Thursday, February 2, 2012

Pengorbanan Isteri

Seorang isteri yang baru kematian suami telah pergi ke hospital untuk mendapat rawatan sakit pinggang dan sakit di bahagian atas peha sebelah kiri. Dia menceritakan dia telah menjaga suaminya yang sakit terlantar selama dua tahun. Pada mulanya suaminya didiagnos mendapat barah tulang bahagian atas belakang. Setelah dioperate dan dibuang tulang yang berkanser itu suaminya pulih.

Setelah pulih dari kanser sepatutnya suaminya dah boleh berlatih berjalan , tapi akibat kedegilannya tak mahu makan ubat diabetik dan lain-lain ubat yang berkaitan, kencing manisnya menjadi tidak terkawal mengakibatkan strok. Letch kata dia mendapat sakit pinggang kerana mengangkat suaminya ke bilik air tanpa pertolongan anak-anaknya. Walau pun ada dua anak lelaki yang dewasa tinggal bersama, tapi malangnya suaminya tidak membenarkan anak-anak membantu - dia nak L juga yang mengangkatnya.

Letch sangat kesal kerana suaminya enggan mematuhi memakan ubat-ubatan yang disarankan doktor yang menyebabkan penyakitnya jadi tak terkawal. Letch kata dia berumur 60 tahun, tak larat nak mengangkat yang berat-berat. Sekarang ni, dia pulak yang terpaksa berulang alik ke hospital untuk merawat dirinya -  yang sakit dah mati, yang tinggal menanggung siksa.

Saya rasa ramai je orang yang mendapat penyakit kronik - darah tinggi , kolesterol dan diabetik yang tak percaya dengan ubat doktor - mereka kata banyak bahan kimia dan memberi kesan sampingan. Ramai yang memilih perubatan alternatif atau tidak menghiraukan langsung penyakit mereka. Tak taulah mana satu yang terbaik - ikut atas keyakinan masing-masing - doktor atau jurujual ubat-ubat skim piramid yang boleh mengubati semua jenis penyakit dalam satu botol!




4 comments:

Mieza said...

Assalamualaikum Kerabu Jantung,

Pengorbanan isteri selalunya melebihi pengorbanan sang suami dalam segala hal, harap kita semua dikurniakan keikhlasan hati oleh Allah s.w.t bila berkorban untuk pasangan (he he ubat hati pasal dah dekat 5 tahun menunggu si dia di sini, dah rindu nak balik tanah air)

Terima kasih kerana tulisan KJ sangat dekat di hati saya.

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam, Mieza ,

Tempat kita adalah bersama suami dan anak-anak - di ceruk mana kita duduk pun kalau bersama keluarga kita akan bahagia.

Orang di perantauan sudah semestinya rindu ibubapa, kaum keluarga dan tanah air.

- ada tak rindu sambal belacan, ulam-ulam dan ikan masin?

Mieza said...

Benar KJ, bahagia itu ada bila bersama-sama keluarga kita, namum pedih rindu mengenangkan ibubapa, kaum keluarga kadang2 mencengkam rasa. Sabar, ini pilihan Allah yang terbaik buat kita.

Kerabu Jantung said...

Mieza, memang benar sabar itu pilihan yang terbaik dan ia disyariatkan.

Dan ada hikmah di sebaliknya yang Allah saja yang tahu !

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...