Saturday, February 18, 2012

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Kita menentang sekeras-kerasnya tok laki yang  menganiaya isteri . Kadang-kadang tertanya-tanya jugak kenapa mereka suka menaikkan kaki atau tangan atau tendang terajang isteri? Ada tak  para akademis yang buat kajian tentang perkara ini. Mungkin ada tapi , tak dipublish lagi!

Ada juga yang suka membuli isteri atau marah-marah isteri depan orang ramai atau depan kawan, menyebabkan ramai orang benci dan sakit hati pada sibangang yang bernama suami tuh!

Kami ramai-ramai pernah berbincang - cuba meneka-neka punca jadi begitu., selain keturunan - ia itu bila tengok bapak pukul mak, bila dia kawin, dia pun ingat dia dapat pakej yang sama. Ada isteri yang sengsara sampai ke tua, ada juga yang beri kata dua kat suami - kalu mu te aku sekali lagi , aku nok suruh pok sedare aku  Derih Gedebe te mu sapa mapuh! Menggigil jugak lutut sang suami. Rupa-rupanye orang yang suke te ore pue tu, dok lah kuat @ dok berani sangat!

Pak lawak yang suka malukan isterinya tu, pernah jugak dapat habuan dari sahabat isterinya sendiri.......

Eh , Komeng...aku ingat engkau ni selalu kena buli dek budak perempuan kat sekolah dulu tak? Sebab tulah dok balas dendam tak habis sampai hari ni kan?

Merah padam muka si Komeng ( sebab yang beri habuan tu kaki buli budak jantan masa sekolah dulu )

Lalu Komeng tak  bagi dah  bini dia berkawan dengan si Senah Kaypoh!

Ada si Senah Kaysah?

4 comments:

Mieza said...

Assalamualaikaum Aunty,
Nok kecek jugok, nyakit hati rasonya kalu to'laki suko bahe bini dio. Ado ubat insyaAllah. Keno tengok balik hubungan dio dengan Allah.

Hok siyenyo anok2 hok dok haghi2 dok tengok cite ganas depe mato...

p.s. Aunty, terima kasih kerana memahami perit jerih si tukang cuci:)
Selepas 4 tahun (afer the post) insyaAllah niat kerja si tukang cuci masih kerana Allah mencari rezeki halal, mengharap redhaNya, doakan Mieza, aunty...moga niat tidak berubah tetap hanya kerana Allah.

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam Mieza,

InsyaAllah Mieza, apa saja yang kita buat dengan niat Lillahi Taala,apa lagi untuk keluarga - Allah tidak akan meninggalkan kita bersendirian , insyaAllah!
Aunty doakan Mieza mendapat kebahagiaan yang melimpah-limpah. Aamin. Bacalah surah al Insyirah ( dalam dan luar solat )untuk menenangkan hati...Insyaallah!



Kesian anak-anak, jadi rosak pemikiran mereka bila membesar dalam keadaan keganasan begitu!

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Puan..

Sebahagian Dari kehidupan ..

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam Deru Ombak ,

Ada yang hidup bahagia dan ramai jugak yang menderita...


ps.

..it is KJ or akak or aunty - makcik would sound too old and ada sakit -sakit urat dan sakit lutut...

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...