Friday, November 7, 2025

Suka Makan Keropok Lekor?





Semasa balik kampung beberapa bulan lepas adik beritau ada kedai kepok lekor baru buka. Being orang Pantai Timur memang tak boleh lepas dengan keropok lekor...kalau orang ajak tukar kepok lekor dengan murtabak....tak nak, tukar dengan cucoq udang...tak nak.....tukar dengan sate atau  dengan ayam percik...err...makan kepok dulu, ayam percik kemudian boleh makan....


Dari jauh dah nampak bungkusan keropok keping dan botol- botol sos keropok yang dijual berasingan. Dah fikir dah berapa bungkus nak beli ...sangat sesuai untuk buah tangan.



Tengok di bahagian belakang,  ikan yang telah dibuang tulang dan telah bersih dimasukkan dalam mesin pengisar ikan. Masa saya pergi tu proses buat kepok lekor dah siap.  Mesin pengisar dah dibasuh dengan bersihnya supaya tak berbau ikan. Kedai ini sangat bersih dan tiada lalat yang datang menghurung.


Ikan yang telah dikisar tadi dimasukkan ke dalam bekas di atas untuk diuli dengan tepung sagu hingga menjadi doh..Tepung sagu diimport dari Trengganu. 





 Seterusnya menggentel doh jadi keropok lekor




.....kemudian direbus hingga masak....bila masak keropok akan timbul di permukaan periuk.



..... lepas tu ditoskan dan dibiar bagi sejuk. Kita boleh beli terus fresh keropok lekor sebanyak mana yang kita hendak. Ia juga disejuk-bekukan untuk dijual sebagai frozen keropok lekor. 



Rumah kuning di atas ialah:
Kedai Keropok Dan Hasil Laut Che De, diusahakan oleh tiga orang anak perempuan beliau. Seorang sebagai financier, 2 orang sebagai operator dan 2 orang pembantu.

Semoga perniagaan keropok lekor Che De berkembang maju...aamiin...




Thursday, October 30, 2025

Apa Itu Kesunyian


Sambil menunggu BL memilih pakaian, saya pegi duduk kat kerusi panjang. Ada seorang lagi yang duduk di situ, agaknya sedang menunggu jugak. Saya menegur wanita itu kemudian kami berborak2 kecil........

Dia beritau saya, setelah anaknya keluar pergi kerja dia datang ke mall ronda2 dan rest kat situ sampai masa nak makan baru balik masak. Balik rumah pun dia akan kesaorangan sampai petang hingga anak balik kerja.

Selepas waktu Asar ada sekumpulan lagi yang lepak beramai2 di suatu tempat lain untuk menghabiskan masa sambil menunggu waktu maghrib.

Di kawasan kejiranannya masing2 bawak hal sendiri, semua pintu rumah tertutup dan anak- anak mereka hanya bermain  dalam rumah sahaja. Tak macam masa dia muda2 dulu, mereka boleh datang pergi ke rumah jiran dan anak2 pergi bermain bersama...

Pendek cerita ada yang hidup dalam kesunyian setelah anak-anak membina hidup baru. Tiada aktiviti tertentu yang hendak dibuat, kawan2 pun ada yang tak free sepanjang hari. Ada yang terpaksa jaga cucu dari pagi sampai ke petang. Hidup mereka  terikat dengan cucu sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

Ada juga sebahagian lagi menyibukkan diri untuk mempelajari ilmu sebab selama ini mereka telah ketinggalan untuk menyertai segala aktiviti yang ada. Setiap kawasan perumahan tentu ada surau masing2. AJK surau kena aktif buat program tazkirah atau lain2 aktiviti untuk kaum wanita.

Ada juga yang aktif dengan media sosial, ramai yang menghabiskan masa dengan hp di tangan...dah tak ingat siang malam...Tapi kalau seseorang tu pandai mengambil kesempatan dengan dunia yang dah tak bersempadan ni...banyak manfaat boleh didapati, terpulang pada kebijaksanaan seseorang....




Monday, October 6, 2025

Teakwood Atau Rosewood?

 

Kita tak pernah menyangka kehidupan akan berubah dari semasa ke semasa - sebenarnya kita tak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita di masa akan datang....

Walaupun pun ramai yang tidak berubah kehidupan mereka dari muda sampai ke tua tapi ramai juga yang memulakan kehidupan lain. Kadang- kadang bila tua balik hidup di kampung....atau ke satu tempat lain pilihan mereka.

Ada yang beli atau bina rumah yang besar, lepas tu buat lagi tambahan untuk membesarkan lagi rumah mereka...dengan niat semua anak cucu boleh hidup selesa bersama....

Hakikatnya bila anak-anak semua dah berdikari mereka akan meninggalkan rumah ibubapa...rumah besar telah kekosongan, hanya tinggal dua orang atau satu orang penghuni yang dah pencen...

Akhirnya ramai yang menjual rumah besar dan beli rumah baru yang lebih sesuai dan lebih selesa bagi orang yang telah berumur...

Suatu pagi bila H dan A datang bawak breakfast....saya pun tarik kerusi makan untuk mereka duduk....

....Allah dah berat rasanya nak tarik kerusi ni...

Kat rumah kita orang dok ada 12 kerusi  yang berat , la ni dah tak tau nak buat apa...

Biasalah zaman tahun 1980an dulu pilih meja makan kayu keras dan berat, teakwood atau rosewood. Kononnya boleh tahan lama....

Tapi my other friend lagi dahsyat - dining table dia yang heavy weight ada 16 biji kerusi -  tersengkang kat tengah rumah...Nasib baik dia dok mengaji kitab, penuh meja bersepah kitab2 dia...

Itulah antara beza dulu dengan sekarang...kerusi tetap tegap dari dulu sampai sekarang...tuan kerusi je yang dah lembik....



Friday, September 26, 2025

Kalau Sayang Harta Benda.....

 


.....kenalah bersiap sedia dari awal lagi....sebab harta tak boleh dibawa mati....

Masa muda masing- masing pulun cari harta. Bila dah bekerja - beli kereta, motosikal, lepas tu beli rumah dengan segala alatan rumah- kerusi meja, tilam katil, periuk belanga, mangkuk pinggan dan lain-lain...Sampai sarat rumah macam kapal kargo...

Bila berlaku kematian ibubapa ada juga rumah ditinggal kosong sebab semua anak-anak ada rumah sendiri. Akhirnya rumah pesaka dijual supaya waris2 yang tinggal dapat manfaat dari hasil jualan itu.

Sebelum  dijual, rumah perlu dikosongkan. Jika tuan rumah seorang  'hoarder' banyaklah barang baru dan lama yang ditinggalkan. Zaman ibubapa dengan zaman anak-anak dah berbeza. Jadi segala perkakas rumah sama ada dilelong atau dilupuskan saja...

Pada masa lampau ada yang suka beli tanah atau harta kekal. Bila mati tukar nama ibu atau  bapa pada nama anak- anak. Kalau harta sikit anak ramai - misalnya sekeping tanah yang bidang kecik share dengan 9 adik beradik...takde maknanya jugak..

Sekarang ni ramai yang telah ada kesedaran tentang pengurusan harta. Bila dah tua sikit mula buat pembahagian harta awal2. Buat pembahagian dengan sebaik- baiknya bagi memudahkan waris-waris mendapat harta pusaka. 

Ada nak bagi barang2 kemas kat anak- anak, tapi rasanya macam lambat lagi nak mati - pakai dulu. Ada juga yang dah bagi semua barang kemas kat anak2 perempuan, bila nak pakai pinjam semula....... aloh lah weh..

Ikut suka hangpa...jangan buat serabut kat anak2 dah.

 





Friday, September 12, 2025

Berat Doh Ni...

 

Beautiful Life sangat suka kucing walaupun ayahnya dah bagi warning no cats in the house sebab dia allergic pada bulu kucing. Lagi satu di samping beri makan kucing, berak kencing kucing sapa nak cuci..

Suatu hari CheYah jiran sebelah rumah beritau saya...

Cik Moh...BL ni dok cium anak kucing comot dan kugha...sie ko dio , gi lah cari anok kucing hok comel bagi dio maing...

