Friday, March 27, 2009

Gandingan N dan M yang mantap.

Tahniah DS Najib yang telah dengan rasminya menjadi Presiden Umno pada hari ini. Pada saya DSN telah menunjukkan kematangan berpolitik, sikap yang gentlemen dan sabar serta akur dengan janji peralihan kuasa oleh Pak Lah. Akhirnya hari yang ditunggu tiba juga dan peralihan kuasa dapat dilakukan dengan cara yang paling terhormat.

Saya juga ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada TS Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno yang telah berikrar bahawa beliau akan menjadi orang kedua dalam parti dan kerajaan dan akan tetap bersikap seperti orang ke dua ( not hissing behind his boss's neck like some other deputies ). Beliau juga mengatakan akan mengambil iktibar dari apa yang pernah berlaku antara ketua dan penolong ( yang rakus kuasa dan tak sabar justru menghuru harakan parti dan negara ) itu sebagai panduan kepada beliau.

Kepada Khairi Jamaluddin pula gunakan kemudaan , kebijaksanaan dan semangat yang berkobar-kobar itu untuk menarik semula golongan muda kita yang rata-rata suka kepada perjuangan yang beroientasi ala ala keganasan dengan berdemonstrasi dijalanan . Semoga beliau benar-benar menjadi ketua pemuda yang berjiwa rakyat dan semoga golongan pemuda akar umbi dapat sinonimkan diri mereka dengan ketua mereka.

Orang -orang muda pula yang ingin berbakti pada parti Umno yang selama ini tidak ada peluang yang cukup luas , rasa-rasanya keadaan sudah berubah. Umno sekarang sudah terbuka untuk semua dan bukan untuk sesetengah orang sahaja! Best of luck!

Ps.
Err, tabik DSN, kalau kritik hal politik takpe kot berterang-terangan. Tapi kalau nak tegur hal pribadi ,barulah bergelap-gelapan.

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...