Monday, April 6, 2009

Bijak lebih!

Masa kecil dulu,selalu duduk dengan mak sedara di rumah kedainya. Depan kedai runcit, belakang tempat tinggal terdiri dari dua bilik tidur,satu bilik air,satu perigi,satu indoor garden dan satu outdoor garden. Di seberang jalan ada panggung wayang (this was in the 50's and the 60's in a cowboy town lookalike ie two rows of double story wooden link shophouses / a mining town / somewhere in the pesisir pantai of Pahang ). Setiap malam tengok wayang tak kira cerita apa Hindustan, Tamil, China, Orang Putih ( zaman John Wayne and Lana Turner atau kalau ikut bacaan poster wayang, John Lana Wayne Tana ( Turner )

Wayang cerita Melayu pula jarang datang,jadi kalau ada cerita Melayu panggung penuh dan dibuat dua kali tayangan ie satu pada pukul 6 petang dan tayangan ke dua pada pukul 9.30 malam. Semua wayang Melayu adalah dari Singapura keluaran Shaw Brothers.

Filem yang jadi kesukaan/kegilaan ialah cerita Hindustan klasik yang ada main pedang . Paling dingati ialah cerita hero pakai topeng mata ala-ala Zorro dan heronya pula ialah Ranjan.Ada juga filem ala Zorro versi Tamil yang terdiri dari 7 wanita berkuda, bertopeng dan berpedang. Ramai juga antara kami yang bercita-cita nak jadi Zorro.

Cerita China pula yang klasik yang jadi favourite. Cerita kebanyakannya tentang maharaja China atau cerita pembesar-pembesar. Ada cerita anak raja siang jadi ikan dalam kolam dan malam menjelma jadi anak raja (? ).Dulu semua filem tiada sari kata ,jadi penonton mereka -reka sendiri dialog dan jalan cerita berdasarkan dari aksi dan dialog yang tak difahami itu.

Jadi perangai mereka cerita dan dialog serta membuat kesimpulan sendiri tu kekal hingga sekarang. Bila tengok wayang di tv selalu tengok sekerat sebab dah buat ending sendiri. Bila watak-watak berdialog ,kita pun buat dialog sendiri dalam hati. Ada cerita yang pada awalnya sungguh gempak tapi sampai dipertengahannya plot jadi lemah dan ending jadi simple problem solving , sebab tu sesetengah filem tengok sekerat atau tiga suku jalan saja. Suami dan anak-anak selalu geram bila I tak meneliti dialog watak-watak itu. Mereka kata I bijak lebih, merosakkan karya orang!

Banyak juga cerita-cerita yang I tak boleh terima , seperti science fiction. Contoh ialah time traveller atau pun space craft ( yang tak pernah landing ) which I think it is a real crap. Ramai orang beremosi bila menonton filem-filem romantik. Bila mereka siarkan filem bloopers, I mula rasa tertipu dengan lakonan/cerita yang dilakonkan itu---iaitu semata-mata lakonan. Jadi tak mudah tertipu dengan apa yang dilihat di layar perak atau di kaca tv. Bagi saya yang reka cerita itu adalah manusia biasa seperti kita ,jadi tak perlulah saya rasa terpegun atau terpesona dengan apa yang dihidangkan itu! ( kate doh bijok lebih! )

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...