapa cukup kami pun discouraged dan abaikan saja niat kami.....
Nasib baik dah naik sampan di anak Sungai Mekong, boleh bayangkan macam mana the hustle and bustle of floating markets tuh!
No comments:
Post a Comment