Friday, August 23, 2013

Qiraat Syu'bah

 

 

 

Qiraat Syu’bah - Perbezaan Farsy Huruf  - Surah  AlBaqarah - Bahagian 2





 


Ayat

Hafs

Syu’bah

Keterangan/Bacaan Syu’bah

16
185
وَلِتُكْمِلُواْ
وَلِتُكَمِّلُواْ
ك fathah    م bertasydid
17
189
 ٱلْبُيُوتَ
ٱلْبِيُوتَ
   بِ kasrah
18
207
رَءُوفٌ
  رَءُفٌ
 و hadzaf/buang
19
222
يَطْهُرْنَ  حَتَى
يَطَّهَرْنَ حَتّى
ط dan ه fathah bertasydid
20
236
قَدَوُهُ
قَدْرُهُ
د sukun
21
240
 وَصِيَّةً
وَصِيَّةٌ
  ة dhommatain
22
245
وَيَبْسُطُ 
 وَيبْصُطُ
Baca dengan ص
23
260
 جُزْءًا
جُزُءًا
ز  dhommah
24
271
فَنِعِمَّا
فَنِِعْمَّا
عْ sukun/ikhtilas
25
271
وَيُكَفِّرُ
   وَنُكَفِّرُ
Baca dengan ن
26
279
فَأْذَنُواْ
فَءَاذَِنُواْ
ءَ fathah dan  ا , selepasnya  ذِ kasrah



Demikianlah terdapat 31 farsy huruf yang berbeza antara Hafs dan Syu’bah dalam Surah AlBaqarah Toriq AsySyatibi.

Ada huruf yang tidak ditaip dalam Rasm Uthmani dan ada  kesalahan lain harap maaf kerana ia adalah kedaifan jurublog jua adanya.

Boleh rujuk perkataan/kalimah asal dalam AlQuran Riwayat Hafs untuk memastikan perkataan itu dalam keadaan yang betul

WalLahu 'Alam!

Wednesday, August 21, 2013

Qiraat Syu'bah





Qiraat Syu’bah - Perbezaan Farsy Huruf  - Surah  AlBaqarah - Bahagian 1


Bil


Ayat
Hafs
Syu’bah
Keterangan / Bacaan Syu’bah
1
51/92
ٱتَّخَذْتُم
ٱتَّخَذتُّم
Idgham  ت dengan  ذ
2
67/231
هُزُوًا
هُزُءًا
Tukar     و      kepada    ء
3
80
أتَّخَذْتُم
أتَّخَذتُّم
Idgham   ت  dengan    ذ
4
81/112
َبَلَى
َبَلَى
Bacaan Imalah
5
85
تَعْمَلُونَ عَمَّا
يَعْمَلُونَ عَمَّا
Baca dengan  ي
6
97
لِِّجِبْريلَ
لِِّجَبْرَئَِلَ
ج dan  ر fatah  ء ditempat ي
7
98
جِبْرِيلَ
جَبْرَئِلَ
ج dan  ر fatah  ء ditempat ي
8
98
مِيكالَ 
مِيكَاءِيل
ء  dan  ي selepas  ا
 9
124
  ٱلظَّالِمِينَ عَهْدِى
ٱلظَّالِمِينَ عَهْدِىَ
  ي fatah
10
125
  لِلطَّآئِفِينَ  بَيتىَ
  لِلطَّآئِفِينَ بَيتى
ي  sukun
11
140
  تَقُولُونَ أم
يَقُولُونَ أم
Baca  dengan ي
12
143/208
لََرَءُوفٌ
   لَرَءُفٌ
Hadzaf/buang  و      
13
168
خُطُوَاتِ
   خُطْوَاتِ
 ط sukun    
14
177
ٱلْبِرَّ    لَيْسَ    
  لَيْسَ ٱلْبِرُّ    
ر  dhommah
15
 182
  مُّوصً
مُّوَصٍّ
Fatah  و tasydid ص


Kisah Benar





..yang berlaku 25 tahun dahulu....

Seorang kawan tiba-tiba rasa tak sedap hati, dia pun balik ke rumah menjenguk anaknya. Memang betul sangkaannya, anak lelakinya sudah tiada. Dia pun terus memecut kereta menuju ke Pudu Raya - memang betul dan nampak  anaknya masih ada di situ, dia pun terus pergi  menarik tangan anaknya dan bawa balik ke rumah.

Nenek yang hendak membawa cucunya pulang ke kampung tak dapat berbuat apa-apa, melainkan menangis tersedu-sedu.....

Cerita dia atas  bukanlah cereka melainkan ia benar-benar berlaku . Pada mulanya anak itu dihantar pada neneknya di kampung sebab pembantu rumah berhenti kerja. Bila dah lama dengan nenek, mereka pun tak dapat dipisahkan . Musim cuti sekolah tiba, kedua ibubapa kanak-kanak itu balik ke kampung kemudian membawa anak itu balik ke KL.

