Monday, February 8, 2010

Anak sanggup menzalimi ibu sendiri?

Fitnah mudah timbul kalau kita kurang usul periksa. Kadang-kadang kita nampak sesuatu kejadian yang macam betul-betul mengenai diri kita, misalannya ada beberapa orang sedang bersembang dengan rancak, tetapi bila mereka nampak kita datang semua akan terdiam dan bila kita berlalu, mereka pun ketawa berdekah-dekah. Apakah perasaan anda?

Pada suatu tengahari saya pergi ke rumah Makcik Gayah hendak menghantar barang, kebetulan mereka anak beranak makan tengahari agak awal pada hari tu ( di kampung tak payah buat appointment, nak pergi rumah sedara mara, sahabat handai, main terjah aje! ). Makcik Gayah duduk dihujung meja bersendirian, agak jauh sikit dengan anak, menantu dan 2 orang cucunya. Paling mengejutkan ialah, ibu makan nasi dengan periuk yang berasingan, sedikit ulam, sambal belacan dan 2-3 ekor ikan kecil yang digoring. Sementara anak cucu makan hidangan berasingan, gulai ayam dan lauk-lauk sampingan yang lain.

Sampai hati anak menantu dia kan? Sanggup buat zalim pada ibu sendiri!

Sebenarnya, makcik Gayah dah lama jadi begitu, dia orang tua dan banyak penyakit, makan tak berapa lalu. Dia dah tak nak makan lauk ayam, ikan tenggiri ke atau udang atau sotong. Beliau suka makan nasi yang berkerak, jadi untuk buat nasi yang berkerak kenalah masak nasi dalam periuk kecil dan biarkan atas dapur lama-lama. Juga tak suka makan berkuah, lauk utamanya ialah ikan goring. Dan tak suka pulak ikan yang besar-besar, tapi suka ikan kecik. Itulah realitinya!

Jadi kadang-kadang apa yang kita lihat tidaklah sama dengan hal yang sebenarnya!

2 comments:

Maher Al Muaqly said...

Owwhh. Begitu rupanya. Sbb tu kena bersangka baik selalu. Ceria2 selalu :)

Kerabu Jantung said...

Gong xi fatt chai...err... selamat bercuti sempena tawun balu cina.

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...