Anak kucing tu tiba- tiba datang tidur kat tepi rumah  berselang seli dengan rumah jiran sebelah..

Saya pun dok caro balah mano mugo sibuk gi ngajar pahtu anak pat ore nok keno jago, tok de nok gi caro hal anak kucing.....

Setiap petang dia dukung anak kucing bawak pergi main kat laman rumah Rohana jiran yang sebelah lagi. Dia pegi hulur anak kucing tu kat Rohana nok ghoyak dio ado anak kucing comel.... Rohana terlompat dan menjerit sebab dia geli dengan kucing. Dia geli anak kucing, asthmatic and allergic to kucing.

Suatu hari Rohana came over to my house telling when she reversed her car she felt the tyre rolled over something..dia pun apa lagi terus keluar kereta tengok apa benda yang dah kena langgar.

Aloh lah Kak Moh....mati doh kucing BL kena langgar...Saya gi tanam cepat2 takut dia tahu...berat doh ni kalu dia tahu.....Sie ko dio...

Sure enough petang tu seperti biasa BL pergi rumah Rohana..

Aunty.....Ada nampak tak anak kucing saya...

Tak nampak...tak dok kucing tu kat sini...

Lepas tu baru saya sedar how sad BL was when the kitten was gone. Dia dok cari anak kucing tu selama beberapa hari...sehingga dia berputus asa......

That happened 40 years ago when we were in Kota Baru...but it is still fresh in my mind.......

My sister's cats in Kuala Rompin. 




Wednesday, August 20, 2025

Mu Takut Bini Ko?

 

M cerita ibunya yang berumur 80++ keluar masuk hospital - akhirnya adik lelaki dia ambik bawak balik ke rumahnya yang  jauh di utara. Dia nak jaga sampai ke akhir hayat ibunya.

M kata adiknya yang ini tak takut bini. Adik lelaki yang seorang lagi yang tinggal berdekatan dengan emaknya tak pernah ajak maknya duduk sekali - dia takut bini..

Selama ibunya berada di wad hospital, dia memuat naik banyak gambar bersama emaknya. Siap memakaikan ibunya baju yang baru dibelinya - warna merah- sebab nak bagi emak ceria sikit...

Adik- adik lain kat kampung pun meluat tengok...takpelah engko  anak soleh dapat syurga, kita orang ni semua anak tak guna.....

Tak berapa lama kemudian emaknya mendesak nak balik kampung, sebab dia teringat rumahnya dan anak cucu yang selama ini datang pergi menjengahnya.....

Tiba- tiba adik membawa kabar dia hendak jual rumah mak.  Adik beradik semua terperanjat besar sebab adiknya nak jual rumah ibunya di kampung. Alasan yang diberi ialah supaya emak tetap duduk dengannya..tak perlu ulang alik..

Adik beradik semua marah sebab rumah ibunya jadi tumpuan anak cucu, dan juga anak2 lain datang menumpang bila ada kesusahan..Tapi dia tetap bertegas nak jual jugak...

Rupanya lelaki yang tak takut bini lebih hebat lagi...dia berani buat apa yang dia suka, boleh kawin lagi bila-bila dia nak.

Then again hok yang takut bini tu ramai je yang kawen lain senyap- senyap - pendek kata di mana ada peluang, adalah jalannya....



Monday, August 4, 2025

Kenduri Kahwin Dan Kenduri Arwah

 

A beritahu seorang jirannya telah meninggal dunia di HKL dan persiapan telah dibuat untuk menghantar balik jenazahnya ke Seberang.

Semua ahli komuniti telah mengumpul duit untuk pengurusan jenazah. Akhirnya jenazah tidak jadi dihantar balik sebab kos yang tinggi.  Ahli keluarga bersetuju ia di semadikan di sini....Setelah itu mereka ramai- ramai mengadakan kenduri arwah. Setiap ahli akan membawa bahan- bahan mentah dan masak beramai- ramai di rumah balu simati.

Sebenarnya itulah yang sepatutnya kita buat, bawak makanan ke rumah simati untuk mengurangkan kesedihan dan kesusahan simati...

