Thursday, September 8, 2011

Anak Bertuah........Bah 1

Ramai yang kata kalau takde anak perempuan rugi, kalau sakit siapa nak jaga mak ayah, takkan anak lelaki pulak!

Kenapa pula menidakkan anak lelaki? mereka juga sayangkan ibubapa mereka sama macam anak perempuan!

Ada yang kata pulak, orang lelaki mana pandai tolong mak bapak yang tua, tambahan pulak kalau mereka dah uzur!

Siapa kata? takkan lah pulak anak lelaki tak pandai buat kerja lain spt basuh pinggan, kemas rumah, tolong masak kat mak bila mak sakit ( atau bila bini sakit jika takde pembantu rumah ).

Kalau anak lelaki tak boleh disuruh dan tak tau buat ape benda langsung tu salah mak dialah, tak nak train anak lelaki dia. Sanggup dia jadi hamba anak-anak yang dah besar panjang!

Siang-siang lagi anak-anak perempuan dah kena discriminate. Anak perempuan jaga orang tua ( sebab dia pompan ) anak lelaki dapat 2 bahagian harta pusaka sebab dia akan jadi ketua keluarga ( jadi ketua aje, tanggungjawab taichi kat orang pompan ). orang perempuan pun, pakat-pakat diam aje sebab tak nak bising-bising dan tak nak gadoh-gadoh. Tambahan pulak yang silelaki tu pulak ada penyakit kronik yang takde ubatnya melainkan mati - iaitu penyakit TB yang acute!!

3 comments:

Mama Amirul said...

Ofismate ain penah cakap, lebih baik dapat nak pompuan dari anak lelaki sebab anak pompuan boleh jaga mak ayah bila dah tua. Ain pun tak tau kenapa. Sedangkan bukan ke tanggungjawab anak lelaki terhadap mak ayah nya takkan ada penamatnya selagi masih hidup walaupun dah ada keluarga sendiri.

Kerabu Jantung said...

Sepatutnya begitulah, tapi masyarakat kita sendiri yang mengubahnya!
Kita lebih mengguna pakai hukum adat dari hukum sebenar.....dalam banyak hal!

Temuk said...

Assalam Kerabu Jantung

Penjagaan ibu bapa yg tua terutama yg uzur memang satu isu berat & serius. Isu penjagaan ini boleh menyebabkan masalah hubungan di kalangan anak-anak itu sendiri atau hubungan dalam keluarga mereka masing-masing. Ramai rakan saya (satu geng 60 tahun ke atas!)yg rajin bertukar maklumat & pengalaman menyakini, umumnya kerelaan atau tiadanya kerelaan anak-anak utk menjaga orang tua mereka tiada kaitannya dengan jantina anak-anak. Demikian juga kualiti penjagaan.Yg penting nampaknya ialah kemampuan anak-anak dari segi ekonomi, masa dan tenaga; komitmen kerja anak-anak; komitmen keluarga sendiri; dan jarak fizikal anak-ibubapa. Rakan-rakan juga menampakkan, sekalipun mempunyai pelbagai kekangan, tetap ada anak-anak, lelaki atau perempuan, yang rela berkorban apa saja. Pemerhatian umum sesama rakan ini tentulah boleh jadi amat berbeza daripada penemuan-penemuan kajian sitematik yang mungkin ada dilakukan di kalangan masyarakat kita.

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...