Wednesday, October 17, 2018
Tambah Lebih Perasa?
Ramai jugak orang kita yang tak menggunakan serbuk perasa dalam makanan sebab takut kesan sampingan seperti rambut cepat beruban, mengalami masalah pernafasan atau menyebabkan alergi dan lain- lain lagi...
Baru- baru ni H bukak cerita dia takut nak makan masakan maknya, setiap kali makan muka naik merah dan badan berpeluh dan pening. Dia ingat pembantu rumah mak dia yang menghantar makanan tu nak mengenakan dia...
Kemudiannya baru dia dapat tahu rupanya bahana serbuk perasa. Patutlah terlebih sedap makanan tu, mungkin maknya terlebih bubuh!
Ramai jugak suri rumah tak mahu menggunakan serbuk perasa, tapi bila beli makanan di kedai tak dapat dielakkan serbuk perasa tu! Bayangkan makan tomyam takde serbuk perasa - ada yang kata macam minum air paip perasa bawang besar dan serai...
Salah seorang anak sahabat baru dapat kerja jadi sous chef - masa masak lauk kenduri kahwin dalam kawah besar, dia tanya chef nak bubuh banyak mana gula dalam gulai ( ramai yang guna gula mengganti serbuk perasa )
Chef kata gula apa? Tu hah, bubuh ajinomoto.
Banyak mana chef ?
Bubuh dua tiga senduk besar!
Mak ai! Terkejut badak budak tu! Patutlah semua orang puji masakan sedap , malahan nasi pun sedap, makan gitu saja pun boleh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment