Thursday, January 28, 2010

Ramuan tradisional lagi organik

Kita tidak sedar kadang-kadang pokok-pokok yang kita tanam di sekeliling rumah merupakan sumber ubat-ubatan tradisional. Kita suka menanam, tapi jarang manfaatkan tanaman kita, mungkin tidak yakin atau tidak tahu.

Apabila saya pergi ke farmasi baru-baru ini saya dapati cukup banyak ubat-ubatan tradisional yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan yang boleh didapati di Malaysia aka di belakang rumah. Antaranya ialah daun misai kucing, daun hempedu bumi, daun selasih yang telah diproses dan dikapsul, jadi ia mudah dimakan sebagai makanan kesihatan.

Antara kelebihannya :

Daun hempedu bumi :
melegakan selesema dan sakit tekak
menguatkan hati dan menyahtoksik
menambah tenaga dan memperbaiki penghadaman

Hempedu bumi memang pahit, bila direndam sehelai dua dengan air panas kemudian diminum, tetapi kalau beli yang sudah dikapsul tiada masalah lagi.











Daun misai kucing :
legakan artritis dan kekejangan otot
legakan gout dan sengal tulang
Daun misai kucing direndam dalam air panas diminum seperti teh.








Daun selasih :
anti oksidan
kuatkan imune sistem
kuatkan sistem saraf.
Boleh dibuat ulam atau dicampur dalam masakan.








Dalam perubatan ayurveda pula ( hasil dari menonton saluran 108 )
kunyit dan halia memainkan peranan yang besar :
untuk seimbangkan hormon
kurangkan kolesterol,
buang angin dalam badan
kurangkan gout

Dan kesemua tanaman ini boleh ditanam di keliling rumah dan dalam pasu. Mudah membiak dan tak perlu dimanjakan sangat kerana ia tak mengada-ngada macam pokok bunga yang lain-lain! Sebulan sekali taburkan baja tahi ayam. Organik!

No comments:

Riuh Sekampung!!!

Mungkin TM dah upgrade modem yang lebih lawa dari ni! Bangun pagi nampak modem merah menyala! Eh, Telekom Malaysia tambah speed intern...