Thursday, May 24, 2018
Mujurlah.....
Oang tua- tua dulu selalu kata 'mujur' kalau mereka ditimpa musibah. Mereka orang
yang sabar dan dapat menerima musibah dengan cara yang lebih positif
Mujur banjir kilat kalau gempa bumi tak boleh buat apa dah!
Mujur kena kaki kalau kena mata buta..lebih baik luka di kaki sebab ia boleh sembuh jika diubat tapi kalau mata yang buta akan terus hilang deria penglihatan..
Macam Malaysia pula mujurlah PH menang pilihanraya kalau kalah negara kita akan berterusan dichop sebagai negara kleptokratik. Malaysia mungkin akhirnya jatuh ke taraf yang sama macam sesetengah negara di Afrika, prmimpin kaya raya rakyat teruk menderita.....
Semoga Malaysia bertambah maju dan makmur dan rakyat dapat hidup dengan selesa di bawah pentadbiran baru. Ada pun mereka yang tidak amanah semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.....
Sunday, May 20, 2018
Friday, May 11, 2018
Akhir Kata...
Peribahasa:
Roda dunia tetap berputar -begitu jugak hidup manusia, dah lama berkuasa tak sangka pulak kuasa itu boleh hilang sekelip mata. PRU14 hari Rabu, hari Kamis hilang kuasa ( takde sapa dah nak cium tangan dia )
Dunia jadi sempit - apabila selama ini hidup mewah pitih berlanar, disanjung tinggi dan dihormati, lepas ni semua orang buat tak nampak dan buat tak kenal
Tak cukup tanah nak lari- kalau kena kejar dek pihak berkuasa. Kalau berjaya memboloskan diri pun hidup macam kera sumbang di tempat orang.
Baru tau langit itu tinggi - masa berkuasa boleh buat apa saja, undang-undang dipersenda..( maklumlah ramai tukang kipas , tukang ampu dan tukang cover)
Pendek kata harta kekayaan dan segala kemewahan tidak bermakna kalau...
dah hilang kuasa..
Tuesday, May 8, 2018
Kurr..Kurrr..Kurrr...Tabur Dedak...
.....hingga ke garisan penamat!
Banyak offer baru dibuat oleh cash is king pada live streaming yang disiar serentak dengan pengumuman terakhir sebelum PRU14 yang dibuat oleh Tun M pada pukul sepuluh malam ini 8/5/2018.
Macam- macam offer ada - pelepasan cukai, menambah brim dan lain- lain lagi tapi ramai yang memilih untuk mendengar pesanan Tun M yang menyeru rakyat supaya berani membuat perubahan...
Pada malam ini saya sungguh sedih mengenangkan makcik - makcik saya di kampung yang sungguh takut menolak bn...puas anak buah cuba memujuk tapi tak jalan! Mereka lebih percaya pada setan yang dia kenal dari the angel yang dia tak kenal. Mereka inilah yang akan memberi kemenangan kepada 'duit itu raja' ( segala kejahatan dan penipuan )....
Tapi jangan pandang rendah pada mereka. Mungkin anak-cucu yang balik mengundi boleh mengubah fikiran mereka...Lagi pulak makcik- makcik dan tok cik- tokcik la ni dah pandai berwassap- wassap dan mengoogle- google..tidak mustahil mereka buat keputusan beramai- ramai gi pakoh ( pangkah ) ph!
Kalau itu terjadi....
Maka akan terciptalah sejarah.....
RAKYAT MALAYSIA BERJAYA MENJATUHKAN KERAJAAN KLEPTOKRAT...!
.
Wednesday, May 2, 2018
Keliru Dan Sungguh Mengelirukan....
...menunggu PRU14...Rabu 9hb Mei 2018....
Ramai yang berharap akan berlaku perubahan dan tidak kurang pulak yang takut berlakunya perubahan dalam pentadbiran negara....
Ramai yang tak inginkan perubahan sebab takut perubahan akan menyebabkan keadaan jadi tidak menentu - takut Cina DAP control Malaysia - tapi tak takut pulak Cina MCA control Malaysia, ( padahal Cina tu jugak pegi mari pegi mari yang dok mengundinya ) takut tak dapat pencen, takut tak dapat BRIM, takut...takut...dan takut dalam semua aspek hidup.
Rupanya mereka telah ditakut- takutkan!
( Orang penakut jadi habuan orang berani...)
Warih warah kat kampung berbelah bagi, mulut berbuih dok mengutuk tok wakil dan pemimpin- pemimpin yang katanya mengkayakan diri dan semua ahli keluarganya - orang lain yang ramai- ramai tak merasa...tapi mari mengundi dok gi pakoh puok demo tu jugak!
Dok leh ghoyak gapo doh!