 Beberapa hari kemudian nenek pun sampai, katanya mai nak tengok cucu sebab dah rindu sangat.

Bila mak pak pi keja, nenek pun bawak cucu ke Pudu Raya nak naik bas balik ke kampung.....








Monday, August 19, 2013

Hari-Hari Kena Detox !





I bukan main stress lepas puasa ni, sebab kena pegi ambik darah di Tanglin Hospital ( tahunan ), maklumlah Hari Raya , takut  terlajak makan . On the appointment day eve -  my doter -  Indecisiveness bawak mai cheese cake yang kaw habis meter - super creamy cheese that is very inviting! So control punya control termakan jugak not one but two pieces - in fact I was going for the 3rd one- mujur jugak sempat beristighfar!

Lepas ambik darah nurse tu pun berseloroh
Haa.. dah boleh pegi makan nasi lemak.
Tak berani dah , sebab semalam dah makan terlebih cheese cake
Takpe result belum keluar lagi, makan dulu, lepas tu baru pantang!

DE dah telefon nak bagi I kek lapis Sarawak, oleh kerana kat rumah hanya me and my husband je yang ada I pun menolak dengan bersungguh-sungguh hati. Kalau sampai kek tu kat rumah  pendek kata I beraya sakan pulak. Husben memang tak suka kek - jadi dia selamat dari mala petaka akibat terlebih manis!




I have to shove this cakes to the far corner of my freezer - biar dia keras jadi batu,lepas tu hebang dia kat dinding!

DE kata dia  selalu kena threaten by her physician , kalau gula naik lagi, kena tambah ubat!
Ooo, I kena bagi you minum  Japanese tea je! No kuih -kuih lagi kalau datang rumah!
Ok, I like it - I memang tak boleh nampak kuih manis ,bila makan  tak takut dah pada doktor yang chengil tu dan tak kisah fasal ancaman dia..

Haha, sepanjang raya ni kena detox hari-hari - makan sup sayur dengan buah je!





Thursday, August 15, 2013

Monday, August 12, 2013

Dialog Bercili




Bulan Puasa

Akak, saya nak bagi lauk sikit

Akak dok tengah pening ni, kena hypo pulak , dah pukul 5 petang kalau ikutkan sayang nak bukak puasa.

Jangan kak, nanti pengsan sorang-sorang dalam rumah sapa pun tak tahu.

Akak nak minum air madu dulu , bagi badan stabil sikit baru boleh jalan. Tunggu dalam setengah jam lagi .

Takpe , kalau akak dah ok nanti telefon saya balik, saya hantar lauk untuk akak makan malam ni.


Hari Raya

Terima kasih makcik sebab ambik berat fasal mama - saya ni jarang telefon mama, entahlah saya ni fesyen tak menalipon ..malas sikit...

Telefonlah selalu-selalu , you tau, banyak pahala kalau you selalu telefon tanya kabar mama tu ( yang dok sorang-sorang sejak your dad dah tiada beberapa tahun lalu )

( Tersengih je, tak tau nak jawab apa )

You don't know how lonely your mum is - bayangkan dok sorang-sorang kat rumah, takde kawan, tak boleh ke sana ke mari- kalau apa-apa jadi, takde sapa yang tahu....

( Senyap je )

Sekurang-kurangnya kalau kerap bertanya kabar, suka sikit hati dia, you pun duduk jauh dan jarang-jarang balik rumah . Kalau selalu dok telefon  hilanglah  segala kesunyian dan bolehlah dia mengadu hal tentang suka duka dan sakit pening dia......

( Terus tersenyap, tak kata apa! )

Err.....dah terlebih cili ke? aloh lah makcikkk....tak bagi peluang langsung....

Monday, August 5, 2013

Jumpa Doh Lah Weh.........





........dengan Lailatul Qadar!!!!!

Sah! Malam 27 baru ni ( Ahad malam ) memang dah sohih Lailatul Qadar...eh, betullah ....sebabnya..
 hujan renyai-renyai, dan nampak pokok-pokok menghijau  waktu tengah malam...
Masing-masing sebok menelefon adik beradik depa suruh bangun malam buat solat tahajjud, solat tasbih, solat taubat dan lain-lain . Berzikir tak henti-henti...sepanjang malam......sampai waktu fajar.


                                                 
سلامٌ هِى حٌتى مطْلع الفجْر 


Gembira tak terkira depa tu......

Ada jugak yang rasa kecewa bila bangun pagi tengok langit tenang cuaca sejuk - depa pakat dok heboh kata Lailatul Qadar dah turun. Frust bukan main dia sebab tak sempat nak buat amalam sebanyak-banyaknya dok sebok prepare sahur  untuk suami........Tak sempat baca Al Quran banyak-banyak, tak sempat taubat banyak-banyak......



اللٌهٌم انّك عفّوّ كريم تحِبّ العفْوفعْفُ عنّي


Doh, tok baca doa keampunan tu?
Baca, tapi sempat 100 x je! I tak puas hati, malam-malam lain I buat lebih banyak pada tu!
Doh tok ngaji?
Sikit je! dapat 2 maqra' tak sempat sebab subuh dah masuk!

Try lagi malam ni pulak akak oii, mana tahu  malam Qadar belum turun lagi.....Sebab ada jugak orang tak sempat buat apa-apa - terlewat  bangun sahur, ngam-ngam minum air je!





Sunday, August 4, 2013

Antara Sabar Dengan Tak Sabar





Puasa dah nak habis ni elok juga  bermuhasabah diri - terutamanya dalam hal kesabaran.

Apabila Z syahid dari kelas pengajian Qiraat Asyara , saya memang sakit hati dengan dia. Tapi Z sibuk pulak menjaga aktiviti muslimah di surau . Pernah dia mintak tolong saya simpankan kain baju yang orang derma ke dalam stor surau - saya pegi patahkan anak kunci pintu stor - dahlah tu buat bising pulak - anak kunci ni fragile sangat, lain kali kalau nak buat anak kunci buat yang elok sikit!

K juga belajar di tempat yang sama tapi di kelas yang berlainan ( dia belajar kemudian sikit dari saya ). Setiap kali nak periksa dia akan telefon saya nak tanya itu ini .Bila terang dia tak faham
Ada Al Quran tak depan you?
Takde lupa bawak , tapi I ada nota kelas...( dia tolong anak dia jaga kedai sebelah malam )
I punya sakit hati kat dia - dok main tanya atas angin mana nak faham...

Semasa kami bersolat Tarawih di surau - bila saya pandang ke arah Z, saya lihat begitu hebat dia- menghabiskan masa buat kerja-kerja sukarela untuk menghidupkan majlis ilmu di surau . Buat kerja tanpa apa-apa bayaran dan tak pernah merungut! Di samping itu beliau menjaga kebajikan ibunya , memenuhi segala keperluannya . Mengajar pulak sedara mara yang tak mahir mengaji Al Quran di rumahnya ( on Sunday!)

Bila saya pandang K - begitu hebat dia, menjaga suaminya yang kena strok dan menjaga ibunya yang sedang uzur sebab sakit tua. Dah bertahun-tahun lama - Dia tak pernah merungut - terpaksa syahid dari kelas pengajian kerana kesuntukan masa.

Mereka lebih 10000000000000000000000000000000000000 x baik dari saya. Z berkhidmat pada masyarakat - K menjaga suami dan ibu yang ke dua-duanya uzur dan memerlukan perhatian penuh darinya!

Saya? dok wat relaks kat rumah je!


Thursday, August 1, 2013

Curi Letrik





Dengan secara tak sengaja saya dapat menjimatkan penggunaan letrik apabila saya menutup satu tingkat air terjun di kolam ikan . Oleh kerana air terjun tinggal satu, penggunaan letrik pun berkurangan . Dan apabila saya tidak lagi menggunakan cerek letrik yang besar gedabak tu, rupa-rupanya telah berlaku pengurangan penggunaan letrik . Saya pun happy bukan main , cerek besar tu pun ditukar dengan cerek kecil!

Ada orang kena saman dengan TNB ( tak tahu betul ke tak perkataan saman tu! ) sebab membayar bil letrik lebih rendah dari yang digunakan.  Ada yang guna letrik dengan mewahnya , rumah besar bermandi cahaya tapi bil letrik tak tinggi - rupa-rupanya ada yang memasang gadget yang boleh menyebabkan meter bergerak perlahan.

Ada orang beritahu, dia dapat surat @ pegawai TNB datang chek meter letrik dan didapati ada penipuan di situ, akhirnya dia kena bayar tunggakan . Yang bestnya dia maintain tak tahu menahu apa yang berlaku  pada meter letrik tu a.k.a rupa-rupanya ada pemasangan alat di meter tanpa disedarinya! ( tapi tukang pasang tu tahu rumah sapa yang dia pegi kowtim )

Ada meter reader yang membiarkannya sahaja apabila berlaku penipuan - tak ambik pusing, nak tipu, tipulah, bukan gheta dia, gheta kerajaan atau gheta syarikat , peduli apa! Tak ingat pulak dia kalau syarikat bengkrap dia pun boleh hilang pekerjaan.

Kalau kerajaan bengkrap macam negara Greek dan beberapa lagi negera lain yang hampir-hampir nak muflis tu , Kita dan keluarga kita jugak yang susah!




Google search - the abandoned of 3.5 mil sq ft car plant in Detroit



Ramai yang tak menyangka bandar Detroit telah muflis akibat penutupan kilang-kilang kereta di situ!








Adat Bertamu...

  Nak pergi rumah orang jangan dok main terjah ramai- ramai! Terkejut badak pulak tuan rumah. Melainkan rumah  ibubapa atau adik beradik sen...