A beritau di kampung asalnya memang mereka akan menolong orang2 yang kematian ahli keluarga mereka. Begitu jugak masa kenduri kahwin orang- orang kampung bagi hadiah barang2 dapur. Dan ramai juga yang hadiahkan sabun basuh...yang boleh digunakan sepanjang masa..

Masa dulu-dulu kat kampung kita ada juga yang bagi gula, beras dan lain2 barang kering sebagai hadiah kenduri kahwin. Ramai juga yang bawak hadiah set gelas . Tak hairanlah lepas kenduri kahwin rumah dipenuhi macam2 jenis  gelas minuman - besar, kecik, hijau, kuning, merah....

Tapi lama kelamaan lebih mudah menghadiah duit untuk majlis kenduri kahwin atau lain - lain kenduri kesyukuran...

Tapi timbul pulak fenomena salam kaut.......kalau pergi kenduri tak bawak sampul.....dok leh lah weh.....

Akhir kalam kalau pergi kenduri tu, rajin-rajinlah tolong doa untuk tuan kenduri semoga majlisnya selamat dan sempurna adanya....


Tuesday, July 8, 2025

Halal Atau Haram?

 

Ambik hak orang adalah salah sama sekali, tak ada yang benar melainkan salah... Kecuali tak sengaja.

Kalau jiran sebelah buat rumah, kemudian longkang atau tandas dia masuk ke tanah orang.  How maa? Atau buat rumah kediaman atau rumah sewa, muka pintu betul- betul atas sempadan tanah orang? Porch  rumah dia dah masuk dalam tanah orang...this happened to my family long time ago....

Sebenarnya ramai je orang yang tak ambik kesah fasal sempadan tanah masing-masing. Mereka agak-agak je sempadan tu kat mana, lepas tu bergaduh bergolok berparang dengan jiran.....

Menurut kata seorang juru ukur biasanya kalau tanah bersempadan, siapa yang buat dulu dia akan dapat peluang meluaskan tanahnya ke atas tanah orang lain..

Tak hairanlah kalau akhirnya kita dapat tahu tanah kita dah beberapa kaki berada dalam pagar jiran sebelah. Kalau pagar boleh dimaafkan lagi, tapi kalau dah buat tembok batu...macam mana?

Dalam hal ni kalau sikit saja tanah yang TER ambil, sebenarnya tak boleh buat apa dah melainkan sap sap sui je. Tapi kalau banyak? Misti ada jalan terbaik untuk menyelesaikannya....bayar ganti rugi ke...kira beli ikut harga pasaran ke....atau panggil loyar ka..

Semuanya atas budi bicara.

Akhir kalam...janganlah ambik hak orang ....it's haram, haram, haram....

Mu fehe dok?

 

Tuesday, June 10, 2025

Surau Di Belakang Rumah!


Apabila  surau dibina, ramai yang suka hati terutama wanita-wanita yang dah banyak umur dan akak- akak yang anak ramai. Dorang  pergi surau je biar orang lelaki pergi masjid yang agak jauh tu..

Keluarga Haji K mendirikan surau di atas tanahnya. Ahli  keluarganya mengurus semua hal surau - datuk jadi imam, cucu jadi bilal, lain- lain ahli keluarga tolong mana yang patut. 

Masalahnya bila menjelang waktu Subuh Tok Imam berumur lebih 60 tahun itu berzikir Tarhim dengan suara garau melalui mikrofon yang tinggi volume... ramai juga lah yang tersumbat telinga mendengarnya.

Lama kelamaan surau yang ditaja anak beranak itu makin sunyi, ramai yang telah berpindah ke masjid. Anak- anak kecik dah membesar, wanita yang dah berumur ramai yang bersolat di rumah sahaja. Akhirnya tinggal tuan surau anak beranak yang mengimarahkan surau itu.

Katanya ada beberapa pihak yang memohon untuk mengambil pentadbiran dan pembangunan serta kewangan surau itu supaya ia bergerak semula. Dengan pembaikan pelbagai aspek surau itu mungkin boleh menarik jemaah baru.

