Monday, December 23, 2013
Eh, Dah Kena Mandram Ke?
Masa dulu-dulu kawan-kawan saya banyak yang menaruh curiga pada pembantu rumah mereka. Mereka selalu menasihati saya, kalau pergi kerja kunci pintu bilik tidur supaya pembantu rumah tak boleh masuk bilik kita, takut nanti mereka kenakan kita.
Masa tu saya risau jugak, sebab saya tak pernah kunci bilik tidur saya. Anak-anak saya suka bermain-main dalam bilik tidur dan mandi dalam bilik air saya bila saya tak ada di rumah. Bagi saya sebab mereka buat begitu kerana mereka nak rasa dekat dengan saya walaupun saya tak ada di rumah. Saya tak sampai hati kalau anak-anak tak boleh nak masuk bilik saya , seolah-olah macam ada satu dinding memisahkan mereka dengan saya , like...oh, bilik mak dan ayah no entry, barang mak tak boleh usik, buku ayah tak boleh main-main atau baca baca. Dalam Islam sendiri hanya waktu tertentu saja yang dilarang masuk ke bilik ibu bapa tanpa izin iaitu selepas Isya' dan waktu Subuh.
Saya pun serabutlah dengan masalah kunci bilik tak kunci bilik nih, tapi suami saya kata kalau pembantu nak mandram kita, tak payah masuk dalam bilik tidur, air minum kita dan makanan yang kita makan hari-hari kat dapur tu, sudah cukup untuk mengenakan kita ( kalau pembantu kita berniat jahat! )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment