Saturday, December 7, 2013

Apakah Kita Ada Pilihan ?





Orang-orang tua dulu jarang-jarang yang nak tinggal bersama anak-anak, kalau datang menziarahi anak cucu pun dok beberapa hari dah loghat nak balik kampung -  dok teringat ayam itik tak makan, daun rambutan tak bersapu, entah dah menimbun daun kering keliling rumah. Sebenarnya itu alasan saja , hakikat sebenarnya mereka dah rindukan kampung lamannya dan lebih senang tinggal di rumah sendiri.

Seorang sahabat yang kematian suami menceritakan semua anak-anak dia ajak tinggal bersama mereka, pilihlah anak mana yang dia selesa atau pun bergilir-gilir rumah. Anak-anak tak mahu dia tinggal sendirian . Pada mulanya untuk mengambil hati anak-anak pergi jugak duduk di rumah mereka, tapi tak sampai beberapa hari dah gaduh nak balik....

Bukan anak-anak tak layan , tapi duduk di rumah 'orang' ( walaupun anak sendiri ) rasa tak bebas. Pada hal dia tak payah buat kerja apa pun, makan pun dihidangkan dan duduk rehat-rehat je..Teringat juga dulu-dulu mak ayah tak boleh duduk lama-lama di rumahnya dan rumah adik beradiknya yang lain , kini barulah  faham.....

Macam mana nak mengatasi masalah ibu atau bapa yang sudah kesaorangan  yang degil sangat tak nak duduk dengan anak-anak :-
Kena ada anak yang tinggal bersama mereka...
Cari maid menjaga mereka..
Anak-anak cucu  datang bergilir-gilir tidur  di rumah mereka..
Kalau semuanya tak sesuai.......
Kena ada satu institusi yang memelihara orang-orang tua , siap dengan kelengkapan dan penjaga-penjaga yang professional serta ada doktor-doktor yang merawat mereka supaya mereka boleh hidup lebih selesa dari..... errrr....jika mereka tinggal dengan anak cucu...

Seorang sahabat saya berbangsa German  memberitahu, orang-orang tua di sana akan menjual rumah mereka  dan  hasil jualan rumah digunakan untuk membayar kos untuk tinggal  di Old Folks' Homes @ Retirement Homes@ Nursing Homes.

Suatu masa nanti kalau perkara yang sama berlaku di Malaysia .....sorrylah anak-anak -  hangpa tak dapat pesaka rumah gadang...rumah dah kena jual untuk bayar kos penjagaan  ibu bapa semasa ada hayat mereka.....




2 comments:

Anonymous said...

Salam puan. Pemusafiran saya ke Toronto, Canada juga menemui cerita yg sama di German....malah di kalangan kenalan juga ada ibu bapa mereka yg kehilangan pasangan hidup meminta untuk tinggal di pondok pondok. Mungkin kesepian di hujung usia terubat bila dikelilingi rakan sebaya di samping dapat beribadah dgn lebih baik. - ummu haikal -

Kerabu Jantung said...


Wassalam Ummu Haikal,

Sekarang telah ada pondok-pondok yang berkonsep moden yang menjadi tumpuan golongan yang ingin mendapatkan ilmu . Ada juga pasangan atau yang bersendirian, bersama kawan-kawan pergi belajar dan tinggal di pondok-pondok pada hari bekerja dan pulang ke rumah di hujung minggu untuk bersama dengan anak cucu.

ps, KJ bernekad untuk makan ubat homopati bila tekak jadi merah dan demam - nak cuba jauhkan diri dari makan antibiotik!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...