Sunday, August 4, 2013
Antara Sabar Dengan Tak Sabar
Puasa dah nak habis ni elok juga bermuhasabah diri - terutamanya dalam hal kesabaran.
Apabila Z syahid dari kelas pengajian Qiraat Asyara , saya memang sakit hati dengan dia. Tapi Z sibuk pulak menjaga aktiviti muslimah di surau . Pernah dia mintak tolong saya simpankan kain baju yang orang derma ke dalam stor surau - saya pegi patahkan anak kunci pintu stor - dahlah tu buat bising pulak - anak kunci ni fragile sangat, lain kali kalau nak buat anak kunci buat yang elok sikit!
K juga belajar di tempat yang sama tapi di kelas yang berlainan ( dia belajar kemudian sikit dari saya ). Setiap kali nak periksa dia akan telefon saya nak tanya itu ini .Bila terang dia tak faham
Ada Al Quran tak depan you?
Takde lupa bawak , tapi I ada nota kelas...( dia tolong anak dia jaga kedai sebelah malam )
I punya sakit hati kat dia - dok main tanya atas angin mana nak faham...
Semasa kami bersolat Tarawih di surau - bila saya pandang ke arah Z, saya lihat begitu hebat dia- menghabiskan masa buat kerja-kerja sukarela untuk menghidupkan majlis ilmu di surau . Buat kerja tanpa apa-apa bayaran dan tak pernah merungut! Di samping itu beliau menjaga kebajikan ibunya , memenuhi segala keperluannya . Mengajar pulak sedara mara yang tak mahir mengaji Al Quran di rumahnya ( on Sunday!)
Bila saya pandang K - begitu hebat dia, menjaga suaminya yang kena strok dan menjaga ibunya yang sedang uzur sebab sakit tua. Dah bertahun-tahun lama - Dia tak pernah merungut - terpaksa syahid dari kelas pengajian kerana kesuntukan masa.
Mereka lebih 10000000000000000000000000000000000000 x baik dari saya. Z berkhidmat pada masyarakat - K menjaga suami dan ibu yang ke dua-duanya uzur dan memerlukan perhatian penuh darinya!
Saya? dok wat relaks kat rumah je!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment