Tuesday, October 24, 2017

Dapat Title Baru!



Bila menziarah Z baru- baru ni kami dijamu dengan minuman teh beng kaw iaitu teh susu ais yang sungguh pekat. Tak lupa juga dia menghidangkan makanan kegemaran kami iaitu .....keropok leko, otak- otak dan sata....

Kami dapat tahu salah seorang adiknya H hidup dalam serba kekurangan. Peti ais pun tiada di rumahnya. Dia buat kuih untuk menyara enam orang anaknya. Buat kuih pun tak boleh banyak sebab tiada tempat nak simpan bahan - bahan mentah.

Suami dia buat kerja apa?
Suami dia dah tinggalkan dia, dah kawin dengan orang lain, tak balik terus ke rumah.
Ada dia bagi nafkah?
Ada tapi nak bagi makan anak yang enam orang tu tak cukup, tak kira pakaian, belanja sekolah.....
Wah, teruk tu!
Ya lah kak dia sekarang dapat title baru - bukan janda, bukan balu tapi isteri kena tinggal...

Sedih juga dengar kisah H, yang dianiaya suaminya.....tak tahu macam mana nak tolong. Kalau suami cerai dia langsung tak dapat makan anak- anak dia. Jadi sangguplah dia digantung tak bertali begitu......



Friday, October 20, 2017

Kenduri Kawen!




Selalunya dalam majlis kenduri kahwin adalah tempat pertemuan dengan kawan- kawan atau jiran- jiran. Masa nilah banyak di update
tentang kehidupan seharian masing- masing....

Ada cerita gembira ada juga cerita sedih - ada kawan yang telah pergi, ada yang terlantar sakit, ada yang bercerai berai diusia senja begini...ada yang hidup susah diumur pencen , disebabkan buat bisnes tak menjadi, atau kena tipu skim cepat kaya atau macam- macam lagi perkara yang kita tak sangka akan berlaku....

Tapi yang paling ketara ialah masing- masing ..makan dah tak berapa laju - sebab makan banyak takut sengkak perut, ada yang tak boleh makan makanan yang berminyak, tak boleh makan daging, tak boleh makan yang manis-manis...kalau suami ambik tapai dengan teh tarik...no darling! Your sugar is sky high already...

Orang- orang muda meja sebelah dok rancak gelak ketawa, nasi dan hidangan lauk pauk telah ditambah, cerita dorang pun berkisar pada kerjaya dan anak- anak yang baru nak membesar atau baru masuk sekolah...belum ada lagi yang kena makan ubat sebelum atau selepas makan....














Monday, October 16, 2017

Pasar Minggu Serba Ada Rompin.



Pendek kata pasar minggu sekarang boleh dikatakan 'one stop shopping' - semua ada dijual. Ada bahan basah, bahan kering, kain baju,kasut selipar, beg tangan, beg sandang , make- up, skru, spanar, penyepit baju dan lain-lain....you name it...

!
 Bermacam jenis air minuman...


 Apam balik istimewa di Rompin warna hijau , inti pulut hitam dan jagung manis...

Bermacam makanan 'savoury' nasi lemak, mi dan mihun goreng, karipap dan lain-lain. Pendek kata tak payah masak dah hari tu, boleh beli je macam-macam jenis nasi dan lauk pauk....

..ada jugak jeruk dan asam-asam......

Di bahagian ikan pulak ada udang besar dari laut ( bukan bela dalam sangkar! )





 ....ada sotong jenis besar dan tebal sesuai dibuat pasta cabonara sebab isinya lembut





Akhir kalam tak payah dah pegi kedai emas, kat pekan sari berlambak ada jual barang kemas, ada gelang , cincin rantai. Boronglah akak oii gelang tu biar sampai ke siku....



Friday, October 13, 2017

Hiasan Pantai..


Lepas matahari naik kami berjalan di tepi  pantai...

Ada banyak pattern cantik macam lace.

....rupanya ia dibuat oleh ketam kecik yang keluar dari lubang...

Kulit ketam laut yang dah naik teritip mungkin dah lama mati di tengah laut


Tapak kaki babi hutan yang ada berdekatan pantai, ia keluar waktu tiada orang di pantai  sebelum matahari terbit

Kami teka- teka ini mesti kesan ular air apabila air laut surut...

Jalan lebih jauh lagi...nampak banyak tin kosong...sapa yang kurang asam buang sampah merata- rata nih!

Rupanya ia berpunca dari sini...mereka korek tanah dan melepaskan air perlimbahan yang berbau busuk ke kawasan pantai yang cantik molek tu!!

Majlis Bandaran Rompin....kenalah tengok-tengok sikit....



