Friday, April 10, 2026

Drama Klasik

  




20 tahun dulu salah sorang anak masuk sekolah asrama penuh, sepenggal kemudian dia beritau nak masuk sekolah biasa semula...

Oleh kerana bapanya berada di luar kawasan emaknya lah yang pergi mengadap Pegawai Pendidikan.

- Sebab apa anak puan nak tukar sekolah

- Dia kata tak dapat main bola

- Dia main bola dalam pasukan mana

- Takde pasukan pun, pegi main kat kawasan lapang dekat rumah dengan kawan- kawan...

Dan dapatlah tukar ke sekolah asal dia...

Join semula kawan- kawan lama main bola. 

Suatu hari salah sorang dari mereka tertendang bola ke arah tingkap jiran ( dia tengah mamai sebab kena kejut dari tidur ajak main bola )...apa lagi mengamuklah aljiran itu ( anak dia pun salah sorang dari team caca merba tu )

Jadi ramai- ramai pegi jumpa tuan tingkap nak bayar ganti rugi. Ok dah dapat quotation, maka ahli2 bola sepak pun kutip duit bagi sama rata untuk mencukupkan jumlah yang perlu dibayar.

Oleh kerana pasukan bola tu hanya 7-8 orang je, maka beberapa orang nangoi- nangoi yang jadi spectators tu juga masuk share juga. Mereka tumpang bayar sekali....sebab dapat jugak tendang bola sekali sekala bila tak cukup pemain..

Tapi dalam pada depa dok kutip duit tu, tuan tingkap dah tak sabar lagi - pergi terus berjumpa dengan emak pemain yang tertendang bola tu ada nya.....mintak ganti rugi..

Geng bola dan spectators nya sekali terus bungkam.....dan football club tu pun dibubarkan...

Selepas beberapa lama ujudlah futsal, selesailah masalah kawasan perumahan yang takde padang bola!



Tuesday, March 17, 2026

Cuaca Di Bulan Ramadan

 



Pemandangan di luar tingkap

Hari ke 27 Ramadan - 2026

Pukul 10 pagi.

Bayangkan malam 27 Ramadan you terlajak tidur and your best friend dapat cover Al Quran lebih dari 3  maqra'..... 




 




Langit sangat biru sehingga pukul 11.30...

Selepas itu baru timbul awan menutupi langit...

Aik...kenapa biru sangat langit pagi ni? 





Thursday, March 12, 2026

Menyelami Alam Kucing



Bapak berbelang anak putih comot


Pernah dengar dialog ni?-

- Eii..tunggu lah not breakfast time yet..

- Engko ni kan dah makan tadi, nanti petang pulak..

- Eh..dok buat bising ni engko nak apa?

- Takkan engko nak makan 4 kali sehari..

I tak pernah bela kucing. Tapi keliling rumah banyak kucing yang lalu lalang, lepak  kat luar rumah atau kat porch belakang....waktu malam ada yang datang tidur....Dorang tak kacau kita, kita pun tak kacau the cat clan tu...

Kucing2 ni sangat faham the fact that I don't feed them. Dorang pun pasrah tak pernah tunggu nak makan atau mengiyau mintak makan. 

Dah lebih 30 tahun silih berganti - macam2 jenis kucing dan berbagai kaler ada - hitam, putih , tompok2 hitam, oren, belang dan kelabu. Ada sekor primadona bewarna cantik coklat campur dark orange. Dia keturunan bourgeois jugak rasanya - bulu panjang dan ekor kembang. 


Yang ni mungkin baka bourgeois jugak tapi dah pindah rumah, sekali sekala datang cari teman

Setelah kucing datang dan pergi silih berganti, akhirnya tinggal 2 ekor sahaja iaitu bapak belang dan anak dia putih comot yang kat atas tu....kena beri makan jugak sebab tak pegi mana dah...

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah - bagaimana seekor kucing putih comot melahirkan 4 ekor anak, dua eko bewarna hitam dan dua ekor lagi bewarna oren.....


Monday, February 9, 2026

Bo Patut Maa...

 



Dah berapa tahun dok dalam freezer nih!


Pernah tak kita buat tak patut pada orang dan orang ada buat tak patut pada kita? Misti ada kan?

A pernah beritau saya sepanjang bekerja di suatu tempat dia  telah mendapat berbagai pengalaman yang agak menghampakan. Pernah dapat pemberian barang dari majikannya kemudian mintak balik. Pernah diberi frozen karipap tapi bila digoreng keluar bau yang busuk ( mungkin tersimpan dalam freezer dah bertahun lama )....Dan yang paling klasik sekali ialah dia diberi kari pedal ayam. Majikan dia kata pedal ayam ( sebiji ) sedap dimakan, macam makan sebiji buah epal.  Dengan betul bendulnya dia hampir menggigit epal itu, nasib baik dia tersedar isi dalam pedal ayam itu tidak dibuang...

