Wednesday, May 9, 2012

Lempeng aka Pek Nga
















Oleh kerana rupa lempeng tak berapa cantik, kita boleh bagi rasa dia sedap 
dengan menambahkan pelbagai bahan lain supaya orang tak pandang sebelah mata kat cik pek nga tu!


















 dengan muesli






dan cornflakes atau lain-lain yang seumpamanya seperti kelapa parut atau kacang goreng, atau kismis, korma ke....




ke dalam pisang yang telah dilenyek. Kalau boleh tak payah bubuh gula sebab pisang tu bukan main bergula dah! kalau lori gula terbalik depan rumah - bubuhlah seberapa banyak gula yang kita suka ( kalau tak sayang body ). Tambah tepung gandum supaya adunan tidak cair sangat, tambah secubit garam - perap sekejap supaya ia sebati..




Panaskan kuali, sapu sedikit minyak, atau mentega atau magerin, tepeklah adunan pisang tadi ikut suka tebal ke nipis, besar atau kecil ( kita buat dia bukan dia buat kita! )




biarkan hingga garing - dan hidangkan !

Kalau ahli keluarga buat sombong tak nak makan, makanlah kita sorang-sorang!



4 comments:

ngasobahseliman said...

Sedap tu. Tapi bukan lempeng orang kampung kalau dah campur-campur bahan chef pilihan. Jadi lempeng Mat saleh. Kan gitu....

Kerabu Jantung said...

I belajar dari jiran sebelah, dia pandai masak , cekodok dan lempeng dia memang sedap - dia pandai tambah perisa itu ini dalam masakan dia.

Deru Ombak said...

Assalam KJ..

I tak pernah terpikir pulak nak modify lempeng pisang ni.. Boleh Cuba ni.. Pasti sedap.. :)

Kerabu Jantung said...

Wassalam Deru Ombak,

Cubalah and tell me the result - sedap ke sedap..hahaha!

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...