Thursday, August 1, 2013

Curi Letrik





Dengan secara tak sengaja saya dapat menjimatkan penggunaan letrik apabila saya menutup satu tingkat air terjun di kolam ikan . Oleh kerana air terjun tinggal satu, penggunaan letrik pun berkurangan . Dan apabila saya tidak lagi menggunakan cerek letrik yang besar gedabak tu, rupa-rupanya telah berlaku pengurangan penggunaan letrik . Saya pun happy bukan main , cerek besar tu pun ditukar dengan cerek kecil!

Ada orang kena saman dengan TNB ( tak tahu betul ke tak perkataan saman tu! ) sebab membayar bil letrik lebih rendah dari yang digunakan.  Ada yang guna letrik dengan mewahnya , rumah besar bermandi cahaya tapi bil letrik tak tinggi - rupa-rupanya ada yang memasang gadget yang boleh menyebabkan meter bergerak perlahan.

Ada orang beritahu, dia dapat surat @ pegawai TNB datang chek meter letrik dan didapati ada penipuan di situ, akhirnya dia kena bayar tunggakan . Yang bestnya dia maintain tak tahu menahu apa yang berlaku  pada meter letrik tu a.k.a rupa-rupanya ada pemasangan alat di meter tanpa disedarinya! ( tapi tukang pasang tu tahu rumah sapa yang dia pegi kowtim )

Ada meter reader yang membiarkannya sahaja apabila berlaku penipuan - tak ambik pusing, nak tipu, tipulah, bukan gheta dia, gheta kerajaan atau gheta syarikat , peduli apa! Tak ingat pulak dia kalau syarikat bengkrap dia pun boleh hilang pekerjaan.

Kalau kerajaan bengkrap macam negara Greek dan beberapa lagi negera lain yang hampir-hampir nak muflis tu , Kita dan keluarga kita jugak yang susah!




Google search - the abandoned of 3.5 mil sq ft car plant in Detroit



Ramai yang tak menyangka bandar Detroit telah muflis akibat penutupan kilang-kilang kereta di situ!








No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...