Tuesday, July 30, 2013

Pais Ikan Patin



Macam mana kalau kita improvise sikit masakan kita dari masakan yang berkuah jadi masakan kering -
kita boleh buat pais ikan untuk berbuka puasa.

Caranya mudah saja - blend tempoyak ,cili padi , kunyit hidup dan halia. Lepas itu digaul dengan daun kunyit yang dimayang halus ( atau lain-lain daun yang difikirkan sesuai ), garam dan sedikit gula ( optional ). Setelah itu lumur pada ikan luar dalam - bungkus dengan daun pisang  dan kemudiannya dilapik  dengan aluminium foil . Bakar dalam oven atau grill atau bakar atas dapur - guna kuali leper atau tudung periuk ( ikut suka hati , guna apa yang ada ) .



Kalau nak lebih sedap bakar atas dapur arang - tanpa aluminium foil. Itu pun kalau rajin nak bersusah payah membakar arang....atau kalau ada masa.













Sunday, July 28, 2013

Rendang Dan Raya







......tak boleh dipisahkan!

Raya tahun lepas saya buat pembaharuan, tak mahu buat rendang untuk raya . Rendang digantikan dengan kuzi ayam, makan dengan dinner roll . Masa bincang semua setuju - kurang lemak , kurang kolesterol ! Kuzi tidak banyak lemak sebab, tak pakai santan - guna susu cair full cream + susu rendah lemak. Semua orang suka...

Bila datang tengahari sikit, depa pun tanya, mak ,rendang takde ye?
Haah, macam tak lengkap pulak!

Jadi raya tahun ni, masukkan balik menu rendang dalam hidangan hari raya. Tapi rendang raya ni agak kurang lemak - sebab guna santan sikit je kemudian + susu rendah lemak pulak. I dah try rengang pakai susu rendah lemak , anak-anak kata ok! sebab the taste of rendang is still there......halia ,lengkuas, serai  rempah ratus lainnya , daun kunyit, daun salam , daun limau purut dan segala mak nenek yang sesuai dengan rendang tak dikurangkan.

Apa macam , ada yang berani acucubatry rendang kurang lemak dan kurang berminyak tak?









Friday, July 26, 2013

Start Dah.........





Selepas 2 minggu berpuasa, suri rumah start doh lah lorat dengan pelbagai persiapan. Memang betul, setelah 15 hari berpuasa masa berjalan begitu pantas, macam turun bukit . Apa taknya tengah dok kalut tentang pakaian anak-anak, sudah cukup semuakah ? kasut raya ada yang belum dapat lagi? Baju Melayu suami dan anak-anak lelaki semua ready? butang baju ada?

Tak kira rumah lagi, langsir kena tukar ( setiap tahun ), perabot kalau boleh semua nak baru dan tukar setiap dua tahun sekali , kuih raya mesti penuh meja ( kuih raya tahun lepas dok ada lagi dalam balang - nak buang sayang, maklumlah beli mahal! ).....err..ang pau is a must - dah jadi macam raya cina pulak!

Pada hakikatnya bila tetamu datang beraya, kebanyakannya lebih suka makanan  berat  - nasi, ketupat, lemang dengan segala jenis rendang dan lauk pauk lain. Jadi kuih raya yang berbalang-balang, merahhijaukuningbiru  tu buat halwa mata je!

Dan takde sapa pun ambik pot fasal langsir baru, perabot baru, melainkan kalau  kaler dinding perple , kaler langsir pulak orange, perabot  warna hijau.....yang tu baru orang bukak mata!


Wednesday, July 24, 2013

Jaga Anak Tu!







Bila datang Ramadhan masjid dan surau dipenuhi jemaah - ibu- ibu muda yang tak nak ketinggalan untuk bersolat Tarawih akan membawa anak-anak mereka bersama.

Anak-anak kecil yang datang ke masjid dan surau tu kalau tak di jaga betul-betul akan membawa bencana pada orang lain dan ibubapa harus bertanggung jawab terhadap perlakuan anak-anak mereka.

Pada minggu yang lalu kawan pada seorang kawan saya yang sakit lutut dan tulang belakang yang bersolat atas kerusi di sebuah masjid - tiba-tiba bila dia nak duduk semasa dalam solat, seorang kanak-kanak telah menarik kerusinya tanpa disedari menyebabkan ia jatuh terhentak ke lantai ( mujur lantai berkarpet )!

Dalam keadaan yang lain pulak seorang lagi yang kerusinya di tarik terpaksa berdiri lutut ketika rukuk dan sujud sebab kakinya tak boleh dibengkokkan. Bayangkan betapa siksanya dia menahan kesakitan.

Akhir-akhir ini kenakalan kanak-kanak  lain macam sikit ( macam dah tak terkawal ) , ada yang berlari antara sof dan mengambil cermin mata, kunci kereta dan purse jemaah yang sedang bersolat. Kadang-kadang mereka mencampakkan benda-benda yang mereka ambil itu entah ke ceruk mana!






Tuesday, July 23, 2013

Tegar!........2








                                           
                                                وَإذا بَطَشْتُم بَطَشْتُم جَبَّارِينَ                            


Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam dan bengis
 -   Asy-Syuaraa' : 130

(   Perihal kaum Aad yang menentang Nabi Hud a.s. )


...sambung cerita pelajar dewasa yang begitu tegar....


Dalam sebuah kelas tafsir Al Quran yang lain pulak , apabila ustaz mentafsir surah Asy-Syuaraa ramailah makcik-makcik yang ada dalam kelas tu excited bila sampai pada ayat 130 -
.. salah seorang dari mereka memberitahu.....

Ustaz, ayat  ni guna untuk orang sakit pinggang dan  sakit tulang
Eh, ye ke, saya tak tahu..
Iye, ustaz ! masa kami belajar dulu, ustaz tu yang beritahu.....
Tapi ayat ni tak kena mengena dengan penyakit tulang , cuba lihat keseluruhan makna
Tapi memang betul, ustaz tu kata....takkan ustaz tu salah pulak!
Begini, kalau kita  nak berdoa, kita kena betul-betul selidik ayat yang kita baca, takut ayat Al Quran diguna di tempat yang salah...

Akhir kalam, minggu depan dan minggu seterusnya makcik tu dah tak muncul-muncul lagi ....









Sunday, July 21, 2013

Tegar!







Rupanya ramai jugak ustaz-ustazah menghadapi pelbagai cabaran apabila mengajar Al Quran pada orang dewasa. Mengajar orang - orang lama mengaji banyak kekangannya disebabkan ada antara mereka yang benak sikit, ada yang malas , tak mengulangkaji dan tak cuba perbanyakkan bacaan malah ramai jugak yang ego dan panas baran!

Seorang ustaz muda menceritakan pengalamannya bila menegur bacaan salah seorang dari mereka  yang membaca dengan menyebut huruf  خ bertukar dengan huruf  ح - beberapa kali teguran, akhirnya pelajarnya itu menepuk meja dengan kuatnya sambil berkata ..BETULLAH YANG SAYA SEBUT TU!!!!! Ustaz muda yang baru berumur 20 tahun tu pun terkejut besar , bila balik ke rumah terus demam kerana terkejut.

Pengalaman lain pulak ialah apabila Ustaz mentafsir Al Quran di sebuah masjid - ada ayat-ayat yang ditafsirkan itu dikaitkan dengan ayat - ayat di beberapa surah lain dalam Al Quran . Salah seorang jemaah naik marah......
Apa ustaz ni ? buat orang macam budak-budak, sekejap buka muka surat ni, sekejap suruh buka muka surat lain pulak....

Doh nok wat lagu mano......yang diajarnya tu bukan calang-calang orang! Pernah ada yang mengungkit, saya belajar ni bukan free!






Thursday, July 18, 2013

Nak Menongkat Langit







Bila orang bagi kata dua , HARTA ATAU NYAWA? masa tu mungkin orang akan kata NYAWA! Sebab dia fikir buat apa harta jika nyawa melayang!

Tapi bila dengar perbualan ni, kita mesti tergelak..

I kalau boleh biarlah my husband mati dulu, sebab kalau I mati dulu tak tau apa akan jadi rumah ni, siapa nak jaga , laman tu, husband bukan pandai nak jaga, nanti rumput panjang, pokok-pokok bunga I habis pupus!

( Aloh lah akak oi, kalau akak mati ada orang lain ganti, apa yang risau sangat ... )

I dah cakap kat my husband, bila I mati, kalau you kawin lain, nanti hantu I datang cekik you!

( Akak, kalau nak tahu gak bila dah mati  tak boleh kata apa dah.......)

Sebenarnya kalau sakit terlentang dah tak boleh bergerak tak ingat dah kat pokok bunga , atau duit dalam bank atau laki pegi mana.......









Monday, July 15, 2013

Dilemma Wanita







Tak tahu apa yang ada dalam fikiran Kak Semah setelah sekian lama berkawin dengan Abe  Derih , last-last sekali dia  wat tok caro kat Abe Derih . Ikut dio lah nak puasa ke tak puasa, nak gi solat Jemaat ke tak.. Kak Semah dah letih dok mengepung Abe Derih setiap kali bulan puasa dan waktu solat. Dia pun ambik jalan sendiri - masing-masing jaga kubur sendiri ( walaupun Islam menyarankan nasihat menasihati antara sesama Islam ). Ada kawan dia kata kalu tok laki hok tak masuk iman walau pun dah nak masuk kubur - boleh je mintak fasakh! Tapi dia kurang arif tentang tu, nak tanya orang malu , nak gi opis tok kadi jauh sekali.....

Lain pulak dengan tok laki Kak Joyah , Abe Seman  tiba-tiba jatuh tergolek, bila diangkat dia dah meninggalkan alam maya.  Meraung bukan main Kak Joyah - katanya tok laki tinggalkan dia gitu saja ,sekurang-kurangnya kalau sakit sempatlah dia menjaga ( atau pun sempat jugak Abe Seman bertobat ).

Alkisahnya Kak Joyah tiap-tiap hari  berdoa pada Allah memohon kebaikan dan membaca Al Quran untuk disedekahkan pada arwah suaminya.  Ada pulak seseorang ( kaki pau lah tu! ) beritahu , kalau sayangkan suami kena  upah orang alim buat amalan/zikir mohon keampunan untuk suami. Tak tahulah apa jadi sesudah tu, yang nyata Kak Joyah sanggup buat  apa saja sebab dia banyak harta - semata-mata sayangkan arwah suaminya!

Makan besarlah si kaki pau tuh!







Saturday, July 13, 2013

Perbezaan Farsy Huruf





  1. SURAH ALBAQARAH
                                     
                   

                        
  Syu'bah                                  Hafs                 Cara Bacaan Syu'bah
                                                                                             
1 : 81                    بَلى                                        بَلى

1 : 85            
            عَمّا تَعْمَلُونَ                       عَمّا يَعْمَلُونَ                    
                  
     
1 : 97              لِجِبْرِيَلِ                        لِجِبْرَئِلَ   

1 : 98                   مِيكالَ                       مِكَائِِلَ     

1 :  124              عَهْدِى  ٱلظّالِِمِينَ           عَهْدِيَ ٱلظَّالِمِين


 I give up!



Thursday, July 11, 2013

Perbezaan Farsy Huruf - Syu'bah Dan Hafs





1. SURAH AL BAQARAH

   (   Terdapat 31 perbezaan Farsy Huruf dalam surah AlBaqarah , ada di antara huruf-huruf itu berulang-ulang di seluruh Al Quran   )




Bil          Ayat                  Hafs                                  Syu'bah                 Bacaan Syu'bah

 1             51              ٱتَّخَذتُم                     ٱتَّخَذتُّم            idgham zal pada ta

                     


2                          هُزُءٌا                     هُزُءٌا                 tukar waw pada hamzah 






 masih tak jadi, takpe, cuba lagi!


Wednesday, July 10, 2013

Ahlan Wa Sahlan....




Wa Marhaban  Ya Ramadhan...



                                                     تِجارَهً لَن تَبور
Faatir : 29

Ayat di atas yang bermaksud  " Perniagaan Yang Tak Akan Rugi " selalu dibaca orang bila nak pegi ke Mekah menunaikan Haji . Segala belanja dan susah payah kita  menunaikan Haji akan diberi ganjaran oleh Allah.

Saya ingat ayat di atas hanya untuk orang pergi Haji sahaja , rupa-rupanya huraiannya lebih dari itu .  " Perniagaan Yang Tak Akan Rugi "  adalah amalan yang kita lakukan harian  iaitu Solat, membaca AlQuran dan Sedekah  juga termasuk dalam kategori Perniagaan yang tak akan rugi.

Tok guru kata - kalau kita menunaikan ibadah Solat, Baca AlQuran dan Bersedekah  seolah-olahnya kita berniaga iaitu kita MENJUAL dan Allah sedia MEMBELI ...... maknanya segala amalan kita akan diberi ganjaran.....MasyaAllah.......

WaLlahu a'lam.







                                                              


Tuesday, July 9, 2013

Cerita Merapu






...sebelum mula berpuasa....

Pada tahun 1980an rombongan peminangan keluarga Kak Ha bertolak seawal selepas subuh menuju ke kampung anak dara  sebab dah janji kena sampai awal sikit - lepas urusan peminangan diadakan jamuan  makan tengahari.

Setelah sampai ke kampung yang dituju semua orang lega , boleh rihat melurus-luruskan pinggang sebelum pergi rumah keluarga perempuan. Rupa-rupanya rumah  gadis masih jauh lagi dari kampung tu. Rombongan pun meneruskan perjalanan , dari jalan besar masuk pulak jalan kecik yang berliku-liku hingga sampai satu simpang  kereta tak dapat masuk, mereka terpaksa turun , menatang tepak sirih dan lain-lain buah tangan berjalan kaki ke rumah gadis yang letaknya di tengah-tengah sawah. Fuh...meleleh peluh sampai ke keting...

Mak-mak menakan pun mula buat geger - lenguh pinggang dok lama-lama dalam keta, kena jalan jauh pulak tu...