Demo kato kalu orang lain naik pun akan jadi supo tu jugok ( i.e mentekedarah duit rasuah belako! ) Fuh! This is when the fake news law comes in!
Kena ambik iktibar dari orang tua- tua dulu, apabila anak-anak bawak balik ke rumah sesuatu seperti duit atau makanan, mak bapak tanya dari mana dapat benda- benda tuh! ( dulu zaman susah, duit kurang makanan pun tak seberapa ).
Kalau mereka tak yakin dengan jawapan anak, mereka tak ambik duit dan tak akan makan makanan tu.
Kalu laki bawak balik pitih seguni...atau tiba- tiba pling! Pitih masuk dalam akaun dia -
jangan pulak anak bini bertepuk tangan kesukaan!
Mudah- mudahan anak cucu yang balik ngundi ramai- ramai tu dapat membuka mata warih warah kat kampung!
Friday, April 27, 2018
Bergurau Kasar Weh!
Masa kami tinggal di Kucing pertengahan tahun 1990an dulu, kapal terbang Transmile beroperasi sebagai agen pos laju antara Semenanjung dengan Sarawak ( mungkin Sabah juga ). Pada masa yang sama Transmile mengambil penumpang- penumpang sebagai pengangkutan udara alternatif. Jadi ada pilihan naik Mas atau Transmile. Anak-anak yang balik cuti belajar selalu guna Transmile sebab tambangnya jauh lebih murah.
Kawan- kawan selalu melawak...
Habis engko naik Transmile tu penuh surat kat kaki engko...
Bila ada yang mengambil bidang accounting mereka dok buat lawak...
Nanti bila ko keje pakai baju putih seluar hitam dengan necktie, bila engko naik moto necktie engko melayang- layang....haha!
Lawak lawak jugak....Ada tak you guys dapat mesej dari our bestest of friend that is MCMC -dia kirim salam....
.....nak ingatkan kita yang 6 tahun dan 500,000 tu kut...
Iboh plente plente!
Wednesday, April 25, 2018
Mak Aiii....Tak Sabarnya...
Pencen dah lama, dok rileks je kat rumah sekali sekala pergi buat urusan kat luar rumah dah tak berapa nak sabar....
Hantar dokumen pada waktu pagi melalui pos laju dari KL ke Rawang, bila tanya petang ni boleh sampai ke?
Jawapannya ialah besok atau lusa!
Tak tau macam mana cara pos laju bergerak...nampaknya macam naik basikal je!
Cuma satu je pos laju ni dijamin sampai...kalau hilang di tengah jalan masih boleh dikesan....
Friday, April 20, 2018
Ada Hikmah Di Sebaliknya
Setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Ramai yang tak tahu dan ramai yang kurang pecaya - maklumlah hikmah tu kita tak nampak dan ia tidak datang dengan segera. Kadang- kadang kita hanya nampak menerusi mata hati....
Kak Jarah masa anak dara dulu hampir separuh gila bila tak dapat kawin dengan Abang Seman. Puas jugaklah mak ayah dia bawak pergi berubat ke sana ke mari tak sembuh-sembuh jugak penyakitnya. Sedangkan Abang Seman dok melenggak bawak bini naik scooter ke sana ke mari....
Bila dah kahwin dengan orang lain dan dah beranak pinak baru Kak Jarah nampak hikmah di sebaliknya. Rupanya Abang Seman ada perangai , bila isteri dalam pantang je dia pegi nikoh lain. Sekarang ni dia dah cukup quota - dah ada empat orang isteri dan dok buat kawin cerai kawin cerai supaya tak terlebih quota.
Lebih dari sepuluh tahun dulu saya dan suami naik kereta, suami saya bawak kereta slooowww sangat dan saya pun buat bising - kenapa slow sangat nih? Sampai kereta belakang overtake - setelah beberapa meter kereta itu berada di hadapan kami tiba-tiba dahan pokok jatuh menimpa cermin kereta dia hingga pecah.
Saya punyalah beristighfar ( sebab dok tak sabar sangat tadi....)
Sebenarnya banyak hikmah lain yang berlaku tapi kita tak sedar....
Contoh yang saya beri di atas tu hanya picisan saje!
Tuesday, April 10, 2018
Sambal Hitam
Sungguh teruja setelah mendapat recipe sambal hitam, terus beli bahan- bahan dan cuba masak sambal hitam.
Antara bahan utamanya ialah cili api Siam yang merah menyala dan pedas! Bawang kecik campur sikit dengan bawang besar supaya kurang sikit pedas. Bahan lain ialah ikan bilis dan yang utama ialah belimbing buluh dan minyak untuk menumis. Ukuran bagi semua bahan sama berat timbangannya kecuali belimbing buluh hanya satu perempat sahaja. Belimbing buluh hendaklah diupar dengan garam selepas itu dibuang airnya.
