Wednesday, February 15, 2012

Demi Masa....Sesungguhnya

.......manusia berada dalam kerugian .

Semasa sakit terlantar di hospital, takut dan sedih tak terkira sebab badan dah tenat dan macam tak ada harapan nak pulih seperti sedia kala . Sepanjang sakit berbulan tu, isterinyalah yang menjaga. Anak lelaki ramai tapi semua kerja dan tak dapat cuti.

Yang tengah sakit tu sangat gusar , jadi gerun dan takut, kerap kali menjerit dan terlolong-lolong tak keruan hingga mengejutkan pesakit lain. Ada kalanya pula terlalak-lalak menyanyi lagu pop yeh yeh zaman tahun 60an dulu....Oh Fatimah, hinggakan isteri naik malu dan naik geram, sebab nama dia Besah, bukan Fatimah.

Tak pernah pun dia mengajar anak-anak bersolat dan dia sendiri pun sekali sekala aje lalu tepi masjid. Bila dah  tersadai di atas katil hospital, walaupun masih berpeluang bertaubat, beristighfar tapi tak terucapkan hingga masa berlalu dengan sia-sia dah berbulan lamanya. Akhirnya terpaksa bertarung dengan sakratul maut tanpa kekuatan nak menyebut nama Allah atau lain-lain zikrullah - yang boleh melembutkan lidah dan membasah tekak. Orang keliling tak tahu berapa berat musibah yang ditanggungnya  -  isteri yang taat setia di sisinya pun tak sedar suami sedang terkapai-kapai...

Kaum kerabat dan jiran tetangga  sibuk buat persediaan - mandi mayat, siap kain kafan dan sebagainya, ada yang bacakan ayat-ayat suci - anak-anak buat tak kisah je, depa dok sibuk dengan drama tv !

Pendek kata seseorang itu mendapat  hasil di atas apa yang diusahakan  atau tak dapat apa-apa hasil sebab tak pernah ada apa-apa usaha .......




4 comments:

Mieza said...

Assalamualaikum Aunty,

Sangat gusar dan bimbang jika dihisab nanti, Allah menaya tentang masa yang telah digunakan di dunia ini...

Mahu mencuba untuk lebih menmanafaatkan masa yang Allah beri kejalanNya, InsyaAllah.

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam Mieza,

Sangat cantik Islam ini, ada peruntukan masa yang diberi yang sesuai dengan diri kita, masa kerja/ urusan dunia, masa tidur dan masa beribadat.

Kalau cantik pembahagiannya, cantiklah amalan kita, Insyaallah...

Kerabu Jantung said...

Assalam Mieza,

Is there any away that I can contact you thru your email - nak tanya fasal camera!

Mieza said...

Assalamualaikum Aunty,
Astagfirullah, maafkan saya baru baca komen aunty, email saya mieza71@gmail.com , jika ada yang boleh saya bantu insyaAllah.

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...