Wednesday, December 8, 2010

Deme Dah Kaye!

Bila balik kampung pemandangan seperti di bawah ni biasa saya nampak, terutamanya sepanjang-panjang jalan dari Pekan menuju ke Rompin. Kebanyakan rumah dibuat dari papan , kita panggil rumah papan, tidak kurang juga rumah batu, ikut kemampuan masing-masing.






Akhir-akhir ni banyak betul rumah batu yang besar-besar, 3 - 4 tingkat yang sedang dalam pembinaan. Wah, dah kaya rupanya depa ni, nampakanya dah berjaya rancangan kerajaan dan kemakmuran Malaysia dah menular ke kampung-kampung. Alhamdulillah!



Tapi kenapa pulak rumah depa tak bertingkap? Dan rumah-rumah dalam pembinaan sebegini cukup banyak di sepanjang jalan






Inilah rupa rumah yang dah siap, mak oiiii besarnya.........




kalau yang di atas tu tak cukup besar, ada lagi yang lebih besar



dah jadi macam kompleks perumahan dah.....



macam bandar baru pulak! Jangan terkejut, itu bukan rumah kediaman manusia tapi mahligai burung walit atau burung layang-layang!

Pernah makan sup sarang burung? ia dikatakan sangat berkhasiat dan sangat popular di kalangan masyarakat Cina. Harga sarang burung sangat mahal sebab susah dapat, maklumlah burung walit bersarang dalam gua di tepi laut, gua pula berada dalam gunung yang tinggi dan curam!

Burung-burung ini kini telah berpindah ke atas darat bagi kawasan-kawasan yang ada pantai. Rumah-rumah dibina besar dan tinggi serta tidak bertingkap dan keadaannya gelap dan dalam bangunan itu dipasang rakaman kicauan burung seolah-olah macam dalam gua di tepi pantai! Katanya dalam bangunan itu dipasang air- con supaya udaranya sejuk macam natural habitat burung-burung walit tu!

Jadi kita boleh nampak rumah-rumah kampung diselang selikan dengan rumah burung yang sentiasa bunyi rakaman kicauan burung . Diharap tok wakil tengok-tengok sikit perkembangan terbaru ni, kalau tak silap tanah orang kampung punya, rumah burung pulak tokey Singapura atau Taiwan punye! Dan dok bela burung ribu-ribu ekor tepi rumah orang kampung tu, kalau kena selesema burung, kira macam mana? ada insurans ke tuan tanah yang menyewakan tanahnya tu?

2 comments:

ngasobahseliman said...

Entry yang ini menambah maklumat yang saya cari-cari. Anak lelaki saya berangan-angan hendak memasuki industri ini. Saya gelap langsung. Sekarang saya sekurang-kurangnya tahu rumah burung-burung itu.Terima kasih atas maklumat.

kerabu jantung said...

Salam ngasobahseliman,

Alhamdulillah, untuk pengetahuan puan negeri Pahang cukup banyak rumah-rumah burung ni, begitu juga negeri Johor, sepanjang-panjang jalan dari Rompin hingga ke Mersing ada aja rumah-rumah burung tu!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...