Saturday, March 20, 2010

Woi, Jom Pi Siam....

Bila balik Kedah, acara seterusnya ialah masuk ke Siam, pergi cuci mata di Danok, yes, I'm guilty as charged, pi perabih duit kat Siam. Kalau tak beli apa pun, sekurang-kurangnya beli beras , pulut, biji gajus dan lain-lain yang kecil-kecil.

Kami agak terkilan juga di Bukit KH tidak ada bazar-bazar kecil yang berniaga di kawasan sempadan. Yang ada ialah gerai-gerai MDKP yang nampak kepam dan tersorok dari pandangan orang ramai . Beberapa barisan kedai 2 tingkat yang jauhnya lebih kurang 500 meter dari sempadan Siam, macam bandar mati , kebanyakan kedai ditinggal kosong begitu saja. Yang meriahnya hanyalah kedai bebas cukai yang tersergam di situ. Err.....hanya tokeh besar aje dapat peluang, penduduk setempat tak dapat tumpang cari makan!

Berbeza pulak dengan sempadan Perlis, kawasan sempadan yang masyhur dari dulu sampai sekarang ialah Padang Besar. Memang dah besar betul padang tu la ni, kerajaan dah bina kompleks beli belah, orang Siam boleh mai shopping kat situ , rakyat Malaysia pula boleh pi shopping barang Siam kat sempadan Siam tak payah chop paspot.

Begitu juga dengan sebuah lagi kawasan sempadan Siam - Perlis, ie Wang Kelian, depa buat pekan hari tiap-tiap hari. Pada hujung minggu, sempadan dibuka, orang Malaysia boleh shopping di Wang Kelian Siam dan orang Siam boleh shopping kat Wang Kelian Malaysia, depa borong barang kita, kita borong barang depa!

Kalau kerajaan Kedah boleh peridup kawasan sempadan Bukit Kayu Hitam , bagi orang kampung berniaga ramai-ramai macam Perlis atau di Rantau Panjang Kota Baru, alangkah baiknya. Masa di KB dulu, kita tak perlu seberang sungai Golok, sebab semua barang-barang Siam tu ado belako di Rata Panje!

2 comments:

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

padang besaq tu lokasi penting setiap kali kami balik kampung...makan pulut ayam, dan isteri dan mak sibuk membeli-belah keronsang

Kerabu Jantung said...

Sedih sikit BT Kayu Hitam, tiada suasana bandar sempadan yang sepatutnya riuh rendah dengan penjaja-penjaja kecil tempatan V penjaja Siam jual barang-barang Siam!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...