Guana mu Awe dok gi cari orang jauh macam ni,  habis kecut sirih pinang baru sampai. Orang carilah hok dekat-dekat sikit senang nok gi mari.

Mana pilih orang jauh pulak, jumpa dalam bandar, kerja pun pejabat sebelah menyebelah.... mana nak tahu rumah dia jauh macam tu!!!!



Sunday, July 7, 2013

Qiraat Riwayat Syu'bah....Bah 2






Perbezaan Farsy Huruf Riwayat  antara Hafs dengan Syu'bah adalah dari Toriq Asy - Syatibi sahaja .




1. SURAH  AL -BAQARAH  ( ada 31 perbezaah Farsy Huruf )


 HAFS                              SYU'BAH               Keterangan SYU'BAH
                                                                       
                                                 

ثُمَّ تَّخَذتُّم

                                                                          idgham zal dalam ta'

                           ثُمَّ ٱتَّخَذْتُم

  

هُزُوًا  

                                            هُزُءًا

                                                                          tukar waw pada hamzah


  Dah macam-macam buat dok jadi lagu ni........tak tau lah.....

  Tapi belum give up lagi!                                                                     

Saturday, July 6, 2013

Berbelog




Rupa-rupanya bila dah lama berblog, jadi malas pulak dan malas nak cari idea. Picasa album pun dah penuh dan ada gambar-gambar yang kena tendang dari postings!

 Sebenarnya I dah lama tak baca blog, cuma sekali sekala buat posting banyak -banyak dan buat scheduled postings . Walau pun begitu I dah buat perancangan untuk bulan Ramadhan ni sehari buat satu posting Qiraat Syu'bah mengikut surah-surah dalam Al Quran - bagi sesiapa yang berminat nak mengetahui lebih lanjut dan belum jumpa tok guru atau belum bertemu dengan kitab usul atau Al Quran Qiraat Syu'bah.

Buat masa ni I'm stuck with the Microsoft office sebab tak tahu nak buat kotak jadual dan tak tau nak transfer from th M off to my blog. Dulu dah pernah buat sekarang dah lupa! jadi senarai Farsy Huruf  dok bersepah dan tak layak nak di siarkan.....huaaarg.......

The one that has been helping me has fled the country.....temporarily!













Tuesday, July 2, 2013

Qiraat Riwayat Syu'bah bin 'Ayyasy - Farsy Huruf








Sempena menyambut bulan Ramadhan 1432 Hijrah , marilah kita mengenali  Al Quran Riwayat Syu'bah



Kerajaan Brunei Darussalam telah lama mencetak Al Quran Riwayat Syu'bah dan telah dibaca oleh rakyat Brunei dengan meluasnya. Saya harap suatu hari nanti orang Malaysia akan terdedah dengan Mushaf Riwayat Syu'bah dan dibaca dengan meluasnya kerana Syu'bah dan Hafs adalah dari Imam yang sama iaitu 'Asim An-Najjud .




Contoh muka dalam Mushaf Syu'bah yang dicetak oleh Kerajaan Brunei


Oleh kerana kedua-dua Rawi iaitu Syu'bah dan Hafs adalah dari Imam yang sama, maka keseluruhan bacaan kedua-duanya adalah hampir sama . Hanya ada beberapa khilaf  dari segi Usul Qiraat ( telah dibentangkan di posting yang lalu ). Kali ini saya hanya mengemukakan aspek Farsy Huruf sebagai panduan . 

Saya akan perturunkan perbezaan Farsy Huruf antara bacaan Syu'bah dan Hafs mengikut surah demi surah seperti yang terkandung dalam kitab:
 Riwayat Syu'bah  Bin 'Ayyasy
 Usul Dan Farsy Qiraat
 Asim Bin Abi An- Najjud Al- Kufi
 Dari Toriq Asy-Syatibi & Al-Jazari

Di susun oleh Ustaz Mohd Rahim bin Jusoh



Contoh perbezaan Farsy Huruf :

Surah Al  Anbiya ayat 88 dan 89

                                    وزكرئا - وزكرئاء 

Lihat perbezaan perkataan yang bergaris merah dalam Al Quran Mushaf Syu'bah dibaca dengan hamzah jadi mad wajib iaitu Zakariyaaaa' -   bandingkan dengan Mushaf Hafs ( yang kita guna pakai pada hari ini ) Zakariyaa  dibaca dengan mad asli  ( tanpa hamzah ).








Monday, July 1, 2013

Langit Biru












             ..........akhirnya setelah dijalankan pembenihan hujan, barulah nampak langit biru......

Pokok-pokok pun dan boleh bernafas!

Sampai bila kita kena bersabar dengan karenah jiran yang tak ambil pusing fasal masalah yang ditimbulkannya saban tahun!






Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...