Saturday, September 3, 2011

Sempat Ke Tak Sempat..........

Jarah ( Zaharah ) pergi menziarah Mek Ngah yang sedang terlantar sakit , kesian bukan main sebab Mek Ngah langsung dah tak boleh berjalan. Bila Mek Ngah tengok Jarah , terus dia menangis dan mintak maaf bertalu-talu kerana dia telah melakukan dosa pada Jarah. Jarah pun agak clueless lah jugak , setahunya Mek Ngah takde pun buat apa-apa kat dia, kalau setakat lepat melepat tu tak kisahlah, Mek Ngah pun dah uzur..

Mek Ngah menceritakan apa yang telah dia buat 25 tahun yang lepas, masa Jarah anak dara, ada seorang teruna menyampaikan hajat untuk meminang Jarah, tapi Mek Ngah berbohong mengatakan Jarah dah bertunang. Mek Ngah sukakan si teruna tu dan nak dipadankan dengan anak saudaranya. Bila Jarah dengar kisah tu dia pun naik angin , jahat jugak orang tua tu rupanya. Lama jugak lah dia nak memaafkan Mek Ngah!

Ada orang yang dapat peluang minta maaf tapi ramai juga yang tak dapat peluang minta maaf, macam orang yang nak mati jugak - ada yang sempat taubat, ada yang tak sempat taubat sebab tiba-tiba nyawa habis tengah dok yam seng! Nauzubillah!

Terkenang pada seseorang yang sungguh mementingkan darjat dan tak boleh terima kalau orang lain lebih darinya. Tanpa disedari, dia telah melukakan hati ramai orang dan ramai jugak yang dapat bahana. Tiba-tiba dia sakit tenat dan koma lebih dari sebulan, tak taulah dia sedar atau pun tidak perbuatannya yang agak melampaui batas tu. Tapi nasibnya sungguh baik, kawan-kawan yang terkena tempias air liurnya begitu pemaaf, tak sampai hati nak menyimpan dendam.

Yelah kalau kita tak maafkan orang, susah jugak, nanti kena beratur lama pulak di padang mahsyar nak settle segala hutang piutang orang dengan kita ( tak masuk lagi hutang piutang kita dengan orang!). Pendek kata kalau nak yassir wala tuassir - hal kata mengata atau salah silap sesikit atau bebanyak - tak usahlah dibawa mati!


No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...