Tuesday, October 10, 2017

Matahari Naik Di Pantai Rompin


Pantai Kuala Rompin landai dan kita boleh tengok matahari jatuh dengan jelas di hujung laut. Pantai Rompin mengadap Laut China Selatan.

Selepas solat Subuh kami bergegas pergi ke pantai, hari dah cerah walaupun baru pukul 6:40 pagi ( Fardhu  Subuh belum luput ) takut tak sempat tengok matahari naik....







Alhamdulillah walaupun terlewat sikit matahari baru timbul dan tengah nak naik. Dapat tengok cuaca subuh hilang sedikit demi sedikit...
Akhirnya matahari dah naik segalah...bolehlah solat Dhuha!

Lepas waktu ini cahaya terang benderang dan hari mula panas....kami mula berjogging di tepi pantai.
Jalan tepi laut tak terasa jauh, bila balik rumah baru rasa penat. Bangun tidur keesokan harinya urat kaki habis kejang, berjalan pun terhencut- hencut...



Friday, October 6, 2017

Rompin, Rompin, Rompingg....


Balik kampung.....


Sampai Rompin pukul 8 malam, dah bincang nak makan apa esok pagi....

Awal pagi dah keluar - beli nasi dagang ( bungkus dalam daun simpul ) dan  nasi kerabu sebagai makanan utama dan pulut panggang.....


.....ada inti sambal ikan dalam pulut,  cara pantai timur..


...tembosa pantai timur inti sambal kelapa...

Banyak lagi kuih muih untuk sarapan pagi....tapi kena bawak bersabar banyak- banyak...bila umur dah meningkat nih!
Banyak lagi yang belum sempat dimakan, laksa, laksam, ketupat, kuih kasui, tepung gomak, tepung bungkus, koleh kacang, tepung paung dan berpuluh jenis kuih lagi........tunggu next round pulak........




Friday, September 29, 2017

Jangan Jeles Ya!



Sebok sangat depa ajak pegi IOI Mall dekat Putra Jaya tu....kebetulan adalah satu dua barang nak beli ( tempat lain  pun ada ) - dah alang- alang pergi situ, belilah di situ aje..

Dalam pada turun naik escalator, ternampak iklan Cerruti 1881- kita ni pun teruja sekejap sebab pada tahun 1980an dulu ada beli jeans dan sports shirt Cerruti semasa tengah
sale harga runtuh sebab boutique nak tutup!

Aunty!! Now no more Cerruti...people don't talk about Cerruti anymore..

Pasai apa?

People are going for Richard Mille..

Who's Richard Mille?

Aunty....dot..dot..dot..pakai jam Richard Mille harga ratus ribu usd punya...

Ye lah orang banyak duit -pling! Masuk 2.6b dalam akaun bolehlah pakai jam tangan De Grisogono berharga 3++ juta......

Sedap weh dapat duit jatuh dari langit!

Sebenarnya dah malas nak cerita fasal bilionaire segera ni....macam dah basi....Ramai orang dah tak kisah dan halalkan duit jatuh berlambak atas riba macam ni.....( Walaupun ada undang- undang- kena isytihar harta/ duit bagi penjawat awam - Ada ke undang-undang tu? Main serkap jarang je nih! )

Dah duit jatuh atas riba - belasah je lah kan?




Tuesday, September 26, 2017

Doa Yang Makbul



Kak Jah rasa sedih anak ketiganya dari lima beradik terkandas dalam peperiksaan SPM. Keempat-empat anaknya yang lain semuanya berjaya hingga tamat universiti dan telah bekerjaya.

Alang taklah dapat bekerja di pejabat tapi setakat jadi juru teknik alat pembesar suara bagi sebuah kumpulan rock. Pendek kata kalau kumpulan rock tu mengadakan pertunjukan malam, dari pagi lagi dia kena bertugas memastikan segala alat p.a. sistem berfungsi dengan sempurna.

Kak Jah tak kering air mata mengenangkan anak bujangnya yang melara ke seluruh tempat tak kira Zohor , Asar,  Maghrib dok tuning alat pembesar suara. Solat entah kemana, gaji pun tak seberapa, asyik dok iou dengan mak je...sampai kopak wallet Kak Jah....

Bila musim rock dah luruh, Alang dok menganggur. Anak dah ada tiga orang, nak tumpang mak bapak pun tak sampai hati sebab dah ada exsess baggage.....