Ada seseorang nak bagi hadiah mangkuk set of two. Masa nak balut hadiah dia jadi sayang nak bagi lalu dia ambik satu dan tinggalkan satu untuk buat hadiah. Jadi kotak tu kosong sebelah.....Kalau sayang nak bagi ambiklah satu mangkuk tu balut berasingan sebagai hadiah!

Ada orang kata kalau anak mati dulu untung dia sebab dapat doa ibunya. Doa ibu InsyaAllah makbul. So Awang Selebet pun beritau maknya...kalau saya mati dulu bagus, mak boleh doa banyak- banyak untuk saya..........

Mak dia pun naik angin...

Engko jangan nak sedap- sedap mintak mati ye! Aku ni hidup lagi, kalau aku mati engkau kena urus jenazah aku sampai selesai dulu...

Awang Selebet naik kecut, start motor slow-slow...takut nak tunggu lama-lama.....


Thursday, January 29, 2026

Lihat Dengan Mata Hati

 

Y terkenang masa dia kecik tak pernah dapat angpow Raya. Orang lain dapat angpow dia hanya dapat ketupat, pada halnya semua orang balik Raya di rumah yang sama..Buat apa ketupat, berlambak ada atas meja boleh je ambik kalau nak makan. Paluan kedua untuk dia  bila ada ahli keluarga pergi holiday, sepupu dia dapat hadiah kereta mainan tapi dia hanya dapat sebatang pensel sebagai buah tangan....

Pengalaman saya ketika membeli belah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baru 40 tahun dahulu menjadi peringatan bagi diri saya. Kalau pergi membeli belah di bazaar, janganlah borong habis-habisan di satu gerai saja terutamanya kerana kebanyakan gerai menjual barang yang sama. Kita kena jugak perihatin pada penjual- penjual kiri kanan...Saya pernah terperasan ada penjual yang sangat hampa dan mengomel kecik bila kita bawak barang penuh tangan lalu depan lorong dia.

Rupanya baru- baru ni seorang sahabat saya bercerita ketika dia pergi memborong di bazar anaknya menegur ...mama...pegi beli kat gerai lain sama...dorang pun berharap orang datang beli kat gerai dia...mama kena bagi rezeki sikit sorang......

Kena fikir kesusahan orang sebab mereka pun ada perasaan jugak. Kadang- kadang ada orang datang memotong rumput kat rumah kita waktu tengah panas. Tuan rumah pulak dok lepak dengan aircon full blast....pemotong rumput pula peluh meleleh sampai ke keting...

Perkara biasa tapi kalau kita lihat dengan mata hati, ia boleh menceritakan berbagai keadaan di sebaliknya....






..

Tuesday, January 13, 2026

Suatu Pengorbanan.....

 


Pergi Kedah hadir kenduri kahwin, kali ni pegi lama sikit sebab nak ziarah berapa ahli keluarga yang dah lama sakit. Sangat berharap dapat ziarah mereka semua, sebab inilah peluang yang terbaik yang tidak boleh dilepaskan...sebab tak tau bila pulak nak pergi ke sana..



Di rumah pengantin penuh dengan saudara mara membantu persiapan terakhir kerana esoknya hari kenduri besar. Kami dijamu makan tengah hari  - gulai ikan geruk- geruk, sambal belacan dan ulam....Makan sama naik dengan bersembang, kerja sikit je, datang ramai-ramai bagi meriah susana....

Selepas kenduri me and Beautiful Life pergi ziarah ahli keluarga yang sedang uzur akibat macam- macam penyakit - acute diabetes , yang sedang koma , yang menjaga suami kena stroke dan ziarah sepupu yang sangat kami kasihi sedang menjalani hari tuanya dalam umur 90an tahun...

Terasa sangat2 insaf  apabila melihat pengorbanan anak2 yang menjaga ibubapa mereka dengan cermat dan penuh tanggung jawab. 

Bayangkan ibu yang terlantar koma hampir dua tahun, seorang anak menjaga sepenuh masa. Mengikut katanya dia tak berani nak tinggal ibunya lebih dari 20 minit. Ada masa ibu resah gelisah, restless dan terpaksa ditenteramkan. 

Adik beradik lain semuanya tinggal jauh, balik sekali sekala, pendek kata beban itu dipikulnya bersendirian...

Bagaimana pulak isteri menjaga suami yang  kena stroke hampir 20 tahun tanpa bantuan anak2 yang tinggal jauh. Terpaksa menghadapi hari- hari yang gawat keseorangan - dengan penuh kesabaran...dan kesukaran..

Pendek kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..... 

Kepada Allah sahaja tempat mengadu. Kita tak tahu apakah hikmah di sebalik ujian yang dilalui mereka... Hanya Allah Maha Mengetahui. 

Ujian itu mungkin bukan sahaja bagi orang yang memikulnya tapi mungkin bagi ahli keluarga yang lain juga.......



Drama Klasik

    20 tahun dulu salah sorang anak masuk sekolah asrama penuh, sepenggal kemudian dia beritau nak masuk sekolah biasa semula... Oleh kerana...