Blend semua bahan secara berasingan dan tumis dengan minyak dan biarkan di atas api yang kecil for as long as it takes. Kena sabar sikit akak...kalau Tak sabar beli je yang dah siap tu...Yours truly ni pun macam dah nak tobat buat sambal hitam. Buat dari pukul 12 tengahari sampai pukul 9 malam tutup api, besoknya 7.30 pagi sambung balik sampai zohor!
Lepas masak teruk-teruk baru tau rupanya boleh buat sikit dan boleh siap dalam masa 4-5 jam saja......
Saturday, April 7, 2018
Tukar Bendera Weh!
Kecoh orang kampung ! La ni kita tukar bendera! Pakai bendera PKR pulok doh!
Demo kato takpo weh - bawah satu banner! Kalu tidak fenin kepala Kak Piah nak pilih yang mana satu! Tapi puok demo kato kali ni tak payah naik kapal layar , kapal dah bocor!
Syyyy, Kak Piah.....cakap pelan -pelan jangan buat geger.....takut nanti ada orang gila datang ketuk pintu rumah..
Penjara 6 tahun denda RM 500,000? Mak aiii....Kak Piah mana ada duit nak bayar, duit 1000 pun tak pernah tengok! Pendek kata bodo- bodo je kena sumbat dalam gok ayam. Habih kecut perut warih warah Kak Piah kat kampung...
Keluar pulak amaran: Traitors to Barisan will be revealed after elections - Nation.
Ada pun traitors tu puok demo yang makan dedak......duit ambik pahtu pegi pakoh bendera PKR!
Suku sakat Kak Piah apa pulak? Takde hal! Demo tu susoh-susoh pong dok bayar gst weh!
Sunday, April 1, 2018
Brou - ha - haaaaaa!
Punyalah kepoh masa nak pegi ke Raub, akhirnya sampai juga pada pukul 5 petang Hari Sabtu 30/3/2018! Pegi awal sebab pada 31/3/2018 ada seminar bedah buku : Dobt Al Quran ( Kitab susunan Ustaz Mohd Rahim b Jusoh )
Tiba di Raub terus check in Hotel Jelai, hotel di tengah bandar Raub - 2 double rooms with twin beds. Bila bukak je pintu bilik ( 103 ) kami terbau asap rokok yang sungguh kuat macam ada parti hisap rokok.
Turun bawah mintak spray untuk menghilangkan bau, tapi tak berkesan. Buka semua tingkap luas- luas biar keluar bau rokok, tak berkesan jugak - akhirnya kami mintak pindah bilik.
Oleh kerana masa suntuk sebab dijemput minum petang dan kemudian majlis makan malam pada pukul 8.30 kami pun minta tangguh pindah selepas balik
Oleh kerana masa suntuk sebab dijemput minum petang dan kemudian majlis makan malam pada pukul 8.30 kami pun minta tangguh pindah selepas balik
.....tapi bila balik dalam pukul 11 malam tu, kami dah tak larat nak pindah ....pulak....
Nak komplen tak boleh, mugo orang bagi chance kita pulak buat lembam....
Gambar di sekitar seminar yang dihadiri lebih dari 700 orang ( untuk mengetahui lanjut tentang seminar ini sila rujuk laman Persatuan Qiraat Malaysia )
Sunddenly we saw this familiar face on the vacant chair in front of us - this great man left his signature every where!
" Kita dah bagi janganlah pulak tak undi kita ! "
Ye lah akak oii...mugo dia bagi tu duit dia sendiri yang orang Arab bagi. Bukannya dia ambik dari
* Sakit hati bila sampai rumah bukak bag, baju tido bau macam keluar dari kilang rokok!
Nak komplen tak boleh, mugo orang bagi chance kita pulak buat lembam....
Gambar di sekitar seminar yang dihadiri lebih dari 700 orang ( untuk mengetahui lanjut tentang seminar ini sila rujuk laman Persatuan Qiraat Malaysia )
" Kita dah bagi janganlah pulak tak undi kita ! "
a.k.a " kalau dah ambik pemberian orang janganlah tak membalas budi pulak!".
Ye lah akak oii...mugo dia bagi tu duit dia sendiri yang orang Arab bagi. Bukannya dia ambik dari
perbendaharaan negara.....dan
bukan dari hasil kutipan gst yang
berpuluh bilyon tuh!
Bolehlah dia mengungkit!
* Sakit hati bila sampai rumah bukak bag, baju tido bau macam keluar dari kilang rokok!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sejukkan Mata
Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan rumah dan pandai berdikari . Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...








