Sebenarnya di Malaysia ni golongan ustaz-ustazah memainkan peranan yang besar sebagai councillor. Pada tahun 50an hingga 70an dulu setiap masalah mereka rujuk pada orang-orang alim, seperti jika anak kecil menagis tak berhenti atau demam minta orang alim di kampung menjampi dan bagi air jampi. Begitu juga jika ada masalah lain-lain seperti masalah keluarga atau masalah masyarakat orang-orang alimlah yang menjadi tempat rujuk.
Walaupun telah lama ada khidmat psiakitris di hospital-hospital atau klinik-klinik persendirian tapi ramai pula yang mengaitkan mereka dengan orang-orang yang mengalami sakit jiwa yang teruk atau traumatik. Sedar tak sedar golongan orang yang alim dalam bidang agama ini telah memainkan peranan menyelesaikan masalah rumahtangga dan keluarga atau mengurangkan keresahan jiwa seseorang. Tambah-tambah lagi sudah ramai ustaz-ustaz dan penceramah bebas yang berpendidikan tinggi yang boleh beri nasihat dari segi muamalah, munakahah ie undang-undang keluarga seperti nikah cerai, hak-hak harta dan pesaka dan sebagainya.
Sebaliknya pula orang ramai patut juga belajar sedikit sebanyak dari orang-orang alim ni, jangan harap 100% dari mereka, diri kita sendiri kena jugak berusaha. Ada juga berlaku, bila mak bapak meninggal dunia, boleh dia pergi jumpa ustaz......ustaz boleh tolong baca Quran untuk arwah mak/bapak saya....berapa banyak ustaz nak pun saya boleh bayar... atau telefon ustaz, mintak datang rumah dia sebab nak buat tahlil arwah mak/ayah dia. Bila ustaz datang buat tahlil, dia buat relax aje duduk di luar rumah sambil hisap rokok!
Atau seorang isteri yang selalu kena zalim dek tok laki dia, janganlah asyik mintak air jampi ustaz atau ustazah aje, atau berdiam diri saja ,belajarlah sikit dari ustaz-ustazah tu tentang hak-hak seorang isteri dan jangan biarkan diri jadi punch bag suami. Kena jugak tahu sedikit sebanyak undang-undang keluarga dan tahu menggunakan saluran yang ada , hospital ( mengesahkan dia kena te tok laki )balai polis ( buat repot kat tok serjan ), mahkamah syariah - pegi buat aduan, bagi tok laki kecut perut sikit!
Pernah suatu masa, seorang penceramah bebas terjaga pukul 3 pagi sebab seorang wanita menalifon menangis teresak-esak sebab tok laki dio tak kelik rumah. Okaaaaayy....kalau tok laki tak kelik gak , sembahyang lah banyak-banyak, bermuhasabah sikit sebanyak mungkin itu ujian Tuhan, mohon doa biar suami ingat nak balik rumah. Tok guru bukan magic man yang boleh sihir......pling! tok laki pun tercokoh depe pitu.......
Wallahu a'lam!
2 comments:
Salam dear sister. You memang boleh cerita kisah orang-orang kita. Apa yang dikata memang betul. Tetapi bukan semua orang boleh cerita secara bertulis. Akak dah lalu banyak liku-liku dan dah jumapa berbagai cerita. Tetapi yang sedih bila suruh orang masjid atau kumpulan pengajian datang baca Quran, tuan rumah sendiri duduk di tepi swimming pool sembang hisap rokok. Sekarang akak tak mahu pi jemputan macam tu. Cuma yang bagus balik dapat kain pelekat / kain batik (senyum).Ada juga yang rajin minta "air jampi" tapi diri sendiri tidak berubah dan berusaha. Inilah akibat negara kita banyak program untuk orang ramai yang tidak syari'e. Akak doa, sama-sama kita doa mendapat pemimpin negara yang beriman, bertanggong jawab dan takut pada Allah.Semoga kita terpelihara.
Salam sis,kehancuran sesebuah negara atau tamaddun adalah kerana kesesatan dan kemungkaran yang berleluasa.
Post a Comment