Saturday, March 30, 2024

Lailatul Qadr Datang Dan Pergi..

 Me and DE telah bersepakat untuk tadarus Qiraat Warsy An Nafi' AlMadani di bulan puasa ni....secara online.

Setelah beberapa hari bertadarus kami mula menggelabah sebab rasa macam tak sempat nak katam. Membaca Qiraat Warsy mengambil masa yang lama kerana bacaan mad selain mad asli semuanya panjang 6 harkat, dan banyak lagi khilaf usul dan farasy huruf yang jauh beza dengan Al Quran Hafs an 'Asim yang kita semua lazim  membacanya..

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bertadarus Qiraat Hafs....lebih mudah dan cepat walaupun dah ketinggalan beberapa hari.

Sebenarnya pada tahun ini kami berdua sangat insaf memikirkan Lailatul Qadr...tiap-tiap tahun dok meneka- neka..you think last night Al Qadr ke, no I think kita dah terlepas...ooh belum lagi...I think maybe on the 29th night...atau..alamak ter over slept pulak last night ( 27th night )...

Year in year out dok rasa macam terlepas Malam AlQadr...

Ada masanya kita begitu nekad nak menghidupkan malam AlQadar, masa buka puasa minum kopi kaw supaya dapat berjaga malam....ok.....dah berjaga dah tapi bila penat nak tidur mata pulak tak nak pejam! Kesudahannya terlewat bangun sahur dan tak sempat nak buat apa dah...tunggu solat Subuh je..

Akhirnya pada tahun ini kami akur bahawa amalan yang istiqomah dan bersungguh- sungguh lebih penting dari segala-segalanya..Lailatul Qadr? Kita berusaha...Allah yang menentukan...



No comments:

Zaman Kanak-Kanak....6

  Khalas! Tengok kiri kanan dulu ya.. Masa kecil ada pengalaman pergi beraya dengan kawan- kawan, Raya keliling kampung...Pergi  rumah sapa ...