Mujurlah dapat kerja dengan seorang event manager yang memerlukan seorang juru teknik sistem pembesar suara. From one event to another finally he landed in servicing pa system in the  mosques. Nak pasang dan servis pembesar suara bukan sekejap, ia memakan masa berhari-hari jugak. Asyik dok lepak kat masjid sana masjid sini tak kira Subuh, Maghrib, Isya' akhirnya terlekatlah dia solat berjemaah setiap waktu di masjid......

Kak Jah menarik nafas lega....
Alang kerja sendiri ada banyak masa nak menziarah emak...




Friday, September 15, 2017

Hidup Yang Terbeban




Kesian sangat bila M melepaskan perasaannya yang terpendam selama ini....

Dia datang ke Malaysia 10 tahun lalu bekerja sebagai pembantu rumah dengan harapan dapat mengumpul duit sebanyak mungkin. Dia hendak membina rumah kediamannya sekeluarga.

Apa yang berlaku duit yang dihantar balik ke kampung habis dibelanjakan oleh suami dan anak-anaknya walau pun mereka telah berumah tangga. M berasa sedih, geram dan marah, katanya kalau beginilah keadaannya dia kena bekerja terus menerus selagi terdaya.....

Bagi Y pulak semua hasil kerjanya adalah untuk di hantar kepada ibunya yang menjaga lima orang anak-anaknya di kampung. Walaupun dia dan suaminya bekerja, katanya pendapatan suaminya kecik hanya boleh cover makan minum dan sewa rumah. Pendapatanya yang lebih besar itu adalah untuk menyara ibu dan anak-anaknya.....

Kalau kita hidup susah rupanya orang lain ramai lagi yang lebih susah...




Tuesday, September 12, 2017

Habis Madu Sepah Di Buang



Ada orang suka makan, lepas makan tidur, bangun tidur cari lagi makanan untuk dimakan....
Irna bercerita sambil mencabut rumput.

Memang ada orang macam tu Irna, tambah kalau dah tua dan dah ingat- ingat lupa.....baru lepas makan dia kata belum makan lagi..

Tu lah makcik ni dah lari ke rumah saya sebab bergaduh dengan anak menantu!

Berapa hari dia duduk rumah kamu?

Dah  sebulan! Saya tengah stress sekarang dah sebulan tak balik- balik kat rumah anak dia

Jauh ke rumah anak dia?

Dekat je....anak buat tak peduli je...

Ye lah Irna orang tua sapa nak bela

Dia rasa macam buat menyusah je walau pun mak sendiri....Masa dulu dia yang jaga cucu- cucu semua tu, sekarang cucu dah besar....orang tak perlukan dia lagi..

Begitulah antara luahan perasaan Irna yang terpaksa membela mak orang sekampungnya dari tanah seberang. Asalnya makcik tu ambik upah jaga anak Irna kerana Irna bekerja di tiga buah rumah dalam satu Hari. Nampaknya macam melekat kat rumah dia pulak....



Saturday, September 2, 2017

Jangan Ambik Hak Orang....



Selalu dengar kata-kata "The grass is greener on the other side of the fence" atau dengan kata lain jangan dok nak hak orang!

Banyak peristiwa yang berlaku pada orang yang suka nak ambik hak orang. Mek Yoh tergila-gilakan  Mat Derih, macam- macam dia buat nak memikat hati Si Derih. Atas usahanya yang gigih akhirnya dapatlah dia nikoh dengan Mat Derih.

Setelah menjadi isteri muda muka Mek Yoh yang dulunya ceria, sentiasa bergincu merah menyala kini dah kusam tak pernah berbedak. Ada tanda-tanda lebam di mukanya yang dah tak boleh disorok lagi.

Mek Lah isteri pertama Mat Derih kata....ambiklah nok sangat kat Mat Derih tu baru tau penangan tok laki yang suka pukul bini....
Macam mana Mek Yoh? Nak tunggu jugak ke nok tarik diri?

Love thy neighbour but don't steal their maid - zaman pembantu rumah mahal nak dapat, jangan dok pancing pembantu jiran. Kadang- kadang pembantu jiran suka cerita majikannya suruh dia buat banyak kerja , tu tak kena, ni tak kena lepas tu suka sorok makanan tak bagi dia makan dan macam-macam lagi cerita yang entah benar atau tak benar. Akhirnya bila pembantu itu berhenti kerja jiran sebelah pun terus ambik siap tambah gaji lagi.

Bila dah kerja beberapa bulan barulah majikan tahu pembantu tu pemalas suka curi tulang dan tangan panjang....

Tidak dinafikan ada juga pembantu rumah yang benar-benar teraniaya...






Naik Kereta Sewa...

  Ada kala dapat kereta sewa yang mini...kereta sempit tapi cukup sejuk, cukup udara... Sekarang ni takde kereta pun takpe atau ada kereta t...