Wednesday, February 29, 2012

KUL - BTJ - Bencana Melanda





Pemandu pelancong membawa kami ke permakaman  Ulama' Sheikh Kuala ia itu Sheikh Abdurrauf bin Ali AlFansuri atau diberi gelaran Shiah ( Sheikh ) Kuala. Makam Sheikh Kuala di kelilingi makam ulama'-ulama' lain iaitu , Teuku Pakeh Sheikh Ibrahim,  Sheikh Abdul Wahid ,Raja Manilo dan Teuku Abdurrahman yang ditutup dengan kelambu ( tiada gambar ) . Beberapa orang anak murid Sheikh Kuala juga disemadikan di situ - kesemua mereka adalah ulama'-ulama' besar  Aceh.

Makam ini terletak di tepi pantai Kampong Dayah dan tidak terjejas apabila tsunami melanda. Batu nesan ulama'-ulama' itu terdiri dari batu-batu hidup yang besar-besar.

 







Makam isteri ( berkain putih )ditempatkan di sebelah luar makam Sheikh Kuala.
















  Di  pantai Ulee Lheue pula Masjid Baiturrahim pula masih berdiri tegak - yang lain-lain semuanya ghaib , tinggal tanah kosong sahaja!

Masjid  Baiturrahim masih lagi dalam proses baikpulih hingga kini






Salah satu tiang surau yang didirikan pihak tentera Infanteri-1 Jaya Sakti bersebelahan dengan makam Sheikh Kuala!

4 comments:

ngasobahseliman said...

Salam. Saya juga pernah ke sana dan lihat kesan tsunami. Tapi ramai yang tidak muhasabah diri. Semoga kita mendapat perlindunganNYA.

Mieza said...

Assalamualaikum Aunty,

Alhamdullilah...niat perjalanan untuk lebih mendekatkan kita padaNYA. Benar kata aunty Sobah, untuk muhasabah diri...

Kerabu Jantung said...

Salam Sis Ngasobah,
masa dapat bencana berkeluh kesah, bila dah terlepas dari bencana, mudah lupa - begitulah manusia. semoga kita dimasukkan dalam golongan orang yang sentiasa insaf dan bersyukur.amin.

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam Mieza,

Allah Maha Kuasa - kita sebagai makhluk harus sentiasa mensyukuri segala nikmatNYA....

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...