Sunday, March 11, 2012

Laamaaa Punya Cerita...........2

Beberapa tahun yang lalu I terserempak dengan AM classmate masa tingkatan 6 . Masa sekolah dulu dia bercinta dengan gadis kampungnya - macam nak rak dan memang nak berkahwin dengan gadis itu bila dah bekerja. Punyalah angau, tiap-tiap hari cerita kat kita orang dalam kelas fasal gadis pujaannya,   S.

Maka bertanya-tanya kabarlah   hal masing-masing....
eh , engkau kawin ke dengan S tu?
 haah , kawinlah, dapat anak 6 dah
oii, ramainya anak engkau..........

Kemudian bukak pulak cerita lain  , macam-macam cerita masa sekolah.

Lepas tu keluar pulak cerita anak-anak....

anak aku yang ke 7 dan ke 8 tu kembar
eh, tadi engkau kata anak engkau 6....
dia pun tersenyum lebar
eh, AM... engkau ni double barrel ke?
Am terus gelak kuat-kuat
tak sangka aku, dulu engkau bukan main angau dengan S, kesian S
alah....dia ok je, takde apa-apa
kenalah ok, sebab dia tak kerja, harap ke duit engkau aje!

Beberapa lama kemudian seorang kawan beritahu AM kawin lagi, kali ke 3!
Bestlah dia, bini muda semua berkerjaya dan pangkat besar!

2 comments:

Deru Ombak said...

Salam KJ..
Bila jumpa kawan lama mmg bnyk cerita. Yang lelaki Ada yang pasang cawangan dua tiga, Ada isteri dah xde akibat kanser. Classmate I Dari menengah 4 org dah bergelar datin.. Uih! Tiap Kali pergi dinner alumni.. Mcm2 cerita ada. And me... Still the same me.. Aku yang Bernama Aminah .. :)

Kerabu Jantung said...

Bila jumpa kawan-kawan lama kita akan insaf bahawa masa mengubah segala - masing-masing ikut kadar dan qada' yang ditentukan.

Like you, I'm still the same old me - minus the stress sebab dah pencen!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...