Thursday, September 29, 2011

Selamat Jalan Syawal!

Raya habih doh lah, raya sakan kita, setelah berpuasa sebulan kita pun raya sebulan jugak! Sepanjang bulan Syawal klinik kerajaan dan klinik swasta penuh dengan orang yang sakit tekak ( terlebih makan rendang ), batuk ( terlebih makan kuah kacang ) selesema ( tak cukup rehat ) dan sakit perut sebab makan tak henti-henti!

Seorang sahabat buat cadangan, kenapa kita tak buat open house pada Hari Raya Haji, kenapa dok pulun buat open house pada Hari Raya Puasa aje? Terlalu banyak open house dan berebut-rebut nak buat, hingga tak cukup masa, apa kata kalau simpan sikit rumah terbuka tu untuk Raya Haji pulak!

Ada kebenaranya di situ. Sibuk sangat berumah terbuka kadangkala orang yang puasa enam atau orang yang mengambil kesempatan menqada' puasa dibulan Syawal akan terganggu , puasa terputus-putus kerana nak pergi beraya! ( tak apa terputus-putus pun sebab ia sunat dikerjakan pada bila-bila masa dalam bulan Syawal ), tapi kadang kala terlalu banyak putus, sampai dah dekat masuk sempadan Zulkaedah!

Selalunya Aidil Adha disambut dengan meriahnya di Kelantan sejak zaman berzaman lagi, kerana ibadat kurban begitu dititik beratkan. Di negeri-negeri lain, sama juga menjalankan ibadat kurban, tapi tidak dirayakan sebegitu meriah berbanding Aidil Fitri.

Apa kata sekali ni kita split buat rumah terbuka, sebahagian buka pada Aidil Fitri sebahagian yang lain buka pada Aidil Adha! I cop dah nak buat pada Aidil Adha!!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...