Friday, February 15, 2013
Realiti Kehidupan!
Jiran saya sentiasa memberitahu - kita dan jiran-jiran dah kira sebagai keluarga sebab apa-apa hal berlaku anak-anak dan keluarga jauh belum tiba, jiran - jiranlah yang datang menjenguk dulu.
Ramai orang kata, kita kena ada anak ramai supaya anak boleh menjaga kita di hari tua nanti, sedangkan pada hakikatnya anak yang ramai tidak menjamin kebahagiaan kita di hari tua. Bagaimana pula perasaan mereka yang tidak mempunyai anak, sudah tentu rasa takut dan gerun, membayangkan bila tua nanti mereka akan terlantar bersendirian.
Ada ibu yang mati keseorangan dalam bilik tidur sebab anak yang tinggal bersamanya tak pernah menjengah ke bilik ibunya - pagi-pagi bangun pegi kerja, malam baru balik, penat terus masuk bilik sendiri. Alasannya dia sibuk dan penat. Tak pernah terlintas di hatinya bahawa ibunya akan jatuh sakit, pengsan, akan dapat stroke tak boleh bergerak atau sedang nazak atau dah mati.......
Anak ramai, anak seorang atau tiada anak - sebenarnya kita semua tak tahu apakah kesudahan yang akan kita lalui . Kita kena berbaik sangka dengan Allah dan sentiasa memohon untuk mendapat husnul khatimah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah Srikandi Wanita
Balik kampung baru ni dapat berita yang mengejutkan - Mek Kiah berjaya merangkul pingat emas! Masuk pertandingan apa? Takde pun keluar da...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment