Wednesday, February 13, 2013
Dah Tak Kuasa
Saya bertemu dengan rakan-rakan lama di sebuah majlis perkahwinan - kami bertanya kabar , semua ingin tahu apa aktiviti masing-masing selepas pencen.
Seperti biasa ramai yang pergi ke kelas-kelas pengajian di masjid dan surau, ada yang meneruskan bisness mereka, ada juga yang menjaga cucu. Bila ditanya fasal cucu, mereka begitu gembira kerana dah menimang cucu dan berpeluang menjaga cucu! Ada jugak yang naik jeles sebab cucu tidak tinggal bersama, ada juga masih belum bercucu walau pun dah ada menantu!
Bila kami berjumpa lagi dua tahun kemudian, cerita lain pulak yang timbul......
Cucu dah besar?
Dah besar, I dah tak jaga cucu dah..
Ye ke?
Oi, tak larat dah nak jaga cucu, dah dua dah.. ...bukan apa, masa solat pun dah tak tentu kalu, kadang-kadang dah nak masuk pukul 4 baru dapat solat zohor!
Kenapa macam tu pulak?
Yelah bukan senang jaga budak kecik. Kita ni tertengok-tengok jam tunggu mak ayah balik ambik anak-anak mereka. Takde rihat langsung dari pagi sampai ke petang.....
Anak-anak pulak take their own time, jalan-jalan dan makan kat luar dulu , malam baru balik
Lama-lama I suruh dorang bela sendiri anak depa!
Hah pandai pulak cari nursery, cari tukang jaga, cari maid nak bela anak!
Oooo......begitu pulak.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment