Thursday, January 2, 2020

Ada Yang Mengambil Kesempatan!.....


Pada hujung minggu lepas saya pergi ke Sogo mengambil kesempatan membeli seterika baju yang tengah sale. Seperti biasa semua barang dalam Sogo mengadakan jualan murah akhir tahun...malah setiap masa pun ada sale..

Saya risau jugak pegi ke Sogo di hujung minggu, takut kalau-kalau ada kumpulan- kumpulan tertentu buat demonstrasi....nanti jem teruk kawasan situ...

Di kawasan depan Sogo pulak seperti biasa ramai orang menjual berbagai barang- barang secara kecil-kecilan seperti permainan kanak-kanak dan lain- lain untuk menambah pendapatan di hujung minggu..

Ada beberapa orang anak muda menjual sesuatu... Tertulis pada kadbod - bayar seberapa sambil menderma.,
Eh mintak derma ke? Kemudian baru ternampak air kotak macam tersorok sikit.
Sekali pandang macam mintak derma derma je...bukan nak jual air......

Jangan sebegitu mudah nak dapatkan duit....Kalau nak berniaga tunjuklah produk yang nak dijual dan harganya sekali! Lebih bermakna lagi dari menjual barang sambil menderma...
Bukan semua orang nak menderma semata- mata ada orang mintak derma! Kena tunjuk sebab musabab nak kutip derma...













Friday, December 27, 2019

Mee Kari For Lunch


Suka makan yang berkari- kari?
Apa kata buat mi kari menggantikan nasi dan lauk pauk biasa untuk makan tengahari...





 
...beberapa hidangan sampingan. Tak ada kerang, susah dapat sekarang ni...




....dan kuahnya yang sungguh berkari campuran ayam, udang dan bebola ikan...




Wednesday, December 18, 2019

Pasar Minggu Kuala Rompin


...akan tetap dikunjungi bila balik kampung..



Kanak- kanak sangat tertarik dengan patung- patung mainan plastik berupa haiwan- haiwan kegemaran mereka.
Kadang- kadang ada ibu bapa yang bawak anak- anak ke pasar minggu, mereka sengaja tidak masuk ke lorong yang ada permainan kanak-kanak, takut anak buat loktang nak katak hijau, selagi tak dapat dia meraung....





Orang lelaki suka beli cincin dan batu permata...Ada yang kata batu-batu permata boleh bawak tuah...ye lah...walaupun takde kerja, balik rumah makanan tetap terhidang atas meja...


Kaum wanita pula pegi cuci mata kat gerai barang kemas celup...boleh jugak beli satu dua untuk pakai pergi kenduri kawin. Ambik engkau! Kak Peah pakai brooch emas besar tapak gajah....pakat habis dok terbeliak biji mata weh!

Haha....tak tau kenapa suka sangat pegi pasar minggu tuh! Kalau balik kampung tak pergi pasar minggu rasa macam tak lengkap je....


Friday, December 6, 2019

Rumah Burung Hantu!


Rina beritau abang dia buat rumah burung hantu! Ingatkan dia salah sebut, sebab kat kampung saya banyak dibina rumah burung walit. Rumah burung walit besar dibuat dari batu dan tinggi bertingkat-tingkat mengalahkan rumah orang kampung!

Rupanya Rina kata memang rumah dibuat khas untuk burung hantu! Ia dibina khas dalam ladang kelapa sawit.
Woo..I was so fascinated to hear Rina's story..
Rupanya banyak benda yang kita tak tahu di dalam dunia ni..

Inilah rupa rumah burung hantu, sangat tinggi untuk menarik burung hantu hinggap dan tidur di situ...

Rina menyambung cerita, pada asalnya burung hantu terlalu banyak dalam ladang hinggakan pihak ladang terpaksa menembak burung- burung tu...
Rupanya apabila burung hantu dah tiada, tikus dan ular mula menular kerana selama ini burung hantu memakan tikus. Apabila tikus banyak di ladang, maka ular pun makin banyak datang memburu tikus..

Jadi rumah burung hantu dibina untuk menarik burung- burung itu datang semula ke ladang dengan cara ini tikus dan ular dapat dikawal secara semula jadi.

For more info, we can visit
Mahzan manaf- brightfarm venture


Sunday, November 24, 2019

Kucing Pun Reti Bahasa.......


Tak tau kenapa akhir- akhir ni sangat banyak kucing merayau-rayau di kawasan rumah...tiap-tiap hari meninggalkan habuan kat kawasan kejiranan kami...

I cakap dengan kucing-kucing ni, datang kawasan rumah I boleh, tapi jangan berak merata- rata..

Haha! Dialog my jiran sama dengan my dialog....
Korang dok lepak dan tidur kat luar rumah ni boleh, tapi janganlah berak kat sini....

Kucing datang minum kat kolam...

Memang pun dorang ( haha! ) tu malam- malam tidur kat luar rumah....dah lama dah....
Minum boleh, tapi makan tak boleh..

Bukan apa, sekali bagi makan tiap2 hari dok tunggu depan pintu dapur kalau tak bagi makan panjat ikut tingkap selongkar dapur...

Bukannya apa, kalau setakat sekor dua tu tak jadi masalah tapi kucing cepat membiak, dengan sekejap masa saja ia akan beranak cucu...

Ia terjadi pada jiran saya yang lain, pada asalnya beri makan sebab kesian, sekarang dah ada berbelas - belas ekor hingga dah tak terkawal anak beranak, cucu cicit Madame Meow yang berbagai rupa, ada yang kuning, ada yang hitam, ada putih tompok hitam, ada belang hitam kuning dan lain-lagi depending on the colour of tok misai yang berkeliaran di kawasan kejiranan kami...adanya...











Saturday, November 16, 2019

Simpan Baju Buat Pekasam?


Kalau kita sayang baju, gi dok pakai lagi baju-baju lama sejak zaman Jepun dulu..kononnya sebab baju yang kita beli tu mahal weh..punya sayang walau pun dah ketat tetap disimpan kerana tak sanggup nak berpisah dengan baju- baju tuh!

Tapi sekarang dah kurus sikit, boleh pakai semula baju- baju lama yang kita pakai masa beranak satu dulu tu..( walaupun sekarang cucu dah sedozen! )

Baju memang padan dengan kita, tapi fesyen, corak dan cutting mungkin kurang sesuai..lagi pulak bentuk badan masa 30an dan 40an tak sama bila dah lebih dari 50an dan 60an. Pendek kata sepatutnya baju- baju tu dah lama masuk museum...

Kalau sayang badan macam mana?
Sayang badan kalu, baju yang dah masuk kotak atau masuk stor jangan diselongkar lagi. Kalau sayang sangat nak bagi kat orang, simpanlah buat pekasam! Takut nanti ada makhluk yang halus-halus bewarna putih yang duduk dalam tanah naik beramai- ramai datang buat kenduri dalam stor....






Friday, November 8, 2019

Telur Masin!


Geram tak tengok telur masin ni?

Bila dah berumur ni, ramai orang kena pantang makan. Antara list makanan yang kena pantang yang panjang satu kilometer tu ialah telur masin.

Bila telur masin dihidangkan di depan mata rasanya susah jugak nak pantang...Mula-mula cubit sikit telur merah, fuh! sedapnya...cubit pulak telur putih....lama- lama habis sebiji telur dan sepinggan nasi...kena bawak mengucap akak oii...


Baru- baru ni Rina hantar telur masin yang abang dia buat sendiri. Bela itik telur dan jual telur yang dimasinkan.
Kalau telur dimakan dalam masa dua minggu pertama setelah diproses rasanya lemak. Apabila melepasi 2 minggu dia akan jadi semakin masin...


Darah tinggi ni pulak kalau kena terlebih garam cepat je dia melonjak naik. Macam jugak orang diabetik, makan atau minum yang terlebih manis, gula dalam darah pun shooting up!
Kalau makan sekali sekala rasanya tak membawa mudarat sangat, tapi kalau hari - hari ...tak taulah...apa- apa pun janganlah kita menganiayai diri sendiri adanya....



Thursday, October 17, 2019

Haramain Revisited....1


Apabila berbincang dengan rakan sebaya ( 6 series midway to 7 series), melakukan ibadat Umrah bukanlah calang-calang ibadat yang hendak dilakukan.


Dataran luar Masjid Nabawi di Madinah


Tenaga berkurangan,sakit kaki, sakit lutut menjadi penghalang untuk bergerak aktif, pergi balik ke masjid (Nabawi dan AlHaram ) is an effort.


Melakukan tawaf masih boleh boleh bertahan, sebab kita boleh bergerak ikut pace sendiri, lagi pulak dengan memakai setokin , kita boleh slide atas lantai marble , tanpa membebankan lutut atau urat peha.

The rooftop of Al Haram

Ibadat Saie pula memerlukan tenaga yang lebih untuk berulang alik sebanyak 7 kali, sepanjang 2.9 km. This ibadah is not for the wobbly legs and week knees ...Alhamdulillah kini telah ada satu lagi ruangan Tawaf dan Saie ditingkat dua di Majidil Haram ...ia memberi peluang kepada jemaah2 yang sudah berumur atau yang kurang upaya..untuk menjalani ibadat Tawaf dan Saie dengan menggunakan scooter yang boleh dipandu sendiri. 
Sewa sebuah scooter sebanyak 50 riyal perhead.


Di sinilah tempat untuk membayar dam kambing atau kita boleh berinfaq dengan menyembelih kambing secara bersendirian atau berkongsi untuk memberi makan fakir miskin di Mekah


To many of us, to perform Hajj and Umrah we must clad in white or at least your telekong must be in white. I have this blue grey telekong which I often wear in the mosque. It was hadiah from my jemaah sometimes ago. Many  address me as ibu'.
Demo ingat ambo oghe sebeghe...







Thursday, September 26, 2019

Sehari Sesudu Peluh..


Akhirnya tibalah hari untuk mendapat keputusan ujian darah yang diambil dua minggu lepas...Dah tunggu setengah jam, belum tiba giliran lagi...


Bila tengok poster ni naik seram sejuk, dok fikir kalau HBA1c saya makin naik, habislah kali ni kena tambah ubat...
Akhirnya saya pindah tempat duduk sebab makin serabut memikirkan gula dalam darah dan akibatnya ke atas diri saya...


Dah pindah tempat, baca pulak poster depan mata....tentang kemurungan! Baru saya sedar rupanya kemurungan boleh membawa kematian yang disengajakan!

Saya teringat hampir sepuluh tahun dulu saya pernah membaca sebuah buku seorang celebrity chef ( it was his first book ) dan ada ayat dalam bukunya bertulis ' I was suicidal '.
Masa baca tu tak ambil kisah pun, ingatkan itu hanyalah ayat penyedap cerita...
Tapi pada tahun 2018 dunia dikejutkan dengan berita kematian chef tersebut kerana membunuh diri...

Pendek kata semua penyakit hendaklah diubat betul-betul.Saya sungguh teruja apabila ada sesetengah doktor mengatakan diabetic is reversable. Saya berazam suatu hari nanti tidak perlu memakan 'metformin' dua kali sehari...

Setelah satu jam berlalu, saya mendapat keputusan ujian darah..
Alhamdulillah...
Gula turun, kolesterol turun , darah tinggi turun..ahem..berat badan pun turun..
Yeay..
Tak sia-sia selama ni minum black coffee + cinnamon diselang seli makan kurma 3 biji
Makan nasi sekali sehari
Tambah kimchi dalam menu...
Tak jogging pun takpe sebab orang pencen tak boleh stresskan lutut...sapu- sapu laman pun dah memadai.
Bak kata jiran sebelah rumah saya..sehari sesudu peluh, lama- lam beliau telah diisytiharkan kolesterol normal, gula dalam darah normal at the age of 72! Semua ubat tak perlu makan dah!








Sunday, September 22, 2019

Padah Minta Nasihat...


...dengan orang yang terlebih pengalaman...

Semasa berumur dalam lingkungan 30an seorang kawan telah mengadu pada mak menakannya fasal suaminya yang anak tunggal terlalu mendengar kata ibunya hingga sampai pada satu keadaan yang sangat genting dalam rumah tangganya...

Mak menakan dia beri nasihat pukulan maut baginya....
You are still young, kalau dah tertekan sangat, jangan tunggu lagi..pack your things and bunk off...

Bukannya nak suruh anak menakan tu sabar...

Kadang- kadang orae jate ni terlebih lemak, kat rumah, isteri dah masak, hidang...dia basuh tangan, makan dan bila habis makan biarkan pinggan atas meja..

Bila keluar makan kat food court pulak, isteri yang buat oder dan ambik makanan tu letak depan dia...sementara dia duduk riba tangan menunggu hidangan tiba...

Tu kalau pegi komplen kat makcik ke, mak sepupu ke...atau orang- orang pencen ke...mungkin dapat nasihat yang lagi tak munasabah...like..err...errr...
Engko dengan tak sengaja bagi tertumpah air kat dia...atau suruh dia pulak pegi ambik oder....

Pendek kata perkara- perkara kecik tu selesaikan sendiri je. Selesai dengan cara baik....Kalau tak selesai jugak , tanggunglah sendiri...
Laki engko kan?



Sunday, September 8, 2019

Jangan Bagi Doktor Naik Angin!




Selalunya makan pagi lebih kurang sama berat dengan makan tengahari, nasi lemak sambal ikan bilis, rendang segala mak nenek - ayam, daging, hati, limpa, paru atau mihun goreng/mi goreng/ kwaytiau goreng tambah telur goreng. Roti canai dengan segala kuah dal dan kari ikan, daging, kambing ...

Walaupun dah meninggalkan gaya hidup makan tak berinsuran, tapi sekali sekala, dua kali dua kala terbabas jugak...

Kali ni bawak bersabar sikit - makan lontong campur kimchi, minum kopi kosong bermaniskan kurma....Lontong yang sebungkus besar tu simpan separuh for lunch.

Maklumlah sebulan lagi nak kena check HbA1C - makan kena ada
toma'ninah sikit, takut doktor pulak naik darah tinggi sebab sakit hati patient tak control gula dalam darah.....

Kena jaga hati doktor yang berusaha bersungguh-sungguh supaya orang ramai jaga kesihatan..

Bila HbA1c kita turun sikit pun jadilah..they are very happy tapi kalau naik je...habis semua kena audit - terlebih makan apa , apa aktiviti setiap hari..kita ni pun
berjanjilah dengan doktor the next ambik darah I make sure gula tak naik. Doktor pun setuju, but see you in three months..

'Ala kulliy hal janganlah kita menganiaya diri sendiri...




Sejukkan Mata

Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan  rumah dan pandai berdikari .  Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...