Malangnya usul itu ditolak oleh tuan surau. Akhirnya tuan surau anak beranak bersolat di rumah je sebab keadaan surau yang uzur dan bekalan letrik pun dah lama terputus..

Maka keluarlah cerita dari mulut- mulut yang cerobeh konon kata surau itu berhantu. Kononnya sejak dari dulu lagi dah berhantu siap dengan cerita seramnya sekali sebagai bukti surau tu berhantu...

Demo dok ingat kat hantu je, pada halnya nak maintain sebuah surau memerlukan perbelanjaan dan kaki tangan untuk mengurusnya...






Sunday, May 11, 2025

Pantang Larang Orang Kita



Bila mai tang pantang orang kita cukup ekspert terutamanya masa dalam pantang sesudah bersalin..tak boleh suka hati nak makan apa.

Macam- macam pantang - antaranya tak boleh minum ais sebab walau pun dia sejuk tapi bila masuk dalam badan jadi panas boleh rosak urat saraf...uish! Bior bebenor...                                 

Tak boleh makan sayur sebab sejuk dan ia boleh menyebabkan peranakan kembang...

Kalau kita bandingkan pantang seluruh Malaysia kebanyakannya tak sama -  A kata tak boleh makan ubi kayu B kata boleh. Kalau kita campur tolak semua yang pantang tak boleh dimakan tu akhirnya semua benda kita boleh makan.

Ada yang kata doktor tak suruh pun pantang makan...jadi tak payahlah pantang memantang. Eh.. Doktor mana tau, bukan depa belajar bab pemakanan perempuan lepas beranak....mak bidan lagi tahu.

Sebenarnya ramai je orang yang lebih pandai dari doktor. One of my relatives ada acute diabetes sehingga kena cucuk insulin. Dia selalu cerita pada saya dia tak ikut arahan doktor, tapi adjust sendiri tahap insulin yang dia cucuk.  Dia kata itu lebih sesuai dengan dia...

As for me tak lah gedebe macam dia..I cuma got fed up year in year out makan ubat darah tinggi, kolesterol dan diabetes. 

Pada tahun lepas dengan bodohnya berhenti makan ubat kolesterol dan kurangkan ubat diabetes selama beberapa bulan. Selepas dua- tiga bulan setiap hari pening kepala rupanya kolesterol dah naik. Beberapa bulan kemudian bila check HBA1C pun dah naik . Akhirnya kena balik ke pangkal jalan...Dan kena terima kenyataan kita ni dah ada penyakit

Rupa- rupanya tak boleh memandai-mandai reka sendiri nak makan atau tak makan ubat yang doktor bagi tuh!




Saturday, May 3, 2025

Grow Old Gracefully


Kita yang dah senja ni janganlah dok buat muka stern je, nampak serious dan tak peduli...

Jangan sampai jadi...             

"dah lah tua  dok buat cengil " - lagilah anak cucu, sahabat handai dok jauh- jauh dari kita.  Ye lah..bila tua dah hilang seri, yang nampak hanyalah kedhaifan diri...

Saya masih ingat masa saya kecik dulu dua orang ibu saudara saya sangat menunjukkan sayang mereka pada saya, sampailah saya dah beranak pinak. Kasih mereka tidak pernah berubah hingga mereka tua. Kedua- dua mereka dah lama  meninggal dunia -  setiap kali mendoakan emak ayah, saya memanjangkan doa pada ibu saudara yang saya kasihi itu.. InshaAllah...

Pada majlis aqiqah Haydar semalam , Arif tengah sedap makan kambing bakar....

Arif suka makan kambing?

Ya, suka....

Bila tok balik Rompin nanti, tok bawak balik daging kambing bakar frozen.

Tapi saya tak nak kambing frozen. Nak kambing yang hidup..

Ok boleh, nanti on the way home bila nampak kambing kat tepi jalan suruh dedi berhenti kereta, you ambik kambing tu bawak balik...

Hahahaha.....



Suka Makan Keropok Lekor?

Semasa balik kampung beberapa bulan lepas adik beritau ada kedai kepok lekor baru buka. Being orang Pantai Timur memang tak boleh lepas deng...