Begitu hebat penangan handphone yang berkamera, telah merakam perbuatan sumbang tuannya dengan seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun. Dengan bangganya imej itu di forward kepada rakan-rakannya yang kemudiannya memforwardkan kepada rakan-rakan mereka, akhirnya seluruh kampung dapat menonton filem yang x-rated tu.
Alkisah bapa pelajar itu telah pergi ke rumah pemuda ( berumur 20an, sudah berkahwin dan ada anak dan tinggal bersama keluarga ) dan mengugut keluarga itu hendak dibawa kes ke mahkamah. Bapa pemuda ketakutan, maklumlah kes mahkamah memakan masa yang paaaannjaaaaaang, sudah tentu berita ini akan keluar dalam semua surat kabar Melayu, Cina, Tamil dan Omputeh dan sudah tentu akan keluar dalam semua saluran tv .
Bapa pelajar pompuan tu pun demand rm 50,000 sebagai ganti rugi. Walau pun jumlahnya tak sebesar mana berbanding dengan kemusnahan yang berlaku, tapi bagi penduduk kawasan kampung jumlah itu cukup besar sehingga bergadai golok bapa si lelaki untuk mencukupkan jumlah itu.
Tak serik dengan kejadian itu, seorang lagi pemuda 20an yang sudah berkahwin buat wayang x-rated yang sama dengan pelajar sekolah juga. Dia ni cerdik sikit, dia tak forwardkan filem lakonannya di kampung. Dia pergi ke bandar yang berhampiran sebab hp dia ada rosak sikit. Tapi penjual hp tu dah pegang simkad dia, dan sudah print itu gambar x-rated dan di jual secara gelap. Akhirnya gambar itu dibeli oleh kawan-kawan dia dan mengedarnya pulak di merata-rata tempat.
Tidak diketahui berapa yang diminta oleh bapa pelajar pompan tu, tapi budak lelaki dan bini dia dihalau keluar kampung ( oleh bapanya ) dan di suruh berhijrah ke KL. Di harap dia tidak mencari mangsa baru di KL.
Nampaknya orang sekarang banyak yang mengambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikan masalah yang runcing sedemikian. Adakah mereka tak percayakan sistem keadilan kita? kenapa tak mau repot polis dan selesaikan masalah ini melalui mahkamah? ( antara jawapannya ialah pada menanggung malu bertahun-tahun lama, yang akhirnya merugikan mangsa sendiri, baiklah ambil bayaran gantirugi, sekurang-kurangnya dapat pampasan . Lebih baik dari dapat malu free ) . Betul ke?
4 comments:
Semua pihak nak tutup "kemaluan" depa, mana nak benda macam ni tersebar luas. Kalau masuk court pun kena bayar lawyer, tu tak kira keputusan lagi. Kalau menang dapatlah pampasan tp tolah laywers fee tapi kalah tanggung lah pulak hutang laywer. Baik yang menyaman mahu pun yang kena saman.
Tambah pulak statutory rape, mungkin 20 rotan + + + +.....
Mmg fitrah manusia nak tutup "aib" mereka. Yang dah ditutup janganlah dibuka.
Kepada yang berbangga dgn "aksi" sendiri tu (sampai rakam), anda sendiri yang membuka aib anda dan anda boleh jatuh ke dalam lembah kekufuran kerana anda bangga dengan perbuatan anda.
Kepada pelajar2 sekalian, jagalah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jangan sangka anda sekolah menengah, anda pandai jaga diri anda. Dunia di luar penuh tipu dayanya.
Kepada yg menganiaya dan dianiaya, jangan risau. Mahkamah "sini" mmg akan ambil masa panjaaaaanngg, tapi mahkamah "sana" bila tiba masanya, tiada siapa yang akan dizalimi. Semua akan dapat bahagian masing2. Mungkin kita x dapat nak membawa orang jahat ke muka pengadilan di "sini", tapi di "sana" semuanya pasti akan diadili.
Wallahua'lam.
Ya Allah, berikanlah kami hidayah mu dan lindungilah kami dari kejahatan.
Amiin....Ya Rabbul alamin...